Tuesday, April 26, 2011

:: KaDaNgKaLa KiTa TeRLuPe KiTa SeMua BeRKoNgSi ::

Hari ini arus pemodenan terus-terusan menghanyutkan kita semua
Di dalam pemikiran kita hanya kerja, mencari pendapatan, ilmu dan bila badan lelah, kita mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang melanda

Dasar kapitalis telah meletakkan satu hukum
Siape yang berusaha lebih, die akan mendapat lebih
Maka manusia berlumba-lumba mengikut hukum kapitalis, berlumba-lumba mencari emas yang lebih kerana mengikut hukum dan peraturan kapitalis, mereka yang berusaha lebih akan mendapat lebih

Bentuk dasar kapitalis ini yang dikenali sebagai system tak terkawal ataupun Laissez faire telah membenarkan individu untuk mengaut segala jenis harta dengan berproksikan kepada keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kebajikan yang laen.

Lantas, timbul satu monolog di dalam hati manusia
Aku yang berusaha untuk semua ini
Aku yang bersusah payah kerja terok-terok nak dapat semua ni
Nape aku nak senang-senang kongsi ngan orang laen?
Kalau nak usaha sendiri la

Haha.gelak
Owh, kau taknak berkongsi eh?
Haha.bagoslah macam tu
Sebab kau pon lupe yang tanpa sedar kau pon sebenarnya berkongsi dengan semua manusia di dunia

?.Hairan
Kenapa pulak aku berkongsi
Rumah ini, aku yang beli sendiri, kereta ini, pakai duit aku sendiri beli, baju-baju ini, hasil usaha dan titik peloh aku sendiri

Baeklah, kau tak sedar sebenarnya, kau berkongsi
Cube kau tengok sekeliling kau
Udara yang hirup, yang bagi kau bernyawa ni
Bukan ke kau kongsi dengan makhluk tuhan yang laen?
Bumi yang kau ade sekarang ini, tempat yang kau menetap sekarang ni
Bukan ke kiri kanan kau ade jugak manusia di atas bumi ini?
Dah tu kau tak nak kongsi duduk same-same atas bumi ni kau nak duduk mane? Dalam mantel, bahagian teras bumi yang membakar? Atau di planet merah marikh yang berdebu?

Mungkin penerangan dari segi spiritual ini kau tak fahami
Baeklah, mari kita tengok pulak dari segi material
Kau kata rumah tu kau yang beli, kau yang punye
Betol, tapi siape yang tolong bina rumah kau itu? Sape yang dok menyimen dan mengangkut bata demi menyiapkan rumah impian kau itu?
Kereta yang kau ade, kau kata kau yang empunya
Tapi siape yang tolong pasang spare part, body, tayar, masok enjin sume untuk bagi kereta tu berjalan?
Jawablah sendiri.semua tahu jawapannya
Mereka telah berkongsi keringat dan tenaga demi memberikan keselesaan buat kau dan aku juga.

sharing is caring.semua cakap macam tu tapi tak pernah betol-betol paham makna ayat tersebut

Lantas sebab itu beringatlah
Segala yang ade di muka bumi ini semuanya Yang Maha Esa di atas sane
Kite sebenarnya hanya peminjam, bukan pemilik
Bile-bile yang die mahu kembali senang sahaje ditarik
Sebagai peminjam, tidak salah sekiranya kite saling berkongsi antara satu sama lain
Itulah gunanya hati yang dikurniakan
Gunanya untuk berkasih-sayang dan saling menanam sifat bantu membantu antara satu sama lain

Memang fitrahnya manusia
Insan itu juga bermaksud terlupa, pelupa
Mungkin sebab itulah kadangkala kite terlupe bahawa kita sebenarnya berkongsi antara satu same lain

It is intriguing and annoying to think that all those creep keep saying that i work for that and it’s all mine without thinking that all come from the earth and forget that there’s only 1 earth for all not 1 earth for 1 people –naim-

Picture credited to amolife.com

8 comments:

  1. adi: haha.x reti.kih3
    hasip: haha.kau baru pasan ke?

    ReplyDelete
  2. uish. tuh kedekut ke pentingkan diri tuh? jangan gitu. tak baik..

    ReplyDelete
  3. tp jgan pemurah sgat nnt kne pijak kepala...

    ReplyDelete
  4. betol apa yang kamu ktekan itu.. hehe so, tak perlulah nak riak @ bangga diri ngn apa yg kita perolehi..

    ReplyDelete
  5. nice writing :) have a nice day !!

    ReplyDelete