Sunday, April 17, 2011

:: DraMa DuNia: The KaRmA ::



Thought lead on to purposes; purposes go forth in action; actions forms habit; habits decide character; and characters fixed our destiny –Tryon Edwards-   

Aku memulakan penulisan dengan satu kata-kata. Apa-apa yang kita buat bermula dengan pemikiran yang seterusnya menzahirkan kepada niat, akhirnya niat melahirkan satu perbuatan yang jika diulang secara kerap akan menjadi satu habit, bukan hobbit macam Frodo dalam LOTR, tapi kebiasaan yang akhirnya mencerminkan sesuatu peribadi.

Setiap ape perbuatan yang kita lakukan ade pro dan kontra.kalau Islam akan dikatakan buruk dan baik atau dosa dan pahala.Taonisme dan Confucius akan mengaitkan dengan Yin dan Yang.same, mane-mane agama semua akan ade justififikasi amalan baik dan buruk.

Itu semua merupakan karma.hukum. What you gives will get you back. Simple, ringkas dan padat.tetapi masih jugak tidak difahami oleh umat manusia yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa akal fikiran.sudah namenye akal FIKIRAN, gunanya untuk berfikir.tapi sayang, hari ini kita disajikan dengan manusia yang dikurniakan akal tetapi lupe ape gunenye akal.

Hukum karma menyatakan, atas setiap perbuatan akan dibalas baik dan buruk.kalau dalam islam baik buruk akan dinilai dosa dan pahala, yang baik diberi pahala dan yang buruk diberi dosa. Yang commit sins akan dibakar di dalam api neraka yang maha dahsyat, manakala yang commit pahala ganjaran syurga yang penuh kenikmatan menanti. Kalau dalam ajaran Buddha, mengikut nilai fahaman Mudrashram, perbuatan baik dan buruk akan dinilai untuk kehidupan yang seterusnya.jika baik pelakuan di penghidupan ini maka baiklah di kehidupan yang seterusnya.

Tapi aku rase manusia semakin melupakan hukum karma tersebut.hari ni kita ditelanjangkan dengan berbagai-bagai berita dan penulisan berkaitan permasalahan kehidupan.ade yang merompak, ade yang buang ibu sendiri, ade yang simbah asid kat bini dan macam-macam lagi.

Kalau korang jadi macam aku yang tiap-tiap minggu akan bace keluhan orang di ruangan DCCK (Di Celah-Celah Kehidupan)
Pastinya korang sume akan menggeleng-geleng kepale dengar cerita-cerita dipaparkan
Minggu ini kisah adik beradik tidak sebulu, minggu depan kisah bapa yang tidak bertanggungjawab, seterusnya minggu lain pulak cerita anak lari dari rumah dan selebihnya
Tetapi yang paling menjengkelkan kisah anak angkat lari dari rumah lepas dapat tahu die bukan anak kandung

Ahh, aku rase jelik dan pelik dengan orang macam ni
Ape yang nak diterfaktabkan sangat bile dapat tahu hakikat yang sebenar?
Ye betol mungkin hanya seorang anak angkat, tapi haruslah diingatkan disini betapa mereka yang dipanggil keluarga oleh kau itulah sanggup menatang kau bagai minyak yang penoh, bagi makan, cukup pakaian dan pendidikan.wang rinngit semua sudah dicurahkan nak besarkan kau walau kau takde pertalian darah dengan mereka, alih-alih lari macam tu.ape kau lupe pada hukum karma?

Ingat, satu hari kau akan ade family sendiri.kau lari rumah, x mustahil satu hari nanti anak kau pulak lari dari kau.tak mustahil.kite tak akan tahu qada’ dan qadar hidup kite ini

Aku pernah dengar satu prinsip yang dinamekan sebagai
Rule Of Fair Exchange
Dalam hukum ni, ape yang kite berikan kepada seseorang atau persekitaran kita, kita akan mendapat semula pembalasan itu
Sebagai contoh, kita menolong seseorang itu dalam membuat resume yang mane die mahu gune resume itu untuk mohon kerja dan die dapat
Mungkin satu hari nanti bile kite memohon untuk kerja dan kebetulan orang yang mane resume kite tolong buat dulu adalah orang yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan pekerja, dan die terase mahu membalas kembali jasa yang pernah kite buat jadi diambil kite untuk bekerja secara automatic


  Tengok, rasenye sudah jelas di sini What you gives back will get back to you.
Tapi ramai pulak orang mengeluh
“aku selalu je tolong orang, selalu je sedekah, tapi hidup aku macam ni jugak, nak kate kaya tak kaya jugak, rumah kecik macam ni jugak”
Aku nak cakap satu je dekat orang macam ni
Ape ikhlas ke tidak ape yang korang buat tu?
Sebagai seorang islam terutamanya, matlamat utama adalah keredhaan dunia dan akhirat.syukurlah atas ape pertolongan yang dihulurkan kerana ia mungkin sebenarnya saham di hari akhirat

Dan mungkin jugak orang-orang seperti itu tidak memahami hukum karma
Kadangkala ape yang akan kembali bukan dalam datang dalam bentuk yang same seperti kau tolong orang tersebut
Mungkin hasilnye bertahun-tahun selepas itu
Mungkin hasilnya akan dinikmati oleh ahli keluarga kau sendiri
Seperti contoh orang yang mengeluh kenape masih lagi hidupnya begini walaupun telah banyak kebaikan diberikan
Mungkin karmanya hidupnya sentiasa tenang.biarpon bergaji kecil dan rumah yang tidak seberapa, tetapi bebas dari hutang, rezeki sentiasa mencukupi walaupon pendapatannya sedikit

Malah pepatah melayu sendiri ade mengatakan
Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat
Orang-orang di jaman dahulu di jaman datuk nenek moyang kita membuat perumpaan atas ape yang berlaku dari pengalaman hidup sendiri
Pepatah di atas terhasil kerana mereka sudah melihat sendiri hukum karma yang  mana segala yang baik dilakukan akan dibayar semula dengan kebaikan dan sebaliknya

kite semua mengharapkan pelangi kegembiraan

Rasenye sudah banyak coretan untuk kali ni
Dan rasenya jika dilihat dari sudut-sudut dan darjah-darjah teladan banyak dah boleh diambil
Satu je yang harus aku ingatkan bukan saje untuk semua tapi dengan aku-aku sendiri pon nak kene beringat

Hukum Karma difahamkan sebagai semua yang berlaku akan kembali kepada kita.maka seharusnya berlumbalah melakukan kebaikan untuk dikarmakan kembalikan kebaikan

Assalamualaikum

::Footnote: di dalam karma kebaikan ade tuah yang tidak terduga ::


gambar kredit kepade amolife.com

2 comments:

  1. ye..aku bru terkene & bukanlah sesuatu yg baik & aku teramat la xsuka..

    *tu la, pedajal orang lain lg, sendiri dah kene (peringatan diri sendirik)

    ReplyDelete
  2. uish.ko buat ape paan ibnu zukri? haha.buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat

    ReplyDelete