Monday, April 18, 2011

:: TuLiSan TeRbAik DaTanG DaRi HaTi ::


Aku mencari sebuah halatuju


Dahulu, aku sangat sukekan penulisan belog membe-baik-sampai-mati aku, iqtiyani basher.sangat unik sekali penulisan yang dilakukan
Ayat-ayat yang digunapakai kadangkalan menggeletek hati
Dan atas sebab itulah, lama kelamaan aku mule mengambil keputusan untuk berblog.aku mahu menulis

Satu bende yang aku pasti sebenarnya aku suke menulis
Atas sebab itulah aku membuat satu blog agar segala ape yang aku fikirkan, segala ape yang ingin aku coretkan dan segala ape yang terlintas di hati boleh juga aku titipkan di dalam satu ruang

Maka bermulalah aku menulis di dalam belog yang sungguh picisan ni
Tapi di awalnya aku sedikit hilang arah
Aku tak tahu ape sebenarnya yang aku tuliskan di dalam blog aku
Kadangkala aku rase sungguh mengarut sekali
Maka tak dinafikan semangat aku sedikit luntur lantaran kebejatan
Aku bagaikan kehilangan arah ibarat Qui Gonn yang hilang arahnya tiada panduan dari Obi Wan Kenobi
Ataupun mungkin bagaikan si Nobita yang huru hara jika si Doraemon tiada di sisi.begitulah perumpaan yang boleh diperkatakan

Ye betol
Aku pade ketika itu merase amat kecewa kerana aku dapat rasakan hasil tulisan aku seperti sampah.takde isi, tiada maklumat
Hanya sekadar satu PENULISAN
Lantas aku menjadi seperti mereka-mereka yang laen, letak gambar bertepek-tepek di dalam blog, tulis pasal gossip-gosip, dan entah ape lagi entah yang aku coretkan di dalam belog picisan aku ini

Tapi satu yang pasti,
Belog member-baek-sampai-mati tetap aku buka
Aku teros membaca penulisan-penulisan yang dikeluarkan atas satu sebab, aku sukekan PENULISAN die
Sehinggalah pade suatu hari aku diperkenalkan kepada blog zackzukhairi.nampak sangat aku ni x ikuti perkembangan dunia blog sebab aku tak tau langsong die ini seorang blogger yang famous
Kali ni, aku mule merasekan sesuatu.ya, cara penulisan zackzukhairi.ayat yang dia gunakan adelah ayat yang agak spastic
Seperti ayat yang digunakan di dalam perbualan harian, tidak jemu membaca walau entri die panjang yang amat

Tapi aku masih lagi merase tidak puas
Aku menyukai penulisan yang lain, tapi mungkin sedikit panduan dari zack zukhairi boleh aku guna pakai.
Dan hinggalah pade suatu ketika
Akhirnya aku berjumpe juga dengan blog yang aku rasekan penulisannya adelah seperti mane yang aku impikan

Blog tersebut merupakan blog lensarosak
Satu blog yang cukup tervaek pade aku walaupon ramai yang mengatakan lensa rosak adelah blog kontrobesi
Ahh, tapi pade aku, tidak begitu
Penulisan lensarosak lebih kepada ayat yang sinis dan menyindir yang memerlukan kefahaman yang tinggi untuk difahami maksud sebenar yang ingin disampaikan
Dan dari situ juga aku mengenali Terfaktab dan ini yang paling menarek, akhirnya aku berjumpe juga dengan belog yang betol-betol bile pertama kali aku membaca idea-idea yang dikeluarkan, aku mengatakan di dalam hati, ini baru sebuah blog.apsal lambat sangat aku jumpe.Blog tersebut merupakan Tehtarikgelasbesar

Melalui blogger-blogger ini akhirnya aku belajar sesuatu
Dalam melakukan sesuatu penulisan, penulisan yang terbaek sebenarnya adelah penulisan dari hati
TULISAN DARI HATI
Ape yang penting sebenarnya ialah ape yang terlintas, ape yang dirasakan itulah sebenarnya yang perlu ditulis
Mungkin inilah ape yang orang cakap penulisan yang ikhlas
Hal ini kerana aku mendapati kebanyakan penulisan mereka merupakan ape yang terlintas di dalam hati mereka ke atas sesuatu perkara

Tetapi harus ditekankan disini
Mereka memang menulis dari hati tetapi setelah melalui begitu banyak pembacaan yang berguna dan berilmiah
Lalu mereka menzahirkan ape yang dibaca melaui gaya dan pemikiran mereka sendiri, dari hati mereka sendiri

Itu sebenarnya sebuah blog
Sebuah blog yang baek tidak memerlukan kaler yang striking, gambar yang funky mahupun muke yang kacak atau comel
Sebuah blog yang baek akan diingati kerana kekuatan yang ade di dalam penulisan yang dikeluarkan

Haruslah diingatkan, tidak semua dari kita ini mengambil ijazah pengkhususan di dalam kesusateraan bahasa di Unibersiti Malaya
Tetapi di dalam melahirkan penulisan yang baek
Tulislah ape sebenarnya yang ade di dalam hati dan fikiran mereka
Begitu juga dengan seorang penyajak
Mereka bersajak melalui ape yang mereka fikirkan di dalam hati
Lantas hati mereka yang melahirkan sebuah penulisan
Fikiran mereka yang mencambahkan sebuah karya yang puitis

Di setiap pencarian akan berjumpa sebuah jawapan 

Dan begitulah sehingga sampai bila-bila pon
Aku tetap akan merasakan ini
Penulisan yang baek adelah penulisan yang lahir dari hati
Penulisan yang kudus lagi suci juga lahirnya dari hati
Penulisan yang meresap jiwa dan nurani datangnya dari hati

Ini merupakan sebuah tulisan dari hati
Ape yang dicurah dari sanubari
Terima kasih kerana akhirnya baru aku tahu ape sebenarnya maksud sebuah penulisan yang hakiki
Dan yang paling penting ape ertinya sebuah entri dan penulisan di dalam sesebuah blog.terima kaseh

:: Footnote: kerana hati itu ibarat diri ::

9 comments:

  1. that's why nobody knows about my blog..
    tak pernah terfikir nak tulis perkara selain buku...
    biarlah itu menjadi identiti diri di dunia maya...
    walaupun ramai org tak tahu..
    kalau popular tp blog bukan satu kepuasan diri tak guna juga...
    huhu...

    ReplyDelete
  2. adi: arsenal seri.ngeh2.lupekan lah niat nak bahan aq.haha
    cik fza: haha.sebab idea mencurah-curah

    ReplyDelete
  3. lyla: it's good actually.jgan disappointed.teroskan ape yang awak rase, ape yang awak fikir.yang penting kepuasan dalam berbloging.u enjoy what u do.he~ jgan cepat mengalah

    ReplyDelete
  4. pnjangnye.. nant la sambung.. hehe..

    ReplyDelete
  5. sha: haha.nanti sambung eh.tapi xpe.thanks drop komen
    diana: haha.tak taulah.sebab saye yang menulis so bile dibace2 balek yang lame2 tu rase macam kosong je.betol cakap orang, being a blogger bukan hanya sekadar menulis, tapi pastikan ade penitipan ilmiah baru penulisan tu nampak bermutu dan terkesan

    ReplyDelete
  6. can u make ur font kaler yg gelap sikit..

    backgroun putih n tlisan oren mcam susah sgt nk bca..

    tq ~~

    ReplyDelete