Friday, March 25, 2011

:: MenGGaPai MiMpi ::

“Georgia Baird merupakan seorang jurujual dan mempromosikan barangan masakan di sebuah pasaraya. Kehidupan beliau setiap hari same saje rutin. Georgia merupakan pekerja terbaik pasaraya.beliau mempunyai impian yang dicatat di dalam ‘probability book’. Tetapi beliau sering merasakan itu hanya impian yang xkan boleh dicapai dan takut untuk mengejar cita-cita beliau sendiri. Satu hari, beliau diberitahu doctor mempunyai kanser otak dan hanya ada 3 minggu sahaja untuk hidup. Georgia Baird terduduk sambil menyesal kerana seluruh hidupnya selama ini tidak digunakan untuk mencapai impiannya”

Kisah sinikal yang dipetik dari sebuah filem
Ye, itu adalah sebuah kisah tipikal yang ade kesinoniman dengan kebanyakan dari kita-kita semua
Setiap orang ade impian
Setiap orang ade cita-cita yang ingin dikejar
Setiap orang ade matlamat yang ingin dicapai

Tetapi kebanyakan dari kita ini sering merasakan
“aku rase aku takkan mampu nak capai impian aku”
atau
“kau pandai, bolelah,aku ape ade? Blaja pon pointer cukup2 makan”
Atau
“untungla, family ko kaye.bole support ko”

What the fish people?
Seorang cikgu yang sangat aku respek mase sekolah dulu pernah bercakap
Mereka yang Berjaya adalah mereka yang menepis segala satu halangan dan dugaan serta tidak memberikan apa-apa alasan.dalam fikiran dia, kalau dia mahukan sesuatu, dia mesti akan berusaha mendapatkannya.bentanglah segala bagai dugaan, dia akan anggap itu hanya perencah ibarat bawang yang ditumis untuk melazatkan nasi goreng

Dan begitulah kita semua
Aku sendiri ade cita-cita yang ingin aku gapai
Dan aku akui, ade masenye aku rase itu semua mustahil
Ye, aku macam orang yang gagal.suke memberikan alasan tak boleh, tak boleh
Sering merasakan only ‘the gifted’ sahaja yang akan Berjaya

Tapi menonton cerita-cerita sebegini membawa seribu satu perspektif
Ya, aku takkan boleh  buat kalau aku terus memberikan alasan
Kalau aku terus berasa woo, gile lah, mustahil lah aku boleh buat
Atau die tu pandai, bole la.aku ni, mimpi je lah weh

Shoot, kenapekah aku berfikiran macam tu?
Damn, aku dah rase jadi macam Georgia Baird, mensia-siakan hidup
Tak kan aku nak menunggu aku dilanda sesuatu
Dan pade mase tu barulah terduduk, menyesal.tak boleh nak mencapai impian aku sendiri.

Ye para pembaca blog yang budiman.
Ape kate kita ubah corak pemikiran kita
Janganlah kita asyik hidup berorientasikan sistem yang mengawal kita
Di mana mereka yang pandai, peksa slalu no 1, anugerah dekan
Mereka itu yang dianggap terbilang, cmerlang
Manakala mereka yang di bawah, lulus pengajian pon cukup makan, tercicir dari sekolah di mata kasar mereka dilabel gagal

Bangkitlah.itu sistem prejudis yang tiada nilai kemanusiaan
Islam itu sendiri mengajar manusia itu semua sama
Berhak menggapai cita-cita dan impian masing2 tapi pada mase yang same mereka yang kurang tidak diketepikan
Lihatlah bagaimana sahabat Nabi s.a.w, Bilal Bin Rabah, asalnya hanya seorang hamba, tetapi diangkat tinggi kedudukan dan martabatnya

Ingatlah, kita semua berpeluang sama
Orang pandai kalau malas pon tak kemana
So, pergi buang semua suare setan bodoh tu, dan mula berusaha mencapai matlamat dan impian masing2 sebelom menyesal
Tak kesahlah kau perlukan usaha 10 kali ganda lebih dari orang laen, tapi itu impian kau, bukan orang laen
Berhenti memberi alasan tidak.mula terapkan ya, aku mesti dapat punyelah

Georgia Baird kemudiannya membuat keputusan.dia masih ade 3 minggu lagi untuk hidup.dia mahukan semua impiannya tercapai dan beliau mampu tersenyum di akhir hayatnya.dia berhenti dari kerjenya yang membosankan dan memulakan impiannya untuk melancong ke Karlovy Valy di Republic Czech serta menginap di Grandhotel Pupp yang mewah.dia menikmati semuanya dan dapat berjumpa dengan ramai orang yang akhirnya mendapat inspirasi dari dirinya untuk menghargai kehidupan dan sayang terhadap diri sendiri.

Satu faks diterima.Georgia Baird tidak mempunyai kanser otak.itu kesilapan imbasan.dia akhirnya berkahwin dengan pemuda idaman dan Berjaya mencapai satu lagi impian iaitu membuka sebuah bistro.The End”

Mase depan tidak pernah boleh diramal, itu yang menjadikan hidup kita ini menarik

Chalo, wassalam

::Footnote: impian aku, hidup bahagia bersama yang tersayang.berjaya dalam karier ::

4 comments:

  1. errm betul..aten pun kadang2 rasa down bila tengok org len sukses..
    tapi patutnye kite kena lebih BERSEMANGAT!
    biarlah orang nak kata kite nia ape..yg penting kita tau bawa diri kita..pegang ngan prinsip dont give up!

    syabasss..i likeee dis entry!!!

    ReplyDelete
  2. betul2....good luck dalam hidup...semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan..=]

    ReplyDelete
  3. Georgia Baird-- bukan ke pasal dia nie telah dia buat filem.. pelakun utama nyer queen latifa... best sgt citer tu.. aper2 pun best entry awk.

    ReplyDelete
  4. aten: yup2.yang penting diri kita.x kisahlah kalau kite kene cube 100x lagi banyak dari orang laen, yang penting kita jangan cepat putus asa =).thanks aten
    ciK LyndaWawa igUana: amin.moge2 awak pon dapat capai ape yang diimpikan =)

    ReplyDelete