Assalamualaikum
Pertama dan terutamanya izinkan aku untuk menulis ucapan maaf dahulu disebabkan ketidakkerapan menghapdate entri2 di dalam blog
Mungkin sifat-sifat malas yang menguasai serta alasan keterbatasan masa dan kekangan idea menyebabkan entri tidak berupdate
Haha, tapi sebenarnya dalam diam-diam aku sempat menyergah
Menterjah dan juga membaca beberapa blog yang menarik perhatian aku sejak kebelakangan ni
Ternyata angkatan-angkatan para blogger ini membuatkan aku sering takjub, terkesima, terlongo dan ternganga dengan kehebatan penulisan ekstrem serta menarek perhatian untuk diri aku.
Kupasan-kupasan, ideologi serta sinis kritikan yang dilemparkan membuatkan aku sering tertanya-tanya
Apekah mereka ini merupakan genius atau cendekiawan yang tidak disedari
Yaa, dan aku rasa mungkin tanpa mereka sedari mereka berhasil membawa para pembaca mereka berfikir dan meneroka satu perspektif baru dalam ruang lingkup kehidupan ini.
Siapa mereka ini nanti mungkin aku akan ceritakan dalam entri yang seterusnya
Tapi sekarang ini bukan masanya untuk bercerita mengenai mereka-mereka
Sekarang ini untuk melontarkan satu pandangan tentang bagaimana mereka-mereka ini mampu berbicara dan mengupas sesuatu perkara dengan begitu mendalam sekali serta melontarkan idealism yang begitu kritis sekali
Dan satu jawapan yang aku dapat tanpa ragu-ragu
Betapa untuk mencapai ke tahap seperti itu
Ada satu saje cara yang boleh dilakukan iaitu dengan membaca,membaca,membaca dan terus membaca
Aku tertarik dengan satu entri yang ditulis oleh salah seorang angkatan itu
Betapa pentingnya penitipan ilmiah ke dalam penulisan blog
Itulah sebenarnye titik utama yang merubah terus pemikiran aku di dalam berbloging
Kita ini seorang insan, hamba yang sering melakukan kesilapan
Dan begitu jugak aku, mungkin di dalam entri-entri sebelom ini aku banyak mengarot-mengarot, ntah hape2 yang aku tulis
Dan sekarang aku tersedar, ilmu itu penting, ilmu merubah segala-galanya
Bangsa yang Berjaya adalah bangsa yang berilmu
Dan sekarang dengan cabaran yang semakin menggila buat para bloggers
Ternyata hanya mereka yang berilmu dan berfikiran yang kritis sahaja yang mampu menangkis segala asakan-asakan dari para anarkis
Tanpa ilmu, boleh kau nak lawan musuh?
Tanpa ilmu, boleh kau nak berhujah?
Tanpa ilmu, boleh kau mengajar?
Tanpa ilmu, boleh kau memberikan fakta? Auta adalah
Tanpa ilmu, boleh kau dihormati?
Sudah tentu lah jawapannya semua tidak
Ibarat yang senang, seumpama kita mahu berenang di lautan
Tanpa ada sebarang pengetahuan atau kaedah untuk berenang
Lalu kita terjun di laut yang dalam
Okey, kau boleh bayangkan apa yang akan terjadi
Begitu jugak kita sebagai bloggers
Hanya dengan pembacaan yang banyak dari majalah-majalah, jurnal, suratkhabar, tabloid, sumber dari intenet, blog mungkin juga
kepekaan dengan isu yang diputar di radio mahupun televisyen
rancangan bual bicara yang ternyata malas untuk ditonton walhal rancangan seperti itulah gedung ilmu yang tidak disedari serta lain-lain lagi
maka melalui kepekaan untuk melakukan perkara-perkara sedemikian yang akan menambahkan lagi ilmu di dada lantas melahirkan satu penulisan yang berkualiti
aku tahu bukan senang nak memupuk budaya membaca
lagi-lagi di kalangan malais.cuba kau bukak buku Tun Mahathir dalam The Malay Dilemma, salah satu sebab melayu sukar untuk bersaing adalah kerana kurangnya ilmu akibat sifat malas membaca
entri kali ni bukan lah nak membahan siape-siape
aku pon malais jugak, aku mengaku aku pon kurang jugak membaca
kalau komik doraemon, sinchan dan dragon ball tu memang lajulah
tapi sebab tu aku menulis entri yang begini rupa kali ni
sekadar untuk mengajak diri aku berubah serta juga para pembaca
ilmu saje mampu mengubah kita
ape salahnya sesekali kita membaca buku Karim Raslan, dalam satu buku yang bertajuk Ceritalah Malaysia in Transition, baca apa yang dia dapat kupas berkaitan dengan Malaysia dari perspektif dirinya sendiri
takpun buku Donald Trump, Think Like A Billionair, nah mana tau kot jumpe tips mcam mane nak jadi jutawan, senang hidup
haa, itu saje ngarutan kali ni
dan yes silalah bagi tegoran kalau ade kesilapan aku lakukan
takdehal la, dan itu membantu sebenarnya untuk aku teros memperbaik penulisan ini agar menjadi lebih berkualiti dan berilmiah
sekian.
::Footnote: tak salah berusaha menjadi cendekiawan ::
like ;)
ReplyDeletetq leen :)
ReplyDeletefuh..habis jugak TH baca entry ni...mengah sat.hahha...naim punye stail tulisan makin berbunga kann :)
ReplyDeletesgt menyokong ayat ini
ReplyDeleteTanpa ilmu, boleh kau nak lawan musuh?
Tanpa ilmu, boleh kau nak berhujah?
Tanpa ilmu, boleh kau mengajar?
Tanpa ilmu, boleh kau memberikan fakta? Auta adalah
Tanpa ilmu, boleh kau dihormati?
menarik.. tapi kan yna ni blajar tak tinggi dah pasti ilmu pun tak de...
ReplyDeleteTH: haha.ye ke? mungkin aku terpengaruh dengan tulisan angkatan blogger yang aku minat.ayat2 diorang lagi superb weh.hehe
ReplyDeleteIera: hehe.ntah cmne boleh terpikir wat cmtu.fikiran di bawah sedar.hehe
yna: jgan cakap mcam tu.ilmu ade di mane2.even bace paper tiap2 hari pun yna boleh dapat some knowledege =)
tanpa ilmu kita dianggap gagal
ReplyDeletebetul betul!
ReplyDeletedisebabkan malas, kita gagal segalanya.