Wednesday, April 13, 2011

:: CiNtA IBaRaT DuRiAn ::

Bosan asyik bace entri aku yang banyak berfalsafah yang entah hape entah?
Jom bace cerita kontot yang aku cube buat sendiri
Diinspirasi dari kisah-kisah benar member2 gua dan cerita-cerita Cinta agung Zalia dan Asmara di dalam Asmara, dan percintaan epik Shah Jehan kepada Mumtaznya.terimalah satu cerita kontot dari saye

cinta ibarat durian.keras dan berduri.sukar dan menyakitkan

Fuhh, asap rokok yang dihisapnya dihembus.berkepal-kepal asap itu keluar dari mulutnya.matanya dipejam rapat seraya menunjukkan betapa nikmatnya mendapat nikotin perangsang tenaga.

Rakannya di sebelah hanya tersengih melihat gelagat sahabatnya yang seorang itu.tidak diketahui ape nikmatnya sebatang rokok itu.sudah berbuih mulutnya menasihatkan sahabatnya itu tapi setiap kali dinasihat, pasti ini akan diungkap “baru nampak Lelaki Sejati sikit hisap rokok.Ade Gaya”

Jizul membuang puntung rokok yang dihisapnya.sambil merenung memandang pemandangan sesak di pinggir Ibu Kota. Ahh, Kuala Lumpur, pinggir-pinggir pun, manusia tetap lagi ramai.seolah-olah tiade mase untuk Kuala Lumpur ini berehat dari hiruk pikuk. Lagi-lagi Kedai mamak, kedai untuk golongan rakyat marhaen seperti die dan Husin melepak

Der, hajat di hati nak lepak di Starbuck, tapi kalau satu gelas kopi same macam melantak mee goreng mamak dengan milo ais satu, lebih baik perut dipenuhkan dulu.ekonomi pon terjamin

“Husin, kau percaye tak kalau aku cakap kat ko, Cinta ni ibarat Durian? “
Husin yang seraya tadi leka menonton bola di layar besar tetibe tergezut mendengar Jizul berkata sedemikian.ehh, ape kes member aku ni nak beribarat cinta-cintun ngan aku ni? Dah lah cakap cinta ni ibarat durian.

“haha, kau dah kenape ni Jizul? Ni cerita Shakespeare mane la pulak kau petik ni.tetibe je cerita-cerita cinta kat aku ni? Seram pulak aku.haha”
Jizul memandang kearah Husin
“Aku serius la wey.kang ade tukar jadi rambut bob marley kang kalau aku baling pinggan mee goreng mamak atas pale”
“ Amboih, Lek ler Jizul.sakat sikit dah nak tacing” Husin geleng-geleng kepale.Cilake.Muke dah macam Al-Capone tapi hati nak Tinkerbell

“Ha, nape ko cakap Cinta ibarat Durian? “
Sah, member die sorang ni malam ni dah terkene angau.sajak mane entah dibaca sampai tetiba boleh buat perumpamaan macam tu
“ baeklah, aku nak tanye ko, fizikal durian sekali tengok macam mane? “
Husin menjawab
“Dah konfem2 la berduri weyh”

Jizul tersengih.macam budak-budak bagi jawapan.haha
“berduri kan? Kalau kene mesti saket kan? Itulah lumrah orang yang terkena duri-duri cinta.hati die akan berasa saket sentiasa.saket rindu, saket angau.gila bayang dengan pujaan hati.hatinya akan berasa pedih jika sehari tak dapat tengok muka, berborak, bertukar status atau sekadar bertanya khabar.bagaikan ditusuk-tusuk untuk untuk berjumpa.pedih”

Panjang lebar jizul bercakap.disambung lagi
“lepas tu, sifat fizikal durian yang laen.keras.sudah la berduri.kalau kene kat kepale mahu berkecai kene durian.sebelum nak bercinta, amatlah penting untuk kita memenangi hati pujaan hati.tapi tahu sajelah hati.amat keras sekali untuk dicairkan.same bukan dengan sifat durian? Keras, tak mudah untuk dibuka.hanya dengan kemahiran dan alatan yang betol sahaja mampu membuka durian tersebut.hati manusia juga begitu.mungkin keras untuk menerima cinta.tetapi kalau betol ungkapan yang diberikan, bait-bait yang dipuitiskan, tak mustahil hati itu berjaya juga untuk dibukak”

Husin terkebil-kebil.sungguh die tidak percaye.betolkah ini sahabatnya Jizul? Nashkah Shakespeare mane yang dibacenya ni? Ke inspirasi dari kisah cinta Lancelot dan Guinnevere? Kisah cinta terlarang yang paling epic.lagi epic dari Romeo dan Juliet.itu baru betol kalau cakap fight for love

“Haa, Sin, tutop mulot kau tu.masuk lalat kang nganga.dah ni yang terakhir, ape rase durian? “
Bagai dipukau, Husin menjawab
“manis dan sedap”
Jizul hanya tersengih melihat gelagat sahabatnya
“Manis dan sedap.pandai pun.itu rasenye kalau di alam percintaan.sekali kau merasekan cinta itu, kau akan rase manis sekali.setelah kau tempuh berbagai-bagai cabaran dan rintangan untuk mendapatkan cinta, akhirnya kau akan berjumpa dengan kemanisan.ibarat percubaan kau bukak durian yang keras, mungkin tangan kau akan terluka, mungkin durian itu keras, tetapi disebabkan kau mahu rasa isinya yang manis di dalam, maka dengan sepenuh tenaga kau cuba bukak durian itu untuk mencari isi yang paling manis sekali.

Husin, sebab itu aku cakap kat kau cinta ni ibarat durian.berbagai-bagai halangan kene kau tempuh, hati yang keras kau kene lembutkan.tak dinafikan agak sukar sebenarnya, tetapi di akhirnya kemanisan yang bakal kau dapat”
Husin mendengar hanya sambil mengangguk
Dalam diam walau kadangkala membernya ni kepale gile-gile, ade mase bile die berbicara puitis dan terkene tepat.Bull’s eye

Ahh, senget ko Jizul.tak pasal-pasal aku teringatkan gadis pujaan hati aku, si Limah anak gadis Pak Mustawir.
Si gadis yang begitu keras hatinya untuk ditawan.banyak sudah cara dilakukan untuk memenangi hati si Limah.tiap kali Limah takde kredit ditopupkan, Limah nak beli Burger, takpe die belanje, konon-konon gentleman
Mungkin Durian Cinta yang si Jizul ni cerita boleh die jadikan panduan
Walau ape pon, die mahukan kemanisan di akhirnya.tak kire lah di perjalanan itu banyak duri dan percubaan perlu dilalui.

“Woi!”
Husin tergezut.hampir-hampir tersembur air milo yang sedang diminum
“Yang ko senyum sorang-sorang ni pahal? Senget ape? Dah jom, aku nak balek.esok pagi-pagi nak keje. Golongan rakyat marhaen kan kite ni”
Cilake punye membe.naseb tak kene Aney tengah bawak oder tadi. Kalau tak haru jadinya.tapi ape-ape pon, Husin berterima kasih kepada Jizul yang secare tibe-tibe berfalsafah pasal cinta malam ni.ya, betul.Cinta Ibarat Durian
Dia akan ingat itu.Keras, berduri tetapi manis di dalam.

tetapi di sebalik kekerasan, cinta itu manis sebenarnya

::Footnote:ini percubaan cerpen.owh malu.banyak mengarot kot.bye ::

6 comments:

  1. like entry... kalau dah lama sangat cinta ibarat tempoyak... walaupun dah masam ia masih sedap kepada yang menggemarinye... lagi2 bila djadikan gulai tempoyak... slurrrrppp... ;)

    ReplyDelete
  2. terBAEK larr! ble d fkir2 kn blik,, betol gk ea cnta nie ibrt durian ! btw,, enjoy readng thz !

    ReplyDelete
  3. betul sgt tue.. bagus betul entry nie!

    ReplyDelete