Wednesday, March 30, 2011

:: PlaGiaT:EntRi BLoG DiPLaGiAt MeNjADi VLog ::

Assalamualaikum
Pertama sekali tatkala menaip entri ni
Ucapan selamat kembali semula kepada salah satu figura inspirasi berbloging aku, Magenta, kedalam arena blogging
Lame menyepi mungkin banyak idea yang dicari dan diperhalusi
Mana tau teknik2 terkini penulisan yang lebih sensasi.haha

Sensasi mungkin tidak, jikalau membaca penulisan-penulisan magenta
Dia adalah blogger yang sarat dengan idea yang kritis, pemikiran yang gila2 punye retorik dan cerita2 lucu

Akan tetapi kepulangan kembali magenta disambut dengan penuh kehibaan
Apekah?

Sekarang ni kite semua tahu, satu lagi trend baru yang menjelma selain dari berblogging adalah bervlogging
Dalam erti kata lain vlogging adalah satu platform baru penceritaan idea, aktiviti, isu-isu atau ape sahaja seperti di blog tapi dalam bentuk video
Ini semua terima kasih kepada Adam Kontras, yang mungkin juga boleh dikatakan bapak Vlog dengan penghasilan Vlog pertama pada tahun 2000 yang memangkin kepada Vlog2 lain seumpamanya.

Di Malaysia pulak popularity Vlog melonjak mendadak hasil daripada Vlog anwar hadi dan cikgu syida.

Okeyh cukup sedikit cerita pasal Vlog
Dan ape kaitan kebengangan  Magenta kite dengan Vlog ni?
Sebenarnya, ade seorang Vlogger yang dah mungkin takde isu untuk diceritakan telah mencedok sebijik satu entri dari blog abang magenta kite ni

Haha, agak pelik jugak lah kan
Mungkin plagiat entri dari blog orang laen dan dipaste ke dalam blog sendiri adalah common
Tapi dalam hal ini, memplagiat entri blog untuk dijadikan sebagai bahan Vlog adelah sesuatu yang jarang kedengaran
Mungkin kes cik magenta ni first time aku dengar

Ape2 pon, kalau nak tau lebih lanjut sile bace kat sini
Dan untuk tau entri mane yang telah diplagiat adalah entri ni

So kepada insan yang memplagiat berkenaan
Adekah anda sudah begitu kekeringan ayat sehingga entri blog pon mahu diplagiat?
Mungkin hanya sebuah blog, tetapi kandungan idea adalah sesuatu yang payah untuk difikirkan
Kalaupun dah takde ayat untuk dirungkapkan
Cubelah fahami isu yang diketengahkan dan olah ayat yang lebih sofistikated, asli dan original dari mulut dan hati sendiri
Memahami isu mungkin tidak mengapa, tetapi membuat satu video dengan menggunakan seluruh ayat serta contoh2 sebijik dari sesuatu entri adalah same dengan melanun.

OH FIKIRLAH~


:: Footnote: entri aku picisan, takde orang nak copypaste kot? Haha ::   

Tuesday, March 29, 2011

:: JusTiFiKaSi MaTlaMaT BerBLoGGing ::

Dunia sekarang semakin bergerak ke hadapan
Tidak dinafikan, semenjak berlakunya  ledakan yang dipanggil revolusi perindustrian di barat sejak akhir kurun ke-18, semakin banyak mesin2 yang tercipta
Ditambah dengan penciptaan dengan penciptaan enjin steam yang dipelopori oleh James Watt, maka semakin aktiflah kapitalis melaksanakan dasar imperialisme yang baru

Dengan terciptanya komputer digit pada 1951, penciptanya Sperry Univac secara tidak langsong telah mencorakkan satu lagi revolusi yang bakal mencorakkan ketamadunan manusia untuk satu kurun yang mendatang
Pembangunan Arpanet yang pada mulanya digunakan  untuk ketenteraan telah merintis kepada pengenalan medium siber yang dikomersialkan menjadi internet.

Pergh, intro merapu yang takde kaitan langsung dengan tajuk yang aku nak kupas
Saje je kasi fakta sikit kat korang.sesekali spreading a knowledge is worth.hihi.takde la kosong je korang bace entri2 aku.kan?

Kali ni aku nak berbicara mengenai sesuatu yang sering diperkatakan para blogerrian sekalian
Apekah? Haha, sekarang ni semenjak due tiga empat menjak ni, aku asik perasan, mane-mane blog yang aku bukak mesti berkaitan dengan matlamat berblog

Mostly pesanan dari mereka yang sudah lama di arena ini.pesan mereka blogger baru mesti ade matlamat yang jelas dalam berbloging
Haha.itu pesanan dari mereka yang dah lama

Sebab tu aku kaitkan dengan mukadimah entri di atas berkenaan teori revolusi dan perkembangan.

Ledakan teknologi telah menjadikan medium penulisan semakin menarik.kalau dulu, orang menulis pakai kertas, segala catatan peribadi ditulis dan disimpan di dalam buku.silap2 ape yang ditulis boleh jadi sesuatu misteri seperti Da Vinci Code.haha

Tapi sekarang, satu lagi medium penulisan yang semakin mendapat tempat di kalangan warga dunia.BLOG

Ya betol.tak dinafikan trend penulisan sekarang sudah berubah.kalau dulu sekadar menulis di dalam buku kemudian disimpan sahaja, tetapi sekarang segala idea, kisah peribadi, cerita sensasi, gosip, falsafah, teori dan ape sahaja fakta boleh dikongsi terus di dalam blog

Jadi, ape kaitan dengan matlamat berblogging ni?

Sebenarnye, ini pada pendapat aku yang picisan ni, matlamat berblog adalah satu perkara yang terlampau subjektif untuk dirungkaikan

Bukan nak cakap atau tunjuk bagos, kadang-kadang aku pon rase dalam hidop aku sendiri aku masih tak jelas dengan matlamat yang ingin dicapai.kadang-kadang aku jadi keliru dengan matlamat diri aku sendiri

Begitu juga penjustifikasi matlamat dalam berblog
Analogi seperti manusia.ape matlamat bekerja? Mestilah nak duet, nak pengalaman, nak penuhi tanggungjawab, nak kaye pon ye jugak.

Begitu jugak dalam berblog.kadang-kadang ade yang buat blog bukan untuk mencapai satu matlamat sahaja.eh.hidup kalau ade satu matlamat saje pelik lah.contoh.matlamat hidup nak hidup bahagia.dah.itu je.kalau macam tu baek lah duduk hospital.tiap2 hari ade nurse atau misi2 yang chantek bagi perhatian.fuhh.bahagia beb

 Sudah semestinya selain dari hidup bahagia ade lagi matlamat yang ingin dicapai.berkahwin, ade keluarga, jadi seseorang.mesti punye

Dan itu jugak sebenarnya bloggers2 yang ada.kadang-kadang aku tengok diorang tegor, bloggers, sila tetapkan matlamat blogging.ape matlamat anda.tapi kadang2 bila aku bace entri  diorang, aku pon rasa diorang pon macam tak jelas matlamat diorang

Kebenarannya, bukan matlamat berblogging itu sendiri yang dikelirukan

Tetapi itu hanya sindirian atau ayat sarkasis untuk menegor para blogger baru yang rakus mencari pengikot tanpa menghiraukan kualiti entri yang dititipkan buat bacaan

Tagline, i follow you, you follow i balek k?

Bila bukak blog tengok entri, wah, kucing aku beranak.takpon, selamat malam, nak tido dulu. (-_-‘)

Aku tak salahkan mereka ini.itu matlamat diorang.nak kumpul follower sebanyak yang mungkin.tapi perlu diingatkan, sesuatu blog itu biarpon tanpa publisiti yang bagos, tetapi dengan hasil penulisan yang menarik, entri yang mantap, pasti akan ade yang mempublisitikan blog tersebut.pasti

Mungkin untuk rujukan, aku syorkan korang bace ruangan para inspirasi aku dalam alam blogging kat sebelah kiri.aku rase, untuk lagi heaven, bukak Terfaktab.itu adalah site yang mengumpulkan blogger dengan idea dan penulisan yang padu lagi mantap.mungkin ade sesuatu yang korang boleh dapat dari situ?

Ape2 pon, tak kisahlah ape sekalipon matlamat para blogger sekalian, tapi ape yang penting dekat sini, kalau boleh kite berikan lebih penekanan di dalam entri.macam mane nak buat entri yang bagos? Kunci utama adalah banyakkan membaca, selak2 siket suratkhabar tu.jangan dok mengadap laptop je

Mungkin ade yang terase entri aku kali ni.tapi sape lah aku kan? Haha, aku hanya menulis berdasarkan justifikasi dan perspektif yang dirasai.kalau ade yang rase salah atau tak betol ape yang aku coretkan, silakan.aku sedia ditegor.kitakan ‘insan’.bukan maksum seperti para nabi dan malaikat

Encik, ape matlamat encik dalam menjadi pengurus manchester united? matlamat saya menamatkan penguasaan liberpul , menang epl, menang champions league dan jadi pengurus setan merah paling lame.hihi

Dan jika ditanya aku, ape matlamat berblog ko wahai naim noor alim?

Ini jawapan jujur aku.aku mahukan orang terhibur dan suke dengan penulisan aku.aku nakkan follower yang ikhlas follow aku dan aku mahu menghasilkan entri menakjubkan yang mampu menarik perhatian.buat masa kini itu matlamat aku.tak mustahil, di mase depan matlamat aku berubah.ikot keadaan, kita tak tau kan?

So, wahai bloggers, jangan risau jika anda masih tidak jelas lagi matlamat anda.ianya akan datang sendiri.cume satu sahaja, ikhlaskan hati dan diri dalam menulis dan menjana entri

Fikir sendiri ape aku nak sampaikan.assalamualaikum.chalo.

::Footnote: tak ade footnote kali ni ::

Friday, March 25, 2011

:: MenGGaPai MiMpi ::

“Georgia Baird merupakan seorang jurujual dan mempromosikan barangan masakan di sebuah pasaraya. Kehidupan beliau setiap hari same saje rutin. Georgia merupakan pekerja terbaik pasaraya.beliau mempunyai impian yang dicatat di dalam ‘probability book’. Tetapi beliau sering merasakan itu hanya impian yang xkan boleh dicapai dan takut untuk mengejar cita-cita beliau sendiri. Satu hari, beliau diberitahu doctor mempunyai kanser otak dan hanya ada 3 minggu sahaja untuk hidup. Georgia Baird terduduk sambil menyesal kerana seluruh hidupnya selama ini tidak digunakan untuk mencapai impiannya”

Kisah sinikal yang dipetik dari sebuah filem
Ye, itu adalah sebuah kisah tipikal yang ade kesinoniman dengan kebanyakan dari kita-kita semua
Setiap orang ade impian
Setiap orang ade cita-cita yang ingin dikejar
Setiap orang ade matlamat yang ingin dicapai

Tetapi kebanyakan dari kita ini sering merasakan
“aku rase aku takkan mampu nak capai impian aku”
atau
“kau pandai, bolelah,aku ape ade? Blaja pon pointer cukup2 makan”
Atau
“untungla, family ko kaye.bole support ko”

What the fish people?
Seorang cikgu yang sangat aku respek mase sekolah dulu pernah bercakap
Mereka yang Berjaya adalah mereka yang menepis segala satu halangan dan dugaan serta tidak memberikan apa-apa alasan.dalam fikiran dia, kalau dia mahukan sesuatu, dia mesti akan berusaha mendapatkannya.bentanglah segala bagai dugaan, dia akan anggap itu hanya perencah ibarat bawang yang ditumis untuk melazatkan nasi goreng

Dan begitulah kita semua
Aku sendiri ade cita-cita yang ingin aku gapai
Dan aku akui, ade masenye aku rase itu semua mustahil
Ye, aku macam orang yang gagal.suke memberikan alasan tak boleh, tak boleh
Sering merasakan only ‘the gifted’ sahaja yang akan Berjaya

Tapi menonton cerita-cerita sebegini membawa seribu satu perspektif
Ya, aku takkan boleh  buat kalau aku terus memberikan alasan
Kalau aku terus berasa woo, gile lah, mustahil lah aku boleh buat
Atau die tu pandai, bole la.aku ni, mimpi je lah weh

Shoot, kenapekah aku berfikiran macam tu?
Damn, aku dah rase jadi macam Georgia Baird, mensia-siakan hidup
Tak kan aku nak menunggu aku dilanda sesuatu
Dan pade mase tu barulah terduduk, menyesal.tak boleh nak mencapai impian aku sendiri.

Ye para pembaca blog yang budiman.
Ape kate kita ubah corak pemikiran kita
Janganlah kita asyik hidup berorientasikan sistem yang mengawal kita
Di mana mereka yang pandai, peksa slalu no 1, anugerah dekan
Mereka itu yang dianggap terbilang, cmerlang
Manakala mereka yang di bawah, lulus pengajian pon cukup makan, tercicir dari sekolah di mata kasar mereka dilabel gagal

Bangkitlah.itu sistem prejudis yang tiada nilai kemanusiaan
Islam itu sendiri mengajar manusia itu semua sama
Berhak menggapai cita-cita dan impian masing2 tapi pada mase yang same mereka yang kurang tidak diketepikan
Lihatlah bagaimana sahabat Nabi s.a.w, Bilal Bin Rabah, asalnya hanya seorang hamba, tetapi diangkat tinggi kedudukan dan martabatnya

Ingatlah, kita semua berpeluang sama
Orang pandai kalau malas pon tak kemana
So, pergi buang semua suare setan bodoh tu, dan mula berusaha mencapai matlamat dan impian masing2 sebelom menyesal
Tak kesahlah kau perlukan usaha 10 kali ganda lebih dari orang laen, tapi itu impian kau, bukan orang laen
Berhenti memberi alasan tidak.mula terapkan ya, aku mesti dapat punyelah

Georgia Baird kemudiannya membuat keputusan.dia masih ade 3 minggu lagi untuk hidup.dia mahukan semua impiannya tercapai dan beliau mampu tersenyum di akhir hayatnya.dia berhenti dari kerjenya yang membosankan dan memulakan impiannya untuk melancong ke Karlovy Valy di Republic Czech serta menginap di Grandhotel Pupp yang mewah.dia menikmati semuanya dan dapat berjumpa dengan ramai orang yang akhirnya mendapat inspirasi dari dirinya untuk menghargai kehidupan dan sayang terhadap diri sendiri.

Satu faks diterima.Georgia Baird tidak mempunyai kanser otak.itu kesilapan imbasan.dia akhirnya berkahwin dengan pemuda idaman dan Berjaya mencapai satu lagi impian iaitu membuka sebuah bistro.The End”

Mase depan tidak pernah boleh diramal, itu yang menjadikan hidup kita ini menarik

Chalo, wassalam

::Footnote: impian aku, hidup bahagia bersama yang tersayang.berjaya dalam karier ::

Thursday, March 24, 2011

:: KuAtLaH, KaU TaK KeSeoRanGAn ::

Tadi tengah bosan-bosan tak tau nak watpe
Tanpa sengaje tangan menekan kekunci mencari pasal penyakit kanser
Entah kenape boleh terdetik nak tau pasal penyakit tu
Mungkin sebab tadi terbace satu artikel pasal kanser kat dalam paper

Haha, takpe.ini namenye menambah ilmu pengetahuan
Korang sume rajin2 lah membaca eh
Tak semestinya ko amek engineering lah contohnya
Maka ko jumudkan fikiran ko amek ilmu berkaitan engineering je
Tak boleh macam tu
At least lah, ade sedikit picisan pasal bidang yang laen
Mane tau in the future ape yang korang bace berguna.manelah tau kan

Haa, tapi entri ni bukannye nak bercerita pasal ape tu kanser
Cume nak kite semua berasa bertuah
Betapa beruntungnya kita semua yang sihat walafiat ni
Membaca kisah-kisah mereka yang berjuang melawan kanser
Membuatkan aku berasa insaf
Walaupun diorang tau maut bile-bile boleh menjemput
Tapi diorang tak fikir pon pasal mende2 tu
Dan terus kuat jalani hidup

Dan dalam hidup kadangkala kite kene percaya kepada keajaiban
Ade antara mereka yang bebas kembali dari kanser
Dan sihat sepenuhnya
Dan biasenya, mereka ini terus bersemangat untuk hidup
Adalah kerana dengan adanya sokongan mereka-mereka yang terus tidak henti-henti percaya mereka akan sembuh

dan sempena itu
aku dedikasikan satu lagu khas buat mereka semua
percayalah mereka-mereka yang ade kanser ni 
KAU TIDAK KESEORANGAN
Teruskan berjuang, percayalah anda begitu berharga buat semua 



Take a breath
I pull myself together
Just another step till I reach the door
You'll never know the way it tears me up inside to see you
I wish that I could tell you something
To take it all away

Sometimes I wish I could save you
And there're so many things that I want you to know
I won't give up till it's over
If it takes you forever I want you to know

When I hear your voice
Its drowning in a whisper
It's just skin and bones
There's nothing left to take
And no matter what I do I can't make you feel better
If only I could find the answer
To help me understand

Sometimes I wish I could save you
And there're so many things that I want you to know
I wont give up till it's over
If it takes you forever I want you to know

That if you fall, stumble down
I'll pick you up off the ground
If you lose faith in you
I'll give you strength to pull through
Tell me you won't give up cause I'll be waiting if you fall
Oh you know I'll be there for you

(Ahahaha)
If only I could find the answer
To take it all away

Sometimes i wish i could save you
And there're so many things that I want you to know
I wont give up till it's over
If it takes you forever I want you to know
(Oh)
I wish I could save you
I want you to know
(Ohohh)
I wish I could save you (oh) 

::footnote: membaca kisah-kisah sebegini menginsafkan diri.untuk tau lagi banyak klik sini ::


Tuesday, March 22, 2011

:: SeKePiNg KeRtAs BUkAn PeNeNtU SeGALanYa ::

Assalamualaikum
Pe habaq sume?
Ecece, speaking utagha la pulak.testing saje
Dah, taknak jadi perosak bahase dan kosa kata.bahase Keyell balek.hihi
*mood masok air*

Bes kan tajuk entri aku?
Mesti korang dah boleh agak dah ape isi untuk tajuk entri kalo ni kan?
Haa, dan mesti korang sume pelik kan nape naim noor alim semenjak kebelakangan ni kalau post tajuk ngan isi sadis je bunyik.
Haha, mungkin aku  terlampau banyak sangat baca novel kot.haha

Dah sudah, kang ngarot hilang isi yang aku nak sampaikan
Ye, beberapa jam lagi ade sebahagian daripada pembaca blog ni mungkin akan mengalami debaran, adrenalin semakin menggila, oksigen terasa makin berkurangan dan hormone jadi tak keruan

Semuanya hanya disebabkan sekeping kertas peperiksaan yang bakal menentu hala tuju dan mase depan mereka-mereka semua
Nah, sekalung tahniah buat mereka yang bakal menangisi hasil usaha, bakal berpesta dengan penat dan bakal bergelak ketawa dengan keperitan atas apa yang mereka telah lakukan selama ni
Walau apapun keputusan yang keluar, ingat, korang patut berasa bangga dengan diri sendiri kerana telah melepasi satu lagi fasa kehidupan di dalam kehidupan ini.

Aku tau, mesti akan ada antara kau orang yang akan rase menyesal, terkilan dan hiba dengan keputusan yang tertulis
Sampai ada ambik keputusan yang tak sepatotnya, rase loser, segan tak bertempat dah tu rase mase depan dah punah, ranap.

Haa, kepada diorang-diorang ni, please.ini yang dirisaukan
Janganlah hanya disebabkan result yang tertulis di atas sekeping kertas tu, terus tertanam dalam diri, “aku ni memang bengap, tak pandai pulak tu”
Atau cakap macam ni, “wa, bes la orang yang dapat result gempak, mesti nanti diorang punye mase depan cerah, dapat keje nanti bagos”

Hoii, sape-sape yang berfikiran macam tu, sila tanam diri cepat2
Berputus asa bukanlah jalan yang terbaik
Dan sekeping keputusan di atas sehelai kertas itu bukan penentu mase depan
You can never predict your future.your act determine your future
See, perbuatan korang yang menentukan mase depan korang nanti

Ape yang korang fikirkan pasal mase depan korang
Itulah yang akan terjadi
Kalau korang slalu fikir mase depan korang positif
Maka korang mesti akan buat kerja dengan kearah mencapai masa depan yang positif tu

Rileks lah, belom tentu mereka yang A lurus semua ngan kalau kat Uni result 4rata tu, mase depan diorang sume amat cerah
Lecturer aku slalu pesan kat kitorang
Keputusan awak bukan penentu segalanya.kalau 4rata tapi skil takde, jumpe orang malu, sosial tak reti, kene pressure siket dah tension.tak kemana jugak
Jangan melihat hanya pada keputusan di atas sekeping kertas

Ok, kalau kite tengok contoh-contoh yang ade
Sume tau, satu dunia tau Steve Job pengasas bersama dan CEO Apple dan Bill Gates, pengasas Microsoft, kedua-duanya tak pun menamatkan pengajian university
Tapi kita tengok mane kedudukan diorang sekarang?
Antara orang yang terkaya dan terkenal di dunia

Beb, ingatlah eh
Ape jenis keputusan peperiksaan yang diterima, bukan bermaksud itulah penentu segala-galanya
Ini bukan zaman noob, nerd
Ini zaman interaksi, skil dan komunikasi
Ilmu pengetahuan bukan hanya bermaksud kau perlu menghadap buku-buku yang tebal
Ilmu pengetahuan bukan bermaksud kau menghapal segala bagai formula dan teori
Ilmu pengetahuan itu sebenarnya adalah pengalaman dan skil kehidupan yang kau miliki.itu ilmu pengetahuan yang paling dicari sebenarnye

Okayh, sebagai penutup
Kepada semua termasuk aku
Jangan pernah putus asa dengan diri sendiri
Sebab bila mane kite semua berputus asa, maka pada masa itu, itulah penamat kepada korang
Tapi selagi mane kita percaya dan mempunyai keazaman yang kuat dan tak pernah berhenti, tak pernah mengeluh, maka ketahuilah, di situ sebenarnya penentu masa depan kita.wassalam


:: footnote: aku tak kan pernah putus asa.Nabi Muhammad sendiri tak pernah berputus asa dalam berdakwah walau berjuta dugaan diterima ::