Saturday, April 14, 2012

:: Positif Tatkala Negatif ::

Dua tiga menjak ni agak jarang jugak gua menghapdate blog. Kekeringan idea merupakan faktor utama punca ketidak’hapdatetan’ blog. Tapi yang bagosnya, masa-masa yang kering dengan idea ni berjaya aku manfaatkan dengan menonton drama bersiri Korea dan jugak membaca buku yang sudah tentu ada penitipan ilmiah di dalamnya.

Berkaitan dengan drama Korea yang gua tonton (mohon jangan fikir golongan makwe-makwe sahaje yang mampu layan Korea), Gu Dong Baek merupakan seorang yang berpemikiran setiap yang berlaku ade sebab di sebaliknya. Sebagai contoh, dalam satu episod, tangan dia patah sebab kena pukul dengan seorang gila. Makwe dia dah menangis berlagu tengok dia terlantar masuk ke hospital. Sambil menyuapkan buah ke Gu Dong Baek, Dong Baek cakap dekat makwe dia jangan menangis, dia sakit kena pukul sampai patah tangan, tapi yang bagosnya sebab tangan dia dah patah dan dia tak boleh nak suap sendiri, merasa dia nak makan suap-suap dari makwe dia.

Hari ini, berapa kali gua melihat orang merungut bila ditimpa sesuatu masalah. Sebagai satu contoh, ade orang merungut terpaksa naek bas sebab mak bapak dia tak dapat nak ambil dekat kolej or universiti. Merungut sebab terpaksa bersusah payah membeli tiket bas, menunggu bas dan mencari jalan untuk ke stesen bas. Tetapi kalau difikir dari sudut yang positif, secara tidak langsung kita sudah belajar cara menaiki bas. Mungkin satu masa nanti bila berlaku hal kecemasan yang memaksa kita balik menaiki bas kita tak rase menggelabah sangat.

Perkara yang paling susah bila kita berdepan masalah ialah untuk cuba mencari nilai murni dan kebaikan dari kesusahan yang menimpa. Bahasa lain, pemikiran positif, seperti Gu Dong Baek dalam drama Korea tadi. Realiti yang terjadi adalah setiap kali kita ditimpa kesusahan, kita akan menjadi seorang yang cepat naik angin, kelam kabut tak tentu hala dan mungkin bersikap membabi buta tak memasal.

Kita lebih cenderung bertindak ikot emosi dari berhenti sejenak cuba berpemikiran rasional. Dalam hal sebegini, gua merasakan adalah lebih baik kalau tarik nafas dalam-dalam sebelum hembus perlahan-lahan bila mendapat sesuatu musibah. Dalam masa sama cuba berselawat dan beristighfar. Dapat jugak pahala ye dak? Dari memaki tak tentu hala.

Oleh itu gua merasakan adalah tidak salah sekiranya kita cuba latih diri bersikap positif dengan berkata ada kebaikan di setiap kesusahan.


Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)

2 comments: