Tuesday, April 12, 2011

:: MeNGGARaP SeBuAH MaStERpiEcE ::

satu sentuhan yang bakal diingati

Setiap hari kita akan berhadapan dengan sesuatu yang baru.sesuatu yang menarik dan juga sesuatu yang merubah kehidupan seharian kita.saban hari jika kita lihat di surat khabar, begitu banyak sekali iklan-iklan mahupun segmen-segmen di setiap akhbar yang memaparkan produk-produk terkini yang terbaru, yang lebih efisyen dan lebih produktif.

Dan bila dengan kehadiran yang baru-baru ini muncul, maka sudah semestinya yang lama-lama perlahan-lahan akan mula dilupai.itu sudah lumrah kehidupan.dimana ada permulaan, perkembangan, kegemilangan dan juga kejatuhan

Kalau korang belajar dalam bahagian marketing atau bahasa Melayunya disebut pemasaran, sesuatu produk itu biasanya akan terlibat dengan PLC @ Product Life Cycle.
PLC ni macam yang aku cakap setiap produk akan ade bahagian pengenalan, sebelum berkembang, menjadi terkenal dan bila ade saingan dari produk lain yang lebih bagus, maka produk ini dilupakan.

Seperti manusia, dalam meniti hidup bermula dari bawah, berkembang dan menjadi seseorang. Namun begitu, dua bahagian yang paling susah untuk dibina adalah di peringkat perkembangan dan seterusnya mengekalkan diri di puncak

Aku cuba mengaitkan ini dengan blog
Seseorang insan itu akan terus dikenang sepanjang zaman biarpun eranya, ataupun dirinya sendiri telah pergi selamanya
Dalam erti kata lain, ape juga hasil tangannya akan terus dikenang sepanjang zaman.bak kate pepatah melayu, tak luput dek panas tak lekang dek hujan. *owh indah sungguh bahasa Melayu.still tak paham kenape elitis dan juga intelektual bila muncul di telebisyen still dok nak ber’english’ sangat tipikal*

Karya-karya mereka dihargai dan disanjungi
Ini kerana, karya yang dihasilkan adalah sebuah karya yang dianggap masterpiece.
Karya-karya mereka akan dicari dan terus ditagih
Kerana isinya yang teros meneros boleh diguna pakai sehingga sekarang dan dianggap sebagai warisan dan sejarah

Seperti contoh, Ibnu Sina dengan qanun alfittib
Leonardo da Vinci, artisan yang terkenal di dunia, teros diingati seantero dunia dengan lukisan misteri Monalisa
Mungkin sampai sekarang bila di tanya tentang mentol, orang akan teros teringatkan Thomas Alva Edison walaupun sudah berbagai jenis rekaan dan pembaharuan di dalam pasaran lampu dan cahaya

Lupekan seketika tokoh di dunia
Di Malaysia sendiri, karya-karya Tan Sri P.Ramlee masih lagi dijadikan rujukan dan dianggap karya agung.satu Masterpiece
Owh ya, Kita lupa sebagai seorang Islam
Kita ada satu hasil Masterpiece yang akan menjadi panduan sehingga ke akhir hayat, panduan seluruh umat manusia hingga Kiamat
Al-Quran Karim
Itulah Mastepiece terhebat dan teragong yang merangkumi semua aspek dan sisi kehidupan yang akan teros dipegang hingga akhir zaman

Dan ape yang berkaitan this so called Masterpiece ni dengan Blog?
Dah Nampak belom nama-nama yang aku sebutkan tadi?
Korang sebagai seorang blogger, tak mahukah melakukan atau menjadikan blog korang ni sebagai satu masterpiece?
Satu sumber inspirasi dan juga sumber rujukan kepada generasi yang akan datang
Nah, kalau korang semua yang dok sibuk-sibuk cakap hey bloggers, you all kene ade matlamat berblog lah.baeklah, aku rase cube korang setting siket kasi letak penitipan ilmiah di dalam setiap entri

Oh ya, ape yang ade di dalam blog cuma sebuah pemikiran
Tapi jangan lupe, golongan pemikir mendapat satu tempat yang tinggi di dalam kedudukan masyarakat
Tak percaya, mesti korang pernah dengar name Aristotle, Plato, Ibnu Khaldun, Ibnu Batutta.mereka ini merupakan golongan pemikir yang menyampaikan beberapa falsafah kehidupan dari kotak pengalaman hidup sendiri

Malahan, di era teknologi di hujung jari ini, sudah muncul beberapa golongan pemikir yang mejarah dunia dengan aplikasi blog dan laman web
Tak caye, rajin-rajin lah bukak laman web Dr Faisal Tehrani, Zaharuddin dan bekas Perdana Menteri sendiri, Chedet
Aku rasa, banyak sekali input yang boleh didapati.tapi kurang pastilah antara kita ni suke membaca atau tidak lagi-lagi blog-blog yang banyak melibatkan falsafah dan pemikiran macam ni.haruslah dibaca sambil berfikir untuk mendasari maksud yang cube disampaikan.

Blog merupakan satu medium yang hebat sebenarnya
Siape tahu, satu hari nanti akan muncul di kalangan para blogger ini satu artikel masterpiece yang mampu merencana seperti mana Ibnu Sina dengan Qanun fittib, Imam Al-Ghazali dengan karya Tahafut Al-falasifah

Oleh itu, seharusnya kita semua berusaha dari sekarang
Untuk menjadikan blog yang kita hasilkan ini
Sebagai sebuah karya masterpiece dunia yang agung
Yang akan terus menjadi rujukan para manusia di zaman yang akan datang
Rajin-rajinlah menonton rancangan berilimiah seperti History Channel, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Discovery Channel
Mungkin juga buku-buku seperti Majalah Solusi, Al-Islam boleh diguna pakai sebagai bahan rujukan dengan membaca artikel-artikel yang merangsang minda

DO A MASTERPIECE TOUCH MY FELLAS
CHALO, ASSALAMUALAIKUM

5 comments:

  1. haha.thanks besties.trying to do some sinycal writing.tapi aku rase x jadi kan? haha.xpe.aq praktis lagi

    ReplyDelete
  2. well said. I agree with you. Blog could be more worth while reading if you can learn something from it. Good pt there

    ReplyDelete
  3. aiman: hehe.thanks.it could some sort of education if we put some knowledge inside the entry =)

    ReplyDelete