Friday, March 18, 2011

:: PeRJaLaNaN HiDup SeuMpAMa BeRMaiN FooTBaLL MaNagER ::

Korang semua pernah main football manager tak?
Untuk lelaki mungkinlah ade yang dah main
Perempuan, err, xpe dimaafkan
Haa, ape tu football manager?

Football manager adalah satu permainan di mana kita sebagai seorang pengurus, harus merangka strategi serta taktik yang hebat
Yang boleh membawa kepada kemenangan sesuatu pasukan
Berbeza dengan permainan bola laen yang mana kalau korang maen korang susun taktik lepastu korang sendiri control player waktu game berjalan
Dalam football manager laen sekali.korang akan diberi satu bajet untuk membeli pemain, bajet gaji mingguan dan seterusnya korang bertanggungjawab menyusun strategi dan taktik pasukan

Semasa perlawanan berlangsung, macam mane taktik serta latihan yang disusun mcam tu lah pemain akan main.sebagai pengurus, dok diam2 tepi padang, just boleh bagi arahan je.ala-ala K Rajagobal memberi arahan, korang x boleh maen.hanya bagi semangat serta perhatikan saje perlawanan berlangsung.pritt, wisel penamat.menang dijulang kalah siap lah kene bantai dengan penyokong dan pengurusan.

Haa, ape kaitan sebenarnya perjalanan hidup dengan football manager?
Okeyh, meh sini dok rapat2.aku mau beralkisah sama korang
Di dalam football manager, ade beriban kelab yang boleh dipilih
Kalau korang memilih kelab yang kaya, kukuh, kewangan tiptop, takde hal lah
Tetapi cabaran jika korang mengambil kelab liga terbawah, kewangan yang biasa ataupun nak dekat muflis, stadium cenonet serta sumber kewangan terhad.

Haa, macam tu lah hidup kita sebenarnya
Bermula dengan kecik, apapun takde, haruslah menapak perlahan-lahan
Baeklah, dalam permulaan permainan,aku pilih Southport.bajet diberi hanya 6K saje nak beli player, serta bajet gaji mingguan, 10k saje.duhh
Nak banding dengan Gergasi di EPL? 10juta bajet transfer.haremm

Di situlah kepakaran korang diperlukan
Strategi perlu digunakan, sumber terhad, tetapi keinginan yang besar
Cube tengok balek dari sisi kehidupan
Di permulaan hidup, sudah tentu kemampuan, pengetahuan kau dan aku terhad kan? Melaenkan kau adalah genius
Sumber yang ada, guru, rakan-rakan, ibu bapa dan alam sekitar kau&aku
Kite akan sentiasa ade keinginan untuk mengetahui sesuatu di luar lingkup pengetahuan, tapi macam mane? Nah, mereka-mereka yang menjadi sumber itu akan memberikan pengetahuan dan maklumat

Seterusnya, di dalam football manager, untuk mendapatkan pasukan yang berkualiti, maka hendaklah mantap latihan yang diberikan
Sama juga dalam hakikat kehidupan.dalam usaha mencapai kejayaan, kejayaan tak akan datang macam tu je tanpa penat dan lelah.Usaha yang berterusan akan memangkin kejayaan yang cemerlang

Dalam musim pertama aku menguruskan Southport, tidak ramai yang memberikan harapan untuk berjaya naik ke peringkat seterusnya.tapi anasir-anasir dengki dan tidak percaya itu terhapus bila mana aku berjaya mengemudi Southport menjuarai liga Blue Square North dan layak ke Blue Square Premier (BSQ) dan sekali lagi menjuarai BSQ untuk naik ke League 2 Coca Cola

Haa, dalam hidup, akan sentiasa ade unsur-unsur yang cuba menjatuhkan kita
Terpulang macam mana kita menangkis unsur-unsur negative tersebut dan seterusnya melakar kejayaan di dalam kehidupan dengan mendakinya sedikit demi sedikit.ingat, tiada jalan pintas di dalam kejayaan

Ouh, berbalik pada Football manager, dalam League 2, pasukan aku sedikit goyah.musim tu kitorang gagal menjuarai liga dan hanya duduk di tangga pertengahan.satu kekecewaan sebenarnya sebab aku harap kitorang akan terus buat kejutan untuk lagi cepat naik ke League 1.

Hakikatnya, di dalam kehidupan, tak semuanya indah.tak semestinya setiap kali kita berjaya, kita akan terus berjaya,berjaya dan berjaya
There will be a time di mana semuanya bertukar menjadi serabot dan seakan-akan serba tak kena.orang kata zaman kejatuhan
Eh, rileks lah, Man U sekarang ni pon krisis jugak.tapi setelah berlaku siri kekalahan, mereka bangkit semula membedil arsenal.hail Fergie!
Sebenarnya, dari situ kite semua akan sedar, hidup tak selalunya indah

Then, musim seterusnya aku berjaya menjadi naib juara League 2 dan dinaikkan ke League 1.ho yeah, League 1 aku jadi champion.bagos
Dan sekarang aku di Championship league, di kedudukan pertengahan.beb, kalau gua menang wa naik Premier League, duduk same elitis England yakni Chelsea, Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Tottenham

Nah, korang Nampak tak siket kaitan cara permainan football manager dengan hidup?
Ahah, ayat aku mungkin merapu.maaflah, dulu sekolah aku sains fizikal, bukan sastera.analogi metafora dan abstrak aku x reti nak pakai.aku menulis ikut hati dan ape yang aku reti.haha

Tapi satu peringatan
Untuk aku naik dan boleh bermain smpai ke Liga sekarang, banyak yang perlu aku lakukan.ade pemain yang perlu aku korbankan untuk menambahkan dana
Hidup akan sentiasa begitu, akan sentiasa berkisar mengenai pengorbanan
Kadangkala, kita kene menjadi realistic
Ade peluang yang perlu kita lepaskan untuk menggapai satu lagi peluang yang lain.opportunis akan sentiasa mengejar yang terbaek

Haa, itu saje celoteh dan ngarutan aku kali ni
Hehe, sorilah panjang lebar kome sume nak membace
Jadi macam biase
Renung2kan dan selamat beramal ^_^

::footnote:hidup adalah sentiasa berkaitan cabaran.ouh, Blue Square North adalah Liga Kelas 6 di England ::

12 comments: