Wednesday, April 20, 2011

:: LiHaT Ke ARaH Si KeCiL ::

Lihatlah si kecil itu
Riang dan tawanya menghiasi ruang angkasa bumi
Senyum dan manisnya mewarnai daratan yang bersemi
Meruntun hati segenap sanubari

Lihatlah si kecil itu
Hidupnya tanpa ragu-ragu
Bermain gembira dengan tiada jemu
Tiada pelu berpura-pura di kalbu

Lihatlah si kecil itu
Menikmati segenap kehidupan yang berseri
Walau ruang cuma sekelumit pantri
Tetapi minda sebesar musytari

Lihatlah si kecil itu
Mendasari hidup tanpa hipokrasi
Kejujuran dan ketulusan dijadikan pegangan asasi
Tiada perlu menipu diri

Lihatlah si kecil itu
Lihat dari pandangan mata hati
Si dewasa mahupun si pemimpin harus meneladani
Jangan leka dengan pangkat yang tinggi
Kerana di akhirnya ada kematian yang menanti

jika kita sudah terlupe erti gembira, lihatlah ke dalam diri mereka

Sekadar berpuisi dan bercoret
Entah macam mane tetibe aku mendapat ilham untuk saje-saje menulis sajak yang tak boleh nak dipanggil sajak ni
Haha.makin berpuitis dah aku ni -_-‘

Tapi secara keseluruhannya aku hanya mahu menerangkan
Tidak kira siapa pon kita ini, berharta mahupun tidak, berpangkat mahupon hanya kerani cabok, hatta senang mahupun susah
Cubelah sesekali kita belajar dari si kecil

Alangkah indahnya dunia mereka
Hidup tanpa perlu hipokrit
Bercakap atas ape yang mereka rasa, betol ataupon salah. Tak ade singgah sikap prejudis dalam hati mereka
Yang mereka tahu hanya sebuah dunia kegembiraan

Ya, dunia sebenarnya diciptakan dengan penuh kegembiraan
Tapi hairan masih ade lagi sikap hasad dengki, bogus, tamak haloba, cantas mencantas atas satu same lain.tak boleh tengok orang maju
Oh, sungguh berharap kita semua belajar dari si kecil
Hidup tanpa pura-pura
Hidup yang penoh dengan kegembiraan, tanpa perlu berdengki sane sini

Hey semua
Ape kate untuk satu detik ini
Berhenti sejenak dan lihatlah ke arah si kecil
Belajar sesuatu daripada diorang.jangan ingat mereka kecil tetapi tidak boleh memberikan teladan dan pengajaran kepada kita
Ape kite lupe, dulu hidup kite juga seperti mereka? 
(^_^) learn something ok?

:: Footnote: alangkah, indahnya dunia bila kita semua tak akan membesar ::
gambar di ambil dari google

3 comments:

  1. ohh..rindu nak jadi budak2 balik..=)

    ReplyDelete
  2. bes kan? kadang2 tu rase bes je jadi budak kecik, tak de nak pikir masalah.hidup hepi je

    ReplyDelete
  3. masa budak2 tader masalah langsung

    ReplyDelete