Friday, April 1, 2011

:: KaU PeRGi TaK KemBaLi ::

Kata pepatah melayu
Patah tumbuh hilang berganti
kata pepatah melayu lagi
bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
tetapi kali ini
yang patah tidak mungkin berganti
bunganya tetap sekuntum, kumbangnya juga cuma seekor

Naim Bin Noor Alim
Apekah yang kau cuba sampaikan kali ni?
Mengape sadis dan sayu sekali permulaan?

Memang sadis dan sayu, sedih yang teramat
Bile mengenangkan tanpa disedari
Seorang insan yang pernah menghiburkan berjuta-juta rakyat di Malaysia satu ketika dahulu
Baik yang muda mahupun tua, kanak-kanak mahupun atuk dan nenek
Insan yang menceriakan hari2 tidak kira lah haritu rebut petir, hujan lebat mahupun panas terik sekalipon

Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi
Sudah setahun rupanya allahyarham meninggalkan kita semua
Sedar x sedar, pantas betul mase meniti

Teringat lagi dulu pagi2 bukak radio
Dengar drama sebabak arwah din beramboi
Sumpah x kering gusi dengar
Ade saje idea dan perkataan yang dilontarkan
Sekali dengan cik ibu kalau dengar memang konfem lah kitorang anak beranak gelak terbahak-bahak
Naseb baek tak eksiden bawak keta gelak2.haha

Haa, itu baru sahaje mendengar celoteh di era
Belom tengok lagi di kaca TV
Haa, kalau dekat kaca TV tu, memang Spontan tervaek lah lawak arwah din beramboi
 Even tengok balek part-part yang arwah punye lawak
Memang boleh gelak lagi walaupon dah tengok berpuluh-puluh kali
Hahaha

Tapi sayangnya
Allah lebih sayangkan arwah
Secare tibe-tibe pada sekitar bulan Mac
Satu Malaysia dikejutkan dengan berita arwah dimasokkan ke hospital kerana terkena demam akibat kencing tikus
Dan setelah berjuang, akhirnya pada 1.50 pagi 1 April
Arwah pergi meninggalkan kita buat selame-lamenya

Ya Allah, mase mule-mule dapat berita ni
Harapan aku ianya adalah salah satu lawak bodoh 1 April
Tetapi ternyata tidak
Insan yang telah mendedikasikan hidupnya, dirinya untuk menceriakan dan menghiburkan orang laen
Ternyata telah meninggalkan kite semua buat selame-lamenya

Ternyata aku sebak mase tu, aku memang tak percaye
Siape lagi nak aku dengar lawak jenaka pagi2 buta
Siape lagi pelakon drama sebabak?
Dan yang paling utama, riuhkah riuh pagi di era setelah ketiadaan arwah?

Aznil begitu suram sekali aku lihat
Mana tidak, sahabat sekonti dan juga sahabat baik telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya
Teringat kembali rintihan Aznil di satu ruangan di akhbar metro
Sebak dada membacanya

Di kala ini aku teringat satu coretan aznil
Pernah satu ketika aznil marah kat arwah sebab buat lawak mase slot merisik kabar.aznil cakap mintak din beramboi memahami
Lantas din beramboi menjawab “kalau rase menangis itu boleh buat penawar menangislah.aku cube bagi kegembiraan”
Betapa murninya hati arwah din beramboi

Tetapi nyatalah, patah tumbuh hilang berganti
Yang pasti patahnya tidak boleh diganti
Din Beramboi hanya ade satu yang tidak boleh diganti
Lawak-lawaknya, jenaka hiburannya, suarenya, gayanya
Tidak akan luput ditelan zaman

Memetik kata-kata allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang diucapkan kepada Aziz Sattar “Ajis, walaupon aku sudah mati, namun filem aku tetap hidup sampai bile2”
Begitu jugalah arwah Din Beramboi
Segala kenangan dan memori indah akan terus dikenang sampai bile2







Ya Allah, sesungguhnya insan ini pernah membahagiakan kami sepanjang hayatnya dahulu, maka bahagiakanlah dirinya di hayatnya yang seterusnya Ya Allah  -Amin~ -

AL-FATIHAH
Semoga roh Mior Ahmad Fuad Mior Badri dicucri rahmat

2 comments: