Friday, April 22, 2011

:: BiLa TeRoS HiDuP DeNGaN MaSa LaMPaU ::



I have memories - but only a fool stores his past in the future.  ~David Gerrold

Kite bercakap tentang masa sekarang
Masa yang sedang kita lalui
Bukan masa yang telah kita lalui, yang telah kita tempuhi

Hey chill on, kenape perlu nak menoleh kembali ke mase belakang?
Tak kire ape juga kau lakukan, mase itu tetap tak dapat dianjakkan semula
Owh, jadi aku dah tak boleh betolkan kesilapan yang lepas ke?
Haha.gelak

Berapa ramai hari ini yang apabila kita buka suratkhabar
Mengambil jalan singkat, bila sahaja hidup tidak menepati ape yng dijangka, teros bunuh diri

Oh, murahnya hidup kau
Macam kau akan ade penghidupan yang lain di alam yang same
Ye betol, kau ade penghidupan lain, tapi di alam yang kekal abadi
Dan mesti kau menyesal sebab kau tidak menikmati alam yang sementara ini

Haha.gelak lagi.entah kenape aku suka tergelak bila menaip
Mungkin sudah jadi habit.tabiat.takpe gelak adalah cas positif dalam badan.mengurangkan kemurungan

Sesetengah dari kita sebenarnya suka hidup di dalam masa lampau
Dan bila mereka mengenangkan masa lampau dan membandingkan dengan masa sekarang, mereka akan berasa sedih dan tidak selesa
Aku selalu butthurt dengan sesetengah orang yang hidup di jaman 70an, era-era mokhtar dahari
Sebab setiap kali aku tengok bola yang ade Malaysia maen
Mesti akan keluar ayat, “alah, bola macam tu pon bole lepas? “ takpon, “depan gol pon tak bole skor?” itu kalau mokhtar dahari senang je
Dan mereka teros hidup dalam kenangan zaman 70an
Tanpa sedar 2000an menjelang dan Malaysia dah menang emas sukan SEA dan juga juara kejohanan Asia Tenggara

Itu satu contoh kalau bola.tapi selalu yang suke hidup di zaman masa lampau ni orang yang putus cinta, jatuh muflis, kene buang kerja dan sebagainya
Nanti mesti diorang akan duduk lepak tepi tebing, jambatan.pikir sorang-sorang
Ingat balik kenangan zaman dahulu.lepas tu mengalami kemurungan dan sedar tak sedar hilang semangat hidup

Dear people, tidak salah sebenarnya untuk ingat kembali masa lampau yang kita panggil memori
Kadangkala memori itu yang membantu menguatkan keazaman kita dalam meniti kehidupan yang penuh likuan
Dulu kau pernah jadi pelajar cemerlang, maka memori itu jadikan sebagai azimat untuk kau teros hidup sebagai yang cemerlang, teros berusaha demi masa depan kau

Yang menjadi satu permasalahan ialah bila kau terus-terusan hidup bermimpikan yang semalam tanpa mahu melalui hari ini
Kau membunuh roh kau sebenarnya
Hidup hanya sekadar jasad tanpa roh adalah menyeksa
Jangan begitu, hidup memang penoh dengan cabaran
Jangan bila dirintangkan sedikit cabaran dan kau gagal, teros tidak mahu mencuba

Kau asyik terbayang kegagalan di masa lampau
Lantas kau menyalahkan kepada takdir tapi yang sebenarnya kau sendiri tidak mahu bangkit meneruskan penghidupan yang sekarang
Kau menghanyutkan diri kau sendiri

Tiada siape yang boleh meramalkan mase depan
Kau bunuh diri sebab kau ditinggalkan, hilang kerja.kau melanggar takdir yang telah diberikan.kadangkala Allah menghilangkan sesuatu untuk digantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai harganya

Jangan diambil jalan yang singkat
Wake up pade mereka yang maseh hidup bermimpikan mase lampau dan berlantaikan mimpi memori
Mase sekarang tidak akan same dengan masa lepas dan masa depan tidak akan pernah same dengan mase sekarang

Cube tengok diri kau sendiri
Dulu kau masih bayi, sekarang sudah menjadi remaja, seterusnya dewasa dan akhirnya tua.kerepot
Tengok? Diri kita sendiri pon berubah, tidak sama selamanya

masa tidak boleh diundur.belajar dari kesilapan masa lepas

Kesilapan boleh diperbetolkan.tiada manusia yang tidak pernah buat silap
Mungkin di masa lepas kau masih mentah lagi, lantas kau buat silap
Tapi semakin kau meninggalkan masa silam itu, makin banyak yang kau pelajari.kau boleh betolkan kembali kesilapan kau

Kalau kau fikir kau seorang sahaja yang gagal
Ingatlah, Nabi kita sendiri berdepan dengan berbagai dugaan dalam menyebarkan agama Islam.tapi Nabi s.a.w tidak pernah patah semangat.tidak pernah putus asa.dan kau tengok hasilnya.

siapa kita di masa lampau itu bukan dikira, tiada yang dikesah
orang ramai juga tidak akan kesah
mereka hanya akan melihat kau yang sekarang, bukan kau yang dahulu

Sekian.assalamualaikum

:: footnote: kadangkala kita terlalu menghukum diri sendiri ::

7 comments:

  1. orang yg terus hidup dengan masa lampau adalah org yg rugi... rite?

    ReplyDelete
  2. yup.betol.die tidak boleh terime perubahan =)

    ReplyDelete
  3. hidup sentiasa nk jd y terbaik n nk pnndg mulia oleh org.tak mahu dikutuk tak mahu di hina.tapi mampukah kita?

    ReplyDelete
  4. HUHUHU yang penting enjoy and happy :)

    happy weekend!

    ReplyDelete
  5. hai
    kawan baru
    saya am..

    kadang2 hidup ini umpama kita yang sedang memandu kereta.. ada cermin belakang untuk kita lihat kenderaan di belakang..
    cermin itu umpama sejarah.. perkara yg telah berlalu...

    ada kala untuk selamat, perlu untuk kita menoleh ke balakang.. agar sebarang bahaya tidak berlaku.. sama la seperti hidup.. adakala perlu juga kita menoleh perkara yg lepas.. agar kita lebih berhati-hati..

    namun kalau asyik menoleh saja kebelakng tanpa perlu kita memandang ke depan juga berbahaya..
    kerana bahaya itu tidak semstinya berada di belakang.. tetapi di hadapan..
    begitulah hidup ini..

    mengingati perkara yg lepas unutk memberi kita ingatan dan amaran.. itu tiada lah salahnya..

    saya suka juga mengingatkan perkara yg lepass.. ada yang pahit ada yang manis.. adakala sering juga tergelak sendirian mengenangkan kesilapan yg lepas2..

    yang duri dan yang budi
    semuanya ada ditangan kita.. sesekali tolehlah ke belakang..

    ReplyDelete
  6. Eja: Kite semua mampu sebenarnya.yakinkan diri kita sendiri betapa kite sebenarnya mampu =) i'allah kite akan berjaya
    aiman: yeah.that's the spirit of life

    ReplyDelete
  7. ikhram: hye ikhram.thanks komen.wah, panjang sungguh.haha.takpe, komen itu satu tegoran

    sebenarnya dalam entri ni, bukan nak kate kite jangan pandang ke belakang langsong.cube bace balik, ade rasenye saye letak tak salah untuk sesekali kita imbas kembali memori yang lepas

    cume yang menjadi masalah jika kita teros-terosan hidup di dalam zaman memori.kite bagaikan terhanyut dan terlupe bahawa kita wujud untuk masa yang sekarang.masa yang berlalu tak akan boleh diambil kembali cume pengajaran yang boleh diambil

    by the way, suke care anda memberikan komen.salam kenal kembali =)

    ReplyDelete