Tuesday, March 29, 2011

:: JusTiFiKaSi MaTlaMaT BerBLoGGing ::

Dunia sekarang semakin bergerak ke hadapan
Tidak dinafikan, semenjak berlakunya  ledakan yang dipanggil revolusi perindustrian di barat sejak akhir kurun ke-18, semakin banyak mesin2 yang tercipta
Ditambah dengan penciptaan dengan penciptaan enjin steam yang dipelopori oleh James Watt, maka semakin aktiflah kapitalis melaksanakan dasar imperialisme yang baru

Dengan terciptanya komputer digit pada 1951, penciptanya Sperry Univac secara tidak langsong telah mencorakkan satu lagi revolusi yang bakal mencorakkan ketamadunan manusia untuk satu kurun yang mendatang
Pembangunan Arpanet yang pada mulanya digunakan  untuk ketenteraan telah merintis kepada pengenalan medium siber yang dikomersialkan menjadi internet.

Pergh, intro merapu yang takde kaitan langsung dengan tajuk yang aku nak kupas
Saje je kasi fakta sikit kat korang.sesekali spreading a knowledge is worth.hihi.takde la kosong je korang bace entri2 aku.kan?

Kali ni aku nak berbicara mengenai sesuatu yang sering diperkatakan para blogerrian sekalian
Apekah? Haha, sekarang ni semenjak due tiga empat menjak ni, aku asik perasan, mane-mane blog yang aku bukak mesti berkaitan dengan matlamat berblog

Mostly pesanan dari mereka yang sudah lama di arena ini.pesan mereka blogger baru mesti ade matlamat yang jelas dalam berbloging
Haha.itu pesanan dari mereka yang dah lama

Sebab tu aku kaitkan dengan mukadimah entri di atas berkenaan teori revolusi dan perkembangan.

Ledakan teknologi telah menjadikan medium penulisan semakin menarik.kalau dulu, orang menulis pakai kertas, segala catatan peribadi ditulis dan disimpan di dalam buku.silap2 ape yang ditulis boleh jadi sesuatu misteri seperti Da Vinci Code.haha

Tapi sekarang, satu lagi medium penulisan yang semakin mendapat tempat di kalangan warga dunia.BLOG

Ya betol.tak dinafikan trend penulisan sekarang sudah berubah.kalau dulu sekadar menulis di dalam buku kemudian disimpan sahaja, tetapi sekarang segala idea, kisah peribadi, cerita sensasi, gosip, falsafah, teori dan ape sahaja fakta boleh dikongsi terus di dalam blog

Jadi, ape kaitan dengan matlamat berblogging ni?

Sebenarnye, ini pada pendapat aku yang picisan ni, matlamat berblog adalah satu perkara yang terlampau subjektif untuk dirungkaikan

Bukan nak cakap atau tunjuk bagos, kadang-kadang aku pon rase dalam hidop aku sendiri aku masih tak jelas dengan matlamat yang ingin dicapai.kadang-kadang aku jadi keliru dengan matlamat diri aku sendiri

Begitu juga penjustifikasi matlamat dalam berblog
Analogi seperti manusia.ape matlamat bekerja? Mestilah nak duet, nak pengalaman, nak penuhi tanggungjawab, nak kaye pon ye jugak.

Begitu jugak dalam berblog.kadang-kadang ade yang buat blog bukan untuk mencapai satu matlamat sahaja.eh.hidup kalau ade satu matlamat saje pelik lah.contoh.matlamat hidup nak hidup bahagia.dah.itu je.kalau macam tu baek lah duduk hospital.tiap2 hari ade nurse atau misi2 yang chantek bagi perhatian.fuhh.bahagia beb

 Sudah semestinya selain dari hidup bahagia ade lagi matlamat yang ingin dicapai.berkahwin, ade keluarga, jadi seseorang.mesti punye

Dan itu jugak sebenarnya bloggers2 yang ada.kadang-kadang aku tengok diorang tegor, bloggers, sila tetapkan matlamat blogging.ape matlamat anda.tapi kadang2 bila aku bace entri  diorang, aku pon rasa diorang pon macam tak jelas matlamat diorang

Kebenarannya, bukan matlamat berblogging itu sendiri yang dikelirukan

Tetapi itu hanya sindirian atau ayat sarkasis untuk menegor para blogger baru yang rakus mencari pengikot tanpa menghiraukan kualiti entri yang dititipkan buat bacaan

Tagline, i follow you, you follow i balek k?

Bila bukak blog tengok entri, wah, kucing aku beranak.takpon, selamat malam, nak tido dulu. (-_-‘)

Aku tak salahkan mereka ini.itu matlamat diorang.nak kumpul follower sebanyak yang mungkin.tapi perlu diingatkan, sesuatu blog itu biarpon tanpa publisiti yang bagos, tetapi dengan hasil penulisan yang menarik, entri yang mantap, pasti akan ade yang mempublisitikan blog tersebut.pasti

Mungkin untuk rujukan, aku syorkan korang bace ruangan para inspirasi aku dalam alam blogging kat sebelah kiri.aku rase, untuk lagi heaven, bukak Terfaktab.itu adalah site yang mengumpulkan blogger dengan idea dan penulisan yang padu lagi mantap.mungkin ade sesuatu yang korang boleh dapat dari situ?

Ape2 pon, tak kisahlah ape sekalipon matlamat para blogger sekalian, tapi ape yang penting dekat sini, kalau boleh kite berikan lebih penekanan di dalam entri.macam mane nak buat entri yang bagos? Kunci utama adalah banyakkan membaca, selak2 siket suratkhabar tu.jangan dok mengadap laptop je

Mungkin ade yang terase entri aku kali ni.tapi sape lah aku kan? Haha, aku hanya menulis berdasarkan justifikasi dan perspektif yang dirasai.kalau ade yang rase salah atau tak betol ape yang aku coretkan, silakan.aku sedia ditegor.kitakan ‘insan’.bukan maksum seperti para nabi dan malaikat

Encik, ape matlamat encik dalam menjadi pengurus manchester united? matlamat saya menamatkan penguasaan liberpul , menang epl, menang champions league dan jadi pengurus setan merah paling lame.hihi

Dan jika ditanya aku, ape matlamat berblog ko wahai naim noor alim?

Ini jawapan jujur aku.aku mahukan orang terhibur dan suke dengan penulisan aku.aku nakkan follower yang ikhlas follow aku dan aku mahu menghasilkan entri menakjubkan yang mampu menarik perhatian.buat masa kini itu matlamat aku.tak mustahil, di mase depan matlamat aku berubah.ikot keadaan, kita tak tau kan?

So, wahai bloggers, jangan risau jika anda masih tidak jelas lagi matlamat anda.ianya akan datang sendiri.cume satu sahaja, ikhlaskan hati dan diri dalam menulis dan menjana entri

Fikir sendiri ape aku nak sampaikan.assalamualaikum.chalo.

::Footnote: tak ade footnote kali ni ::

15 comments:

  1. Yuyu suka sangat sangat entry ni. macam nak copy paste je ^^ hohoho~ <3

    ReplyDelete
  2. yuyu: welcome.sile lah share2.bende yang baek x salah untuk berkongsi.kan? =)

    ReplyDelete
  3. ayat ko memang power kan.. :D terbaik wei entry niE :D walaupun panjang.. aku tetap meneruskan juga.. :D

    ReplyDelete
  4. kyerull: haha.mane ade lah.biase2 je.kau punye blog pon ayat power jugak.hehe.thanks bace =)

    ReplyDelete
  5. good job! luv ur writing stlye, im still new, still learnt to be good blogger and good writer ;)

    ReplyDelete
  6. nadira: thanks a lot.i'm also a newbie.keep on learning.banyak care penulisan saye belajar dari angkatan terfaktab.same2 kite belajar eh =)

    ReplyDelete
  7. naim..rindu kat kau. hahahaha..lame x bukak blog nih.. bukan maen panjang entri ko an.. nice

    ReplyDelete
  8. Falcoa: thanks =)
    Usaini: haha.rindu ko jugak weyh.haha.aq slalu bace blog ko.tapi x drop komen.nanti lepak eh.aku nak tgok haiwan peliharaan baru ko.tgok macam eksotik.haha

    ReplyDelete
  9. eksotik tu meh... dah menetas.. siap buat putaran O dalam air tu.. esok aku nak ajar diowang berenang kuak lentang...

    ReplyDelete
  10. wohooo!! suke ar intro tuh. but.mmg matlamat tuh subjektif..tapi for a blogger..eventho org tataw ape matlamat dia nk buat blog..paling tak pon kena ada gak sikit. haha...(aku da merapu dah ni naim).analoginyer macam ko tanam pokok rambutan. tapi ko xde matlamat nk makan pon buat hasil tuh. ada faedah x? ehe...

    ReplyDelete
  11. TH: haha.good comment TH.tapi macam aq cakap la.tak semestinya satu matlamat.mencari ramai follower pon satu matlamat jugak.hehe.analogi pokok rambutan tu, mungkin bole jadi matlamat laen nak sedekah kat orang.haha.tapi matlamat akan ambil mase untuk difahami.nice comment TH =)

    ReplyDelete
  12. wahahhaha! nice3!!! Naim,pnjang gile do,pnat aku nk mmbace! aku bce kat atas2 je..hahha
    ko kne wat smple post dh pasni..tau3!! hahah

    ReplyDelete
  13. hasif: haha.aq kalau datang semangat kus2 aq nak update cmni la jadinye.haha.taip2 tgok panjang cmni.haha

    ReplyDelete
  14. muahaha :) erk..asip pon komen? errr..larikkkk

    ReplyDelete