Wednesday, April 6, 2011

:: KeNAnGAn, SeKARanG DaN MaSa DePAn ::

Pembuka bicara segala kata
Assalamualaikum
Agak lama tak mencoret sepatah due kata ke dalam belog ini
Disebabkan kekangan idea yang tak muncul-muncul serta kebejatan minda untuk menghasilkan penulisan yang kritis lagi kreatif membuatkan aku jadi malas nak mencoretkan sesuatu

Dan sekarang, mari kita bercerita tentang kenangan
Ape itu kenangan?
Kenangan adalah sesuatu perkara yang telahpun berlalu yang tersimpan di dalam memori kita, yang dapat menvisualisasikan kita dengan kejadian masa lampau

Ape itu sekarang?
Sekarang adalah keadaan yang sedang berlaku.yang masih berlaku dan berlegar-legar di depan kita

Dan ape itu masa depan?
Masa depan adalah sesuatu perkara yang bakal berlaku tetapi bagaimana dan ape penghasilannya yang berlaku tidak akan diketahui cume boleh dibayangkan

Ape kau cube nak bermonolog dengan semua orang Naim?
Sebenarnya, aku cume nak luahkan perasaan betapa masyarakat di sekeliling masih lagi suke terikat pada kenangan tanpa mahu mencuba menggapai kembali kenangan yang pernah dicipta

Entri kali ni aku salutkan khas buat wira negara masa sekarang
Pasukan Harimau Muda Malaysia, pasukan bola sepak kebanggaan Generasi SEKARANG
Umum mengetahui betapa Malaysia mencapai keagungan zaman bola sepaknya pada sekitar tahun 60an hingga awal2 80an
Yang hidup di jaman tersebut, sape x kenal Ghani Minhat? Isa Bakar, R Arumugam, Dell Akhbar Khan, kapten Soh Chin Auh, Wong Choon Wahh (sekadar menyebut beberapa nama).
Mereka-mereka ini pernah meletakkan Malaysia selaku antara gergasi Asia setaraf dengan Korea Selatan, Jepon suatu ketika dahulu
Kejayaan melayakkan diri ke sukan olimpik sebanyak 2 kali dan menang pingat gangsa sukan asia 1962 masih lagi dikenang sebagai antara pencapaian terhebat skuad Harimau Malaya satu ketika dahulu.

Namun, seperti tamadun lain di dunia umpama Rom yang mencapai kegemilangan di bawah Maharaja Justinian, Tamadun Islam di bawah Empayar Uthmaniyah dan Empayar Melayu Melaka di bawah nasihat Bendahara Diaraja Tun Perak, Tamadun-tamadun hebat ini akhirnya jatuh.begitu juga perumpamaannya dengan bola sepak negara.tidak dinafikan berakhirnya era 80an, memasuki era 90an adalah masa yang kelam buat bola sepak Malaysia

Mereka yang berstatus lagenda sendiri turut sama mengecam kejatuhan bola sepak negara.tapi kecewanya, mereka mengecam tanpa mahu membantu.tidak seperti para pemain Hoki negara yang diketuai legenda Hoki Mirnawan Nawawi bersama 101 bekas pemain hoki kebangsaan berpadu tenaga menggembleng usaha bersama-sama persatuan hoki Malaysia untuk membantu program pencarian bakat di akar umbi.

Rakyat terus mengecam.malah kadangkala media sendiri seperti melemahkan wira negara dengan menulis kenyataan yang meletakkan Harimau Muda seperti sudah kalah walaupon belom berjuang lagi lantas seolah-olah mereka seperti tidak percaya dengan kemampuan skuad harimau muda.
Baeklah, aku nak tanye lah, kalau lah korang ade anak, belom lagi anak korang masok bermain ade orang dah cakap tak kemane lah tu, kalah la tu.baek tak payah masok, wat penat je.wat abes duet je.aku rase aku tau ape yang korang buat.think

Kemuncaknya, setelah mengalami kekalahan memalukan di tangan Uzbekistan, tugas jurulatih negara diambil alih oleh K.Rajagonal.tatkala K.Rajagopal berkata beliau akan menjadikan skuad bimbingannya yang rata-rata U-23 sebagai skuad utama, aku dah tersenyum.it’s a smile of win beb.

Sebab aku mengikuti selama ni perkembangan anak didik K.rajagopal.
Tidak ramai mengetahui betapa semasa skuad bawah 20 malaysia melayakkan diri ke Piala Asia bawah 20 tahun 2006, Malaysia layak automatic berdasarkan merit dimana pasukan Malaysia merupakan pasukan bawah 20 yang ke 6 tervaek di Asia.malah, untuk rekod juga, di bawah kendalian rajagopal pada 2004, skuad bawah 20 layak sehingga ke suku akhir di kejohanan yang sama.pasti ramai yang tidak tahu kerana mereka masih lagi bermimpi kenangan indah Supermokh tanpa menyedari realiti yang berlaku.

Dengan kenangan mahu menjadikan Malaysia antara yang terbaek di Asia seperti mane yang dikecapi semase membimbing skuad bawah 20 sehingga mencapai taraf no 6 Asia, tanpa menoleh Rajagobal teros memulakan langkah membimbing pasukan yang bakal mencetus fenomena baru untuk GENERASI SEKARANG

Berjaya memaksa Manchester United mencatat kemenangan tipis 3-2 dan 2-0 serta Chelsea juga hanya mampu menang 2-0, satu petanda betapa skuad ini bakal mengeggar kembali nama Malaysia.hasilnya, penamatan pingat emas setelah 20 tahun menanti di Sukan Sea mencetuskan polemik baru.padahal tiada langsung sasaran dan harapan diletakkan usai mengetahui skuad negara diundi satu kumpulan bersama Thailand dan Vietnam.prejudis sungguh.

Ketika ramai menganggap kemenangan tersebut hanya naseb, mereka sekali lagi merekod sejarah melepasi pusingan kedua sukan asia selepas lebih 30 tahun menunggu

Skuad ini terus cemerlang menjuarai Piala AFF pada tahun 2010.lantas secara tiba-tiba ramai pula yang mengaku penyokong fanatic tetapi semasa Skuad ini di zaman Gelap, tiada siapa yang mengaku malah malu mengaku menyokong pasukan negara sendiri.buktinya lihat saje jika ade pasukan seperti Manchester United atau Chelsea datang, lautan kuning hilang tenggelam.

Rasanya, sudah tiba masanya kita tinggalkan zaman kenangan.
Jangan risau, Mokhtar Dahari tetap seorang lagenda, akan terus hidup tetapi kita yang sekarang yang masih hanyut dalam kenangan, bangunlah. Sudah tiba masanya untuk kita merevolusikan kembali era gemilang yang bermula SEKARANG supaya KENANGAN itu akan dapat kembali dijulang di masa HADAPAN.
hidup bola sepak Malaysia




::footnote: kalau aku ade anak laki aku nak suh die maen bola betol2.harumkan name Malaysia.hihi ::

2 comments:

  1. klu sy ada ank lelaki pn semua sy asak spya jd pemain bolasepak yg berjaya. :)

    ReplyDelete
  2. azma: hehe.ok lah tu.boleh membanggekan negara dan mak bapak jugak.kan? =)

    ReplyDelete