Assalamualaikum
Pertama sekali tatkala menaip entri ni
Ucapan selamat kembali semula kepada salah satu figura inspirasi berbloging aku, Magenta, kedalam arena blogging
Lame menyepi mungkin banyak idea yang dicari dan diperhalusi
Mana tau teknik2 terkini penulisan yang lebih sensasi.haha
Sensasi mungkin tidak, jikalau membaca penulisan-penulisan magenta
Dia adalah blogger yang sarat dengan idea yang kritis, pemikiran yang gila2 punye retorik dan cerita2 lucu
Akan tetapi kepulangan kembali magenta disambut dengan penuh kehibaan
Apekah?
Sekarang ni kite semua tahu, satu lagi trend baru yang menjelma selain dari berblogging adalah bervlogging
Dalam erti kata lain vlogging adalah satu platform baru penceritaan idea, aktiviti, isu-isu atau ape sahaja seperti di blog tapi dalam bentuk video
Ini semua terima kasih kepada Adam Kontras, yang mungkin juga boleh dikatakan bapak Vlog dengan penghasilan Vlog pertama pada tahun 2000 yang memangkin kepada Vlog2 lain seumpamanya.
Di Malaysia pulak popularity Vlog melonjak mendadak hasil daripada Vlog anwar hadi dan cikgu syida.
Okeyh cukup sedikit cerita pasal Vlog
Dan ape kaitan kebengangan Magenta kite dengan Vlog ni?
Sebenarnya, ade seorang Vlogger yang dah mungkin takde isu untuk diceritakan telah mencedok sebijik satu entri dari blog abang magenta kite ni
Haha, agak pelik jugak lah kan
Mungkin plagiat entri dari blog orang laen dan dipaste ke dalam blog sendiri adalah common
Tapi dalam hal ini, memplagiat entri blog untuk dijadikan sebagai bahan Vlog adelah sesuatu yang jarang kedengaran
Mungkin kes cik magenta ni first time aku dengar
Ape2 pon, kalau nak tau lebih lanjut sile bace kat sini
Dan untuk tau entri mane yang telah diplagiat adalah entri ni
So kepada insan yang memplagiat berkenaan
Adekah anda sudah begitu kekeringan ayat sehingga entri blog pon mahu diplagiat?
Mungkin hanya sebuah blog, tetapi kandungan idea adalah sesuatu yang payah untuk difikirkan
Kalaupun dah takde ayat untuk dirungkapkan
Cubelah fahami isu yang diketengahkan dan olah ayat yang lebih sofistikated, asli dan original dari mulut dan hati sendiri
Memahami isu mungkin tidak mengapa, tetapi membuat satu video dengan menggunakan seluruh ayat serta contoh2 sebijik dari sesuatu entri adalah same dengan melanun.
OH FIKIRLAH~
:: Footnote: entri aku picisan, takde orang nak copypaste kot? Haha ::
Berblog pun kene ada keaslian.. yeah.. setuju...
ReplyDeletekalau amik data...kemudian olah semula adakah itu plagiat juga?
ReplyDeletelizzie: haha.asli lagi bes
ReplyDeleteAirieda: plagiat di sini mengambil bulat2 sebijik hasil karya tanpa diolah langsung.idea mungkin boleh sama.data juga, tapi isi dan olahan mungkin berbeza =)
nak meniru pun agak2 lah..
ReplyDeletecam dalam exam meniru sebijik mesti kantoi gak kan...
y pastinya karya asli adalah karya y terbaik!!
woi3!! ayat ko!! PERGH! sumpah satera..hahha...
ReplyDeletespe magenta eh? hahah