Friday, April 29, 2011

:: HiDuP JanGaN HaNyA BeRsErAh PaDa TakDiR ::

hidup ini perlukan usaha

Masa aku buat latihan praktikal dekat Lembaga Zakat Selangor dulu, satu jawapan yang sering terkeluar dari mulut mereka yang memohon bantuan dari zakat adalah, nak buat macam mana dik, dah takdir macam ni.itu baru masa buat latihan praktikal, belom lagi nak dikira kalau-kalau masa aku tengah duduk melepak sembang-sembang dengan kawan dekat mapley, bile mane sume dok sembang pasal hal stadi mane member yang dah malas nak sambung stadi akan cakap ala korang pandai, aku ni belajar macam mane pon tak pandai-pandai jugak.

Bile bercakap tentang takdir, mesti akan ade yang bercakap macam ni, ala senah, ko belajar tinggi mane pon kalau dah itu takdir kau nanti, same je.hanya berharap pada takdir which is pade aku adalah sesuatu yang amat salah sekali.

Dulu aku pernah tanye dekat ustazah aku pasal qada’ dan qadar ni, aku tanye, “ustazah, kalau betol lah Allah tu dah siap2 tulis pasal ketentuan kita kat Loh Mahfuz, baek kite tak payah buat ape-ape.sebab nanti itu jugak yang jadi dekat kita” –soalan dari budak tahun 5 yang ghairah nak tau pasal itu dan ini.moga diampunkan dosaku masa itu sebab bertanya soalan macam tu-

Dan ustazah aku pon dengan tenang sahaje menjawab “ betol, tapi kene ingat, kite boleh berusaha nak merubah mende tu dengan usaha.sebagai contoh, nak lintas jalan, tapi kite main redah tak toleh kiri kanan, ade kebarangkalian untuk dilanggar oleh kereta.tapi cuba kite berhenti sekejap, tengok kiri tengok kanan, i’allah kebarangkalian tu kurang”

Senang sahaje ustazah aku menjawab.dan sampai sekarang aku masih teringat-ingat lagi jawapan yang ustazah bagi.memang betol cakap ustazah.tak semestinya kita menjadi seperti apa yang sudah tertulis buat kita kalau kita sudah berusaha sehabis daya dan bertawakal kepada Allah.

Hari ini sesudah 10 tahun aku membuat persoalan terhadap ustazah itu tentang takdir, maka aku sudah berjaya membuat kesimpulan, hidup jangan hanya berpaksikan pada takdir, kita sendiri yang nak kene berusaha merubah takdir.
Sepatotnya setelah kita berusaha dan mendapat hasilnya, barulah kita cakap sudah itu sahaja ketentuannya.ade beza antara takdir berusaha dan takdir yang malas.sebagai contoh, hidup manusia, setiap manusia berkongsi takdir yang sama.Mati.kalau adepon yang boleh hidop sampai hujung zaman akhirnya mati.

Semua orang tau yang dia bakal mati, buat apa sekalipun sudahnya mati jugak.dah tu baik kita duduk diam je tak payah buat apa tapi tunggu je mati.tak gitu?

Sebab itulah kene ade usaha.kalau tak ade usaha sampai ke sudah memang begitu lah jugak hidup.Gua amek contoh Alexander Graham Bell.kalau die takde usaha nak cipta telefon sudahnya sampai ke sekarang aku rase kita masih lagi nak pakai Homing Pigeon untuk menghantar surat.kalau Wright bersaudara taknak berusaha lagi untuk cipta kapal terbang lepas dah berapa kali terhempas dan terima saje takdir memang kita semua duduk atas bumi je mesti sampai sekarang takdenye Soviet berjaya cipta roket yang membawa kepada Yuri Gagarin berjaya terbang ke angkasa lepas.

Dan kau kene ingat, bab-bab usaha ni bukan sekali kau usaha kau teros dapat.tengok pengalaman hidop aku sendiri, penoh dengan cerita kegagalan.jaman aku sekolah dulu aku rase aku dah berusaha habis mati masok kelas tambahan itu, kene pegi bengkel ini dan hasilnya aku punye result spm average jugak.takdelah excellent mane pon.memang aku kecewa.tipulah kalau aku cakap aku hepi dengan result spm aku

Tapi macam ustazah aku cakap lah, kalau betol aku berusaha, satu hari nanti pasti aku akan dapat balasannya.dan aku rase kebenarannya.setelah berbagai-bagai bende yang aku usaha akhirnya tanpa aku sangka, di jaman aku di Kolej Universiti hamper setiap semester aku dapat dekan.pade aku satu benda yang amat pelik tetapi sungguh menggembirakan kalau nak dikire prestasi aku di era persekolahan.

bila dah berusaha apa yang terjadi barulah takdir namanya

Bukan aku nak berlagak tapi aku cume nak berkongsi iktibar dan kisah buat korang semua.jangan sesekali menyalahkan takdir hidup kita.memang betol Allah dah cakap lahirnya anak adam itu ke dunia, sudah tertulis baik buruknya rezekinya di atas muka bumi ini, tapi benda-benda tu semua hanya Allah sahaja yang tau.kita sebagai manusia kena lah berusaha untuk merubah nasib kita.

aku percaya yang miskin tak kan selamanya nak jadi miskin, macam yang bengap air macam aku ni tak kan selamanya aku nak terima takdir memang aku tak pandai, lepas tu kecewa dan terima sahaja nasib dan takdir aku macam tu.tak kan lah.mesti akan berusaha nak menggapai impian.

Gua rase eloklah kita fikir-fikir balek atas ape usaha yang telah kita buat selama ni.jangan hanya nak menyalahkan takdir kalau kita nak berjaya contoh dalam paper matematik tapi stadi matematik satu hari buat satu soalan je.memang salah sendiri lah tu

dan ingatlah, Allah s.w.t telah bersurah di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum itu kecuali Kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka”

Maka renung-renungkan dan assalamualaikum

::footnote: hayat punya tujuan bukan mainan jika dipersia pasti merugikan ::

7 comments:

  1. perisian yang bagus. aku selalu cakap, nasib aku tak baik. bukan sbb aku tak berusaha. aku berusaha, tapi mungkin masanya belum tiba..

    ReplyDelete
  2. I used to have this issue as well. When someone said words like it's fate, nothing I can do about it. I'm being me, no way I can change about it.

    Honestly, after reading your blog. Baru faham actually the actual person who can say that hanyalah orang yang dah letakkan usaha dlm sesuatu perkara itu.

    I like reading ur blog. keep it up :)

    ReplyDelete
  3. cik azeya: masanya akan tiba.cume kene sabar la siket.cume kite tak tau bile kesabaran tu terbalas =)

    ReplyDelete
  4. aiman: dude.thanks a lot for your support.i really appreciate your support.quite terharu ade yang like reading my blog.u know what, it burst my spirit.thanks2 =)

    owh btw, betol tu, kita tak boleh nak salahkan takdir kalau kite sendiri yang malas.kalau betol kite nak berusaha dengan gigih dan pasti akan berbayar.kalau sekali cube berjaya itu namenye tuah =)

    ReplyDelete
  5. suka dgn entry nie..penuh isi & pengisian..

    ReplyDelete