Monday, November 12, 2012

:: KriTis dan kReaTif ::

Semasa saya belom lagi memulakan cuti semester, saya sering memikirkan mungkin semasa cuti nanti saya akan berpeluang untuk menulis kembali perkara-perkara yang saya suka di dalam blog. Kerana ketika itu saya berfikir, faktor utama terencatnya penulisan di blog adalah di sebabkan faktor masa dan jugak kekangan dari segi beban tugas yang agak berat sebagai seorang pelajar universiti.

Dan cuti juga telah bermula. Dan saya mula untuk cuba mencari kembali mood menulis dengan membuka beberapa blog yang sememangnya saya suka akan gaya penulisan dan jugak cara pemikiran yang orang selalu kata di luar kotak atau bahasa yang lebih internasionalenya adalah “think out of the box”.

Tapi sebaliknya yang berlaku. Kalau dulu sekurang-kurangnya sehari sekali akan ada sedikit coretan dalam blog, tapi kali ini sebulan sekali pon belom tentu lagi blog ini akan tertulis. Jadi saya cuba mencari jawapan di sebalik apa yang menyebabkan blog saya ini telah bersawang.

Saya cuba menyelami diri sendiri. Tapi bukan dengan cara menyelam di dasar Sungai Kelang yang sampai sekarang saya tidak tahu bilakah mampu untuk dilihat di dasarnya. Projek penjernihan Sungai Klang yang begitu heboh dulu pun sudah hilang. Mungkin tiada peruntukan dari kerajaan atau penaja merasakan menjernihkan sungai Klang adalah satu pelaburan yang sia-sia dengan mengambil kira sikap orang Malaysia yang masih seperti Dunia ketiga.

Berbalik kepada persoalan. Okay, saya merasakan semakin lama saya sudah semakin kurang untuk berfikir. Atau dalam erti kata lain, saya tidak mampu untuk mengecas pemikiran yang bersifat kritis dan kreatif ke dalam otak. Pemikiran kritis adalah satu element yang sangat penting dalam dunia penulisan kreatif.

Kalau engkorang perasan, contoh penulisan kreatif dan kritis adalah seperti yang terdapat di dalam buku-buku novel keluaran Fixi dan Lejen press, yang mana melanggar mungkin bukan sedikit tetapi tidak terlalu banyak tatabahasa yang tradisional di mata ahli akademik sampai terkeluar kenyataan buku fixi perosak bahasa yang mana aku cakapini adalah kenyataan paling pelik dekad ini.

Dan disebabkan kurangnya otak saya untuk berfungsi pasal pemikiran kritis dan kreatif ini, maka saya kehilangan mood untuk menulis kerana tidak mampu untuk menghasilkan sebuah penulisan yang mungkin boleh “catch the eye” sesiapa yang dating jalan-jalan singgah blog saya yang tidak sehebat mana.

Jadi sekarang ini, saya telah membulatkan tekad untuk kembali mendapatkan balek pemikiran kritis dan kreatif yang telah hilang. Perkara paling penting akan saya lakukan adalah dengan melepak di MPH dan kinokuniya sambil membaca buku-buku yang mungkin agak sarat dengan idea seperti thinking like da vincci. Okay, sekarang baru nampak pentingnya kemahiran KBKK jaman sekolah dulu. Dulu ingat sekadar pelengkap system. Hiks

Chalo.assalamualaikom.

Friday, October 19, 2012

:: WhAtEveR~ ::



Sarah The Official is so cute in this clip
hihi. can i have a girlfriend like her?
haha. Whateverrrrrrrrr~

Thursday, September 27, 2012

22. Harapan. Impian.

Rasanya macam baru semalam gua bermain gelongsor dekat tadika. Macam baru semalam gua menangis masa mula-mula nak masuk tadika. Habis satu taman dengar gua melalak first time nak masuk tadika. Bile pikir balek buat malu gua je dekat golongan makwe-makwe sebab menangis kalah gaya Uda dan Dara. Ahh, bebudak lagi masa tu, ape nak piker ye dak?

Dan gua jugak rasa macam baru semalam masuk tahun satu sekolah rendah. Belajar gosok gigi dengan nurse dekat sekolah. Gigih bawak berus gigi dengan cawan gambar kartun dragon ball pergi sekolah.

Rasanya jugak macam baru semalam gua amek peperiksaan UPSR. Baru semalam gua rasa gua dapat 5A dalam UPSR. Berlari satu sekolah gua time tu. Mane taknya, sepupu dah janji satu A RM10, so kalau 5A dah dapat RM50. Itu la first dan last time sepupu gua nak buat janji macam tu, lepas tu tak berani nak buat dah.

Seperti baru semalam rasanye daftar masuk SEMESTA dekat Raub. Belajar duduk dekat asrama. Pejam celik pejam celik, 5 tahun dekat sekolah dah habes rupanya. Macam-macam hal berlaku sepanjang masa tu. PMR dan SPM pun dah habes.

Masa berlalu begitu pantas. Teringat lagi masa mula-mula daftar masuk diploma kat KUIS. Tup tup, dah habes diploma, dah selamat bergraduasi dan sekarang sambung pulak degree.

Dan sekarang, sedar tak sedar rupanya sudah berusia 22 tahun sudah diri ini. Baru tetibe terase diri ini tua. Tapi tak mengapa, masih ramai yang mengatakan gua bagai remaja yang baru berusia 16 tahun. Hihi. Gua terima itu sebagai satu pujian dengan penuh kembang kuncup.

Menginjak usia 22 tahun, banyak lagi sebenarnya yang masih belum dapat direalisasikan. Dalam hati banyak lagi benda yang ingin dicapai. Banyak lagi harapan dan impian yang ingin dikejar. Walau tak semua harapan dan impian itu dapat dicapai. Mungkin akan ada impian yang tak mungkin untuk saya capai.

Cita-cita gua dari kecik nak jadi seorang peguam. Tapi sebab encik ayah tak bagi gua sambung dalam bidang undang-undang atas sebab-sebab yang sukar nak dijelaskan di sini, maka nak tak nak gua terpaksa sambung dalam bidang kewangan. Mula-mula gua cuak jugak. Mana taknya, sekolah dulu asyik G9 aje matematik dan add math. Kalau engkorang jadi gua mesti cuak jugak gua rasa.

Tapi betul kata seorang teman, kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu. Dan mungkin jugak berkat ikut pilihan mak ayah, setiap semester gua berjaya dapat dekan, sesuatu yang mungkin sampai sekarang kadang-kadang diri ini susah nak percaya sebab masa jaman sekolah dulu, gua antara muka tetap kelas-kelas tambahan dan pemulihan sebab selalu dapat markah rendah.

Tapi walau apapun, di usia 22 tahun, gua mengharapkan mungkin akan jatuh dari langit sebuah telefon bimbit pintar atau skrin sentuh sebagai sebuah hadiah. Tapi, mungkin itu satu mimpi dan angan-angan yang mungkin hanya tercapai lagi 2 tahun. Mungkin. Kecuali kalau ada yang nak belanja.

Ok, cukup mengarut sampai di sini. Chalo. Assalamualaikum.


Sunday, September 16, 2012

:: Satu Masa ::

Dulu saya pernah terfikir, mungkin satu hari nanti saya akan mula cari jalan untuk kenal apa objektif saya hidup di dunia. mungkin satu hari nanti saya akan mula berasa penat dengan apa yang ada di sekeliling ruang hidup saya ini. mungkin ketika itu, menulis bukan satu lagi keghairahan, menonton tibi bukan lagi sesuatu yang mengujakan. Malah, mungkin satu ketika itu, menonton perlawanan-perlawanan Man United dan Harimau Malaya bukan lagi menginzalkan.

Baru-baru ini seorang sahabat menelefon. bercerita betapa dia benar-benar ingin berubah. Dalam erti kata yang laen hijrah. Dia bercerita kepada saya bagaimana tidak pernah sebelum ini dibuatnya solat di saf paling hadapan sekali di belakang imam. Dia bercerita bagaimana secara tiba-tiba sebaknya diri tatkala mendengar khutbah dari pak imam.

Dia juga menceritakan bagaimana beliau teresak-esak menangis berdoa kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu. Bagaimana tatkala beliau sujud di dalam solat, bagaikan slide show, kisah-kisah lampaunya ditunjuk satu persatu. Betapa banyak dosa telah dilakukan kepada yang Maha pemberi nyawa dan nikmat.

Dia insan paling bertuah aku kira. Diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Lebih manis, kesemua itu diberi pada penghulu segala hari. Benarlah kata-kata, "Hati itu Milik Allah. Hati kita, Hati saya, Hati awak, Hati kalian. Hati itu milik Allah". Sahabat itu juga memohon agar membantu dia untuk sama-sama cari jalan menuju Allah. Aku tersenyum. Dalam hati terpanjat rasa syukur dan gembira. Sahabat mana tidak gembira bila melihat sahabat yang rapat mahu berubah.

Melihat akan dia, aku kembali melihat diri ini. persoalan itu kembali terlontar. Bila pula masanya untuk aku? Sejak dari mula membaca sebuah novel dari Hlovate, hati kadang-kadang bertanya kepada diri sendiri, bila masa itu akan tiba? Bila hati ini akan mula mencari jawapan untuk mencari hakikat sebenar hidup di atas muka bumi ini? 

Akan tiba masanya nanti, bila mana semua yang ada di sekeliling ini tidak lagi mengujakan. akan tiba. Akan tiba nanti di mana masa itu, kita semua akan mula cari jalan pulang semula mengenal hakikat diri. Akan tiba nanti masanya kita akan berkata kepada diri, cukup, sudah.

Mungkin, masa menentukan. Moga Hidayah itu juga datang kepadaku.

Saturday, July 28, 2012

:: CaiR ::



ok, sesuai dengan tajuk lagu ni, serius gua memang cair dengan lirik dan susunan muzik lagu ni.
sekali lagi, narmi memang tak menghampakan. sempoi, harmoni dan ringkas, Narmi menunjukkan sebuah muzik yang bagos dan terbaek tidak semestinya kene ada segala macam instrument.
just a little twick on the guitar, powerful lyric and a harmony melody, well said, i'm melted. hihi

after all, a good song is about a good lyrics and melody.
love the lyric. ouh and the melody
ouh, okayh, i love everything about this song. Another 'ghostly' song from Narmi after Whirl.

Sunday, July 15, 2012

:: TenTAng SahaBat ::

Melalui minggu-mingu yang agak mencabar dan sangat sibuk sejak kebelakangan ini, membuatkan gua sendiri tidak perasan bahawa kita sebenarnya telahpun melepasi setengah tahun di tahun 2012 ini. Dan nampaknya, ramalan kalendar kaum Mayan yang mengatakan bumi akan kiamat pada tahun ini makin dilupakan oleh umat manusia seantero dunia.


Tolak ketepi pasal hari kiamat. Kerana Hari Kiamat adalah hak ekslusif yang hanya diketahui oleh Allah yang Maha Agung. Sebagai umat islam, apa yang mampu kita buat hanyalah berdoa semoga hati-hati kita ini ditetapkan untuk terus beriman dan beramal hanya kepada Allah yang Maha Esa.


Sepertinya hari ini, gua terasa mahu membebel sikit dalam blog gua yang sudah agak berhabuk ditinggalkan. Beberapa minggu yang berlalu kebelakangan ini, gua banyak memikirkan tentang kawan-kawan yang berada di sekeliling hidup gua sekarang. Seperkara yang terdetik di akal fikiran gua tatkala ini adalah, macam mana gua nak kenal pasti ini sahabat atau kawan?


Kalau engkorang tahu fesbuk gua, engkorang akan dapati, ade seribu lebih friends gua dekat fesbuk. Tapi mohon jangan tertipu. Bilangan friends yang ramai itu bukan bermakna gua kenal semuanya. Ade yang pesen-pesen add, borak 2,3 hari, pastu bertahun senyap. Ade yang pesen sekejap ade sekejap takde. Ade jugak yang pesen-pesen cube mengorat gua. Kah kah. Dan ada jugak yang setiapkali gua online akan terus berborak dan bercerita dengan gua sampai gua terpaksa offline buat-buat ade hal sebab dah tak larat nak berborak.


Namun begitu, dalam dunia realiti, member-member gua boleh dikategorikan banyak jugak. Tapi, tak semua yang jadi member gua itu akan sentiasa berada di sisi setiap kali gua amat memerlukan. Tak semua. Sebab itu, beberapa menjak ni gua banyak memikir, siape sebenarnya mereka yang betul-betul berada di sisi diri ini, menyokong dan memberi semangat tak kira taufan monsoon timur laut Afrika datang sekalipun, dia tetap di sisi.


Dan mereka ada tatkala gua memerlukan. Mereka ada tidak hanya ketika gua berhati ceria, tapi jugak di masa-masa gua memerlukan bahu dan tisu untuk bercerita. Dan sepertinya, orang-orang ini bukanlah layak untuk gua letakkan title sebagai kawan-kawan atau member-member. Tak layak. Sebab mereka sebenarnya layak untuk mendapat title yang lebih hebat. SAHABAT.


Tepat. Mereka adalah sahabat. Yang sanggup berdiri, duduk, bersila, menangis, ketawa, berlari, berjalan, dan memimpin tatkala gua amat-amat memerlukan. Yang akan duduk dan berkata “rileks ok? Aku tau kau boleh. Ko kan power” sambil tersenyum memberikan kekuatan. Mereka ini adalah harta yang paling tidak ternilai. Kata orang, hilang harta, kekayaan, pangkat sekalipun tak mengapa. Jangan kita hilang sahabat dan keluarga.


Dan untuk mereka-mereka yang terhebat, terima kasih sebab terus dan terus berada di sisi diri ini sehingga sekarang. Engkorang tak ternilai. Buat Zulhelmi, Apiz Mujib, Adilla, Iqtiyani, Acap nizam, Paan Zukri, Ajai, Husaini, Ikhwan, terima kasih sangat-sangat. Anda telah mewarnai hidup saya. Maaf untuk teman-teman lain, sebab tatkala entri ini tertulis, hanya nama-nama ini yang muncul. 


Tapi, untuk yang lain, jangan risau. tak bermakna kalau nama anda tiada anda bukan sahabat. Bukan. Kita semua tetap sahabat. Tetap. Sekali kita bersahabat, walau sekali kita bertegur, kita tetap sahabat. Sampai ke syurga. Insyaallah =)



Sunday, July 1, 2012

:: Akauntabiliti ::

sejak dari bermulanya semester baru awal bulan Jun lepas sampai ke awal Julai ni, ada saja kerja yang menanti untuk dibereskan. Dengan rutin-rutin harian selaku seorang pelajar Kolej Universiti (gua punye tempat belajar belum tahap Unibersiti lagi), dan dengan tambahan kerja-kerja persatuan lagi, fuhhh, kadang-kadang bila gua ade mase nak termenung mesti sangat bersyukur.


Sebut pasal kerja, gua tak nafi ade mase gua rase tak larat sangat dan rase tak mampu untuk menggalas jawatan yang gua sandang sekarang ini. Bukan mudah untuk menjadi seorang ketua. Bukan mudah. Siape-siape yang jadi ketua pesen-pesen tau mengarah je, gua rase baek lah engkorang tampar muka engkorang laju-laju.

Kadang-kadang member baek gua marah kat gua, tapi tak pernah pon nak ambik hati bila dia marah. Sebab orang bila marah ada dua sebab, yang pertama sebab kita ade buat salah, dan yang kedua sebab orang yang marah tu sayang dekat kita. oleh sebab itu, setiap kali kene ceramah, gua diam dan gelak. free kot dapat ceramah. tak payah nak pergi kedai beli kaset-kaset, CD bagai. hihi.

Apa yang gua paling terkesan dari ceramah sahabat baik adalah, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Apa yang kau pegang sekarang ni bukan untuk dibangga-banggakan. Bukan untuk dijadikan tiket bermegah-megah. Apa yang ada dekat kau sekarang ni adalah ujian. Ingat, Allah nak uji manusia selalu dengan harta, pangkat, wanita dan keluarga.

Dan bila mana Allah menguji, itu tanda dia sayang. Allah uji dengan pangkat, supaya aku sedar akan amanah. Cakap pasal amanah, amanah ni bukan satu benda yang boleh buat main-main macam jaman-jaman kecik dulu. Main masak-masak jadi ayah, jadi mak, jadi bos. bukan. Amanah ni sangat berat. dan kalau engkorang sedar amanah ni berat, mesti setiap hari engkorang akan merendah diri berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan dalam memikul amanah.

Dan, itulah dia tonik setiap kali gua rase penat dan tak larat. Kadang-kadang bila gua tengok makcik-makcik cleaner dari indonesia yang dok bersih tandas asrama tiap-tiap hari tanpa jemu, gua jadi malu sendiri. Makcik-makcik tu begitu setia dan amanah buat kerja. Walau kotor macam ladang lembu sekali pon tandas asrama, tanpa geli-geli diorang bersihkan balik nampak macam tandas hotel 5 bintang.

Dan hari itu, gua dapat satu pelajaran baru bukan dari pensyarah, doktor mahupun profesor. tapi dari makcik cleaner. Pelajaran tentang amanah dan istiqamah.

Friday, June 8, 2012

:: WordPlay ::



if you can recite and singing this song fluently
without making any mistakes or damage your tongue
well i supposed

you're awesome dude!
kah kah kah
this song make me crazy all the times. it has been for four years, i think since the first time i heard this song, but still, i barely can't sing this fluently.and the part that i can sing fluently is when jason mraz sing

LALALALA~
chalo.

Tuesday, June 5, 2012

:: Global? ::

Sejak dua menjak ni saya banyak berfikir. Kadang-kadang saya rasa saya punye pemikiran kalah Einstein. Cuma mujurlah saya tidak berupaya untuk mencipta teori-teori baru berkaitan dengan keapungan dan tindak balas. Kalau tidak, saya sendiri tidak tahu apa akan terjadi ke atas alam semulajadi dan jugak alam dunia ini.

Cukup dengan permulaan yang mengarut. Sejak dua menjak ini, saya banyak memikirkan tentang globalisasi.  Ya globalisasi. Disebabkan kadar kemalasan yang tinggi untuk menulis di blog, masa-masa yang malas diisi dengan megintai-ngintai blog-blog yang bersepah di seluruh internet.

Jadi, tetibe terlintas di hati kecik, apa kata kalau aku cuba menglobalisasikan blog aku. Maksud aku di sini, cuba untuk menjadikan blog aku ini bukan takat duduk dalam Malaysia, tapi boleh melangkah keluar dari sini. Ok, blog aku tak ade kaki, tangan, badan. Jadi jangan bangang-bangang cube fikir macam mane blog aku nak melangkah. Aku yang akan bawak blog aku keluar.

Dan macam mana aku nak pergi menjadi globalisasi? Jadi, kalau engkorang semua perasan, medium pertuturan standard yang diterima pakai satu dunia hatta kau berada di Ulanbaatar di Mongolia mahupun di La Paz, Bolivia, adalah bahasa Inggeris. Nak atau tidak, awak dan saya kene terima hakikat bahasa yang boleh jadi perantaraan lebih 7 bilion penduduk bumi sekarang ini adalah Bahasa Inggeris.

Maka, melihat akan situasi macam ini, aku terasa nak buat percubaan untuk letakkan beberapa entri aku ke dalam bahasa inggeris. Seperti yang aku cakapkan, ini percubaan. Percubaan untuk cuba membawa blog aku lebih jauh lagi. Sebab kalau aku lihat pada statistic dekat blogger, kebanyakan pengunjung luar negara datang dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Sri Lanka? Okay, Sri Lanka boleh diterima sebab aku ade dengar-dengar djaman British dulu ade penduduk Melayu yang dihantar ke negara-negara koloni British yang laen.

Dan jugak, apa yang aku harapkan bila mana aku membuat percubaan untuk menulis dalam bahasa inggeris nanti adalah, komen balas tentang entri lebih bersifat kepada perbincangan dan pencerahan ilmu. Gua bukan ape, selalu gua tengok kalau meleis-meleis ni kebanyakan komen bersifat kepada emosi dan perasaan, walau ada fakta. Jadi, kalau kita tak bersetuju dengan pendapat seseorang, kadar kemungkinan untuk dimaki dan dicaci agak tinggi jugak.

Berlainan dengan orang dari Barat, apa yang aku perhati, mereka jarang sekali untuk bertikam lidah tentang sesuatu isu. Malahan, perbincangan diorang juga lebih terbuka dan akan menghasilkan sesuatu dan lebih kepada berfikir. Mungkin ada jugak nilai-nilai dari Barat yang baik yang boleh kita ikot dan ambil sebagai contoh.

Terakhir, gua sendiri tak tahu nak habiskan macam mane untuk ayat penutup ni.  Semakin lama kosa kata yang gua pakai sudah makin berkurang. Ini satu perkara yang merisaukan. Kekurangan kosa kata bermakna kurangnya ayat-ayat atau perkataan yang boleh ditulis untuk menjadi sebuah entri berpuaka. Dah, sebelum gua melalut lebih, lebih lagi, lebih baik gua undur diri dan mengharapkan rancangan untuk menjadi global terlaksana.

 Chalo.



Friday, May 25, 2012

:: Slumber ::



ke mana hilangnya karisma?
ke mana hilangnya destinasi?
ke mana hilangnya arah tuju?

Watak kita tak pernah direka cipta. atau tepat lagi, awak, saya dan mereka adalah lain. bukan sekadar seperti boneka dan robot yang direka untuk di arah-arah. Hidup ini kita yang tentukan. sama ada lebih baik atau lebih buruk atau tidak ada apa-apa yang berlaku.

Statik. Itu lagi bosan.
Chalo.

Friday, May 18, 2012

:: Tak Salah ::



Tak salah bila gagal
Tapi tak bangkit dari kegagalan, itu salah


Tak salah kalau tak pandai

Tapi tak berusaha untuk jadi pandai, itu salah


Tak salah kalau miskin

Tapi tak berusaha nak jadi kaya, itu salah


Tak salah kalau tak tahu

Tapi tak berusaha nak ambil tahu, itu salah


Tak salah bila jatuh

Tapi tak cuba untuk bangkit semula, itu salah


Tak salah kalau buat silap

Tapi tak belajar dari kesilapan, itu salah


Tak salah kalau tertinggal di belakang

Tapi tak cuba untuk duduk di depan, itu salah


Awak perasan tak, kadang-kadang tak salah bila saya, awak dan mereka ade buat kesilapan dan kegagalan. Tak ada manusia di dunia ini yang sempurna. Tak ade. Kalau ada yang cakap dia sempurna awak pergi smack down dia dengan gerakan people’s elbow sebanyak seploh kali. Kalau dia tak sedar jugak, awak biarkan dia hidup dalam dunia syok sendiri yang dia reka.

Kegagalan dan kesilapan itu perlu. Awak tak kan tau kelemahan awak kalau awak tak buat silap. Bila awak dah buat silap, sudah tentu awak cuba untuk tidak buat silap lagi. Tak ke bagus macam tu? Memang manusia tidak pernah sempurna. Tapi tak salah kalau berusaha nak jadi sempurna. Tapi jangan sampai awak, awak dan awak sakitkan hati dan perasaan orang lain sebab nak kejar kesempurnaan.

Chalo. Assalamualaikom.

:: Entri Bola Separa Serius:Eden Hazard Tidak Sesuai Ke Manchester United ::

Semenjak berakhirnya musim EPL yang penuh dramatik dengan menyaksikan MCity berjaya menjadi juara liga dengan kemenangan minit-minit akhir dari Kun Aguero, peminat dan penganalisis bola sepak professional mula menumpukan kepada transfer window yang menyaksikan beberapa nama menjadi tumpuan dan sebutan.

Salah satu nama yang begitu menarik perhatian dalam beberapa minggu ini tak lain tak bukan bintang pasukan Lille, Eden Hazard. Menjadi buruan dua kelab gergasi dari bandar Manchester, ramai yang tertanya-tanya yang mana satu bakal menjadi pilihan Hazard.

Ketika ramai peminat Manchester United berusaha berdoa bersungguh-sungguh agar Eden Hazard menjadi sebahagian dari Red Devils, gua mengambil langkah yang sebaliknya dengan mengatakan bahawa Eden Hazard tidak akan sesuai untuk ke Manchester United. Mesti ramai yang akan kata gua gila sebab tidak mengalukan Hazard untuk menyarung jersi Manchester United.

Ada beberapa sebab yang menyebabkan gua mengatakan Hazard tidak sesuai ke MU. Jikalau kita lihat pada musim kali ini, ternyata bahagian yang paling bermasalah kepada MU merupakan bahagian tengah. Sangat bermasalah sehinggakan Paul Scholes yang sudah bersara terpaksa dipanggil kembali untuk menguatkan kembali bahagian tengah MU.

Jikalau anda rajin membaca analisis professional dari soccernet, BBC sport, Telegraph, Football365, Goal.com dan lain-lain lagi, kebanyakan dari mereka mengatakan hazard lebih efektif jika bermain sebagai sayap kiri. Manchester United tidak memerlukan lagi pemain sayap. Nani, Valencia, Young boleh bermain di mana-mana bahagian sayap dan Alex Ferguson boleh menukar salah seorang dari mereka setiap minggu untuk memberikan rehat secukupnya.

Apa yang kurang pada bahagian tengah Manchester United adalah seorang midfield yang boleh hold bola, creative serta mampu menukar corak permainan dengan berkesan. Dalam hal ini, keputusan Alex Ferguson untuk cuba membeli Erikksen dan Gaitan adalahlebih berbaloi dari cuba mendapatkan Hazard. Kehebatan Erikksen yang merupakan perancang utama Ajax musim 2011/12 terbukti apabila berjaya membantu gergasi Amsterdam tersebut memenangi Liga Belanda.

Khabar angin juga mengatakan Shinji Kagawa hampir pasti menyarung jersi Manchester United. Shinji Kagawa merupakan seorang pemain tengah menyerang dan lemah dalam bertahan. Ini merupakan satu percaturan bahaya buat SAF yang gemar menggunakan system 4-4-2.

Namun begitu, Alex Ferguson masih boleh menggunakan sistem 4-4-2 yang diubah menjadi 4-4-2 (Diamond). Dalam sistem ini, Kagawa menjadi attacking midfielder yang bersifat menyokong serta melorongkan through ball dari kawasan tengah ke dalam kotak penalti. Sementara Gaitan boleh dimainkan sebagai playmaker tengah bertahan dan memainkan peranan utama peralihan dan pergerakan bola dari kawasan pertahanan ke penyerang.

Secara keseluruhan, tidak ada apa yang perlu dipanikkan oleh SAF. Pembelian musim lalu seperti Jones, De Gea, Smalling adalah satu percaturan jangka masa panjang. Selain itu, dalam masa satu atau dua season dari sekarang, jika kelas yang ada sekarang sudah matang, seperti Evans, Cleverly, Rafael, Hernandez, tidak mustahil Manchester akan kembali ke kemuncaknya.

Harus diingatkan, MU menempuh musim terburuk kali ini dengan hampir keseluruhan kesebelasan utama cedera seperti Vidic, Ferdinand, dan memasuki separuh kedua musim dengan Nani, Young, Smalling, Cleverly, Anderson serta kadangkala Evans, Wellbeck dan juga Jones yang kadang-kadang cedera, mampu untuk mencapai 89 mata sambil nyaris menjadi juara harus diberi perhatian.

Dengan analisis separa serius yang digodek hasil dari pembacaan beratus bahan dari soccernet, The Sun, BBC sport, Football 365, Goal.com, Bleach Report, Guardian dan lain-lain lagi, dapat dirumuskan Eden Hazard tidak sesuai ke Manchester United. Terus terang, gua lebih berminat jika pemain seperti Nicolas Gaitan, Javi Martinez, Iker Muniain dan Christian Eriksen yang masuk menjadi pemain di Theatre of Dream. Dan mungkin seorang Striker tinggi dan tegap yang boleh menjadi target man kepada hantaran silang Valencia, Nani, Giggs dan Young.


Ini hanya pendapat dari gua. Kalau engkorang ada pendapat yang lain boleh berkongsi. Chalo, assalamualaikom.

Tuesday, May 15, 2012

:: Tak Pasti ::

Masa saya mula-mula lahir ke dunia, saya sendiri tidak pasti bagaimana nasib saya untuk beberapa tahun mendatang. Di dahi saya tidak terus bertanda untuk 10 tahun akan datang saya akan menjadi seorang ketua kelas. Tidak juga di cop di kepala dan lengan saya yang saya akan menjadi seorang pelajar sekolah sains 13 tahun lepas saya lahir.

Masa depan. Kata orang masa depan adalah satu perkara hitam putih. Kelabu-kelabu warna. Tak ada yang terang macam pesen-pesen orang sekarang rim tayar kereta kaler hijau, merah, kuning, cokelat dan macam-macam lagi. Masa depan adalah sesuatu yang sangat misteri. Tak ada yang tetap tentang masa depan.

Awak, awak dan awak mungkin pelajar paling cemerlang di jaman sekolah dulu. Tapi di jaman universiti, belom pasti lagi awak, awak dan awak jadi pelajar paling cemerlang di universiti macam di jaman sekolah. Silap haribulan Kordi budak kelas akhir yang muka tetap kelas-kelas pemulihan lebih ekselen dari awak, awak dan awak di universiti nanti.

Seseorang yang kaya raya hari ini, belum tentu lagi esok lusa dia akan kaya seperti mana dia kaya hari ini. Mane tau silap-silap hari bulan masok surat khabar bank isytihar muflis. Masa tu mungkin dia boleh kenal siape kawan siape lawan. Orang tak akan cari kita masa kita susah. Masa senang saje ramai-ramai pakat lekat tepi badan. Masa susah ramai-ramai jugak mengundi cabut lari.

Saya membebel banyak-banyak macam  Mak Jemah ni sebenarnya nak kasi tau dekat engkorang semua tidak ada satu benda yang pasti dalam hidup kita ni. Sesaat yang lepas, mungkin kita sedang bergelak tawa. Tapi mungkin sesaat kemudian kita menangis hiba.

Sama macam cita-cita. Sejak dari jaman sekolah, saya bercita-cita tinggi untuk jadi seorang peguam. Sebab saya pasti saya boleh berjaya dalam bidang undang-undang. Tapi akhirnya saya belajar dalam bidang Kewangan. Saya tak pernah terpikir untuk masuk bidang Kewangan disebabkan saya amat tidak suka akan nombor-nombor.


Dan yang paling saya takuti ialah kematian. Ini kita paling tidak pasti. Cuba engkorang bagitau bila tarikh luput hayat korang? Kalau roti gardenier beli hari rabu kita dah boleh agak hari sabtu dah expired dah. Jadi boleh agak-agak bila nak balun semua sampai habis. Tapi kematian kita tidak boleh nak agak. Tak Pasti. Kita tak boleh kata dah tua nanti. Masa muda-muda pon boleh. Allah nak tarik nyawa kita ni bila-bila masa saje.

Jadi apa yang kita boleh buat tentang tidak pasti ni? Apa saya boleh cakap bersedia. Anda tak pasti kalau esok lusa anda jadi miskin, jadi masa ada banyak duit pergilah tabung sikit-sikit. Labur sikit dekar Tabung Haji, Amanah Saham. Anda tak pasti bila anda akan mati, maka siap sedialah dengan amalan moga diterima oleh yang Maha Esa.

Sesaat yang dah berlalu memang telah berlalu. Lupakan. Paling boleh buat pun muhasabah. Tetapi sesaat yang akan datang ada di depan.bersiap sedialah. Pilih yang terbaik

Sunday, May 6, 2012

:: Jatuh Dan Bebas ::




Dalam hidup ni, ade mase kita jatuh. ade masa kita terjelepuk, terduduk. roda hidup kata orang. ade masa roda berputar ke atas. ada masa roda berputar kembali ke bawah. Hidup tak selalunya indah dengan warna-warni. kan?

Tapi, kalau kita jatuh, terduduk, sampai bila kita mahu duduk di situ? Bangkit. Kalau jatuh bangun. Kalau terduduk cuba berdiri balik. Jangan harap orang untuk kita bangkit kembali. Menyokong mungkin. Tapi untuk bangkit dan berdiri semula itu kekuatan yang datang dari dalam diri kita. Untuk jatuh itu tak salah. Gagal itu tidak salah. Tapi, menyalahkan diri sendiri itu salah. Terus berada dalam kegagalan itu salah. Membiarkan diri sendiri terus lemah itu salah.

Bebaslah. Mari kita sama-sama bangun melompat tinggi menerjah angkasaraya melepasi galaksi bima sakti

Friday, May 4, 2012

:: Kertas Kosong Warna Putih ::


Cuba kita lihat pada sehelai kertas putih. Ya, cuba. Kalau malas jangan cuba. Tapi kalau kalian rajin sila cuba lihat pada sehelai kertas putih. Tak ade kertas putih, pergi kedai printing atau Photostat beli sehelai kertas putih. Lagi bagus kalau beli banyak-banyak. Untung sikit kompeni kertas.

Heh, karutan yang makin melalut. Baik, cuba kalian lihat pada kertas putih itu. Warna apa yang anda-anda sekalian lihat? Warna putih bukan? Asal warna kertas itu warna putih. Hanya ada satu warna sahaje. Kalau  engkorang tenung kertas warna putih tu lama-lama, tetap warna di situ putih jugak.

Lama-lama kita jadi bosan. Kita jadi bosan dengan corak yang sama sahaja di atas kertas itu. Lantas kita ambil krayon, marker, pensel warna Faber Castle dan terus kita warnakan kertas yang putih itu tadi kepada warna lain. Kali ini warnanya bertukar. Tapi hanya satu warna sahaja memenuhi kertas putih itu. Kali ini kita warnakannya menjadi hitam.

Kertas sudah bertukar warna. Maka kita tengok lagi lama-lama. Lagi sekali kita bosan. Kita tukar jadi warna lain. Merah, seterusnya biru, hijau, kuning, oren dan macam-macam lagi. Satu hari hati terdetik, dari terus letak satu warna, kenapa tidak kalau kita pelbagaikan warna-warna di atas kertas. Kita corakkan kertas dengan warna warni. Mesti lebih bertenaga kertas tersebut. Lebih hidup.

Kehidupan jugak sepatutnya macam itu. Penuh dengan warna-warna. Kalau lah hidup ni hanya ada pada satu warna, bayangkan seperti kertas putih yang kosong tadi. Apa yang kita akan nampak cuma satu warna yang tidak merangsang adrenalin untuk berjalan mencari kehidupan.


Hidup ini kena ada warna-warna. Mungkin kadang-kadang warnanya hitam tidak bermaya, tapi jangan risau, warna yang cerah dan meriangkan akan mengimbangkan yang tidak bermaya. Ibarat yin dan yang. Setiap dari kita adalah pencorak kepada diri manusia yang lain. Setiap manusia membantu mewarnakan hidup kita yang umpama kertas putih yang kosong.

Heh, puitis sangat ayat. Maaflah. Tapi harapnya dapatlah engkorang yang disayangi sekalian paham apa gamaknya yang cuba aku sampaikan di sini. Colours your life people. Sayangi diri sendiri. Bak kata Zint dalam Under-18, kita warnai langit dengan tangan sendiri. Kalau bukan kita sendiri yang warnakan hidup sendiri, mungkin ada orang lain yang akan warnakan hidup kita. Tapi rasanya tak sama kalau kita sendiri yang warnakan.

Akhir kata, jemput masuk ke dalam dunia warna warni aku.


Tuesday, May 1, 2012

:: Mawar Khayalan ::



Semua yang jadi tanda tanya
Buat Hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, Ku damba kehadirannya

Oh Mawar Khayalan
Bawaku Terbang Tinggi
Jauh Lintasan awan
dari duniaku yang hampa

Seluas, laut yang terbentang
Dan Buihnya terapung di awangan
derita dunia yang mencengkam
cuba untuk aku bertahan
Semua yang jadi tanda tanya
buat hatiku tak keruan

Oh Mawar Khayalan
Bawaku terbang tinggi
jauh lintasan awan
dari duniaku yang hampa
kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya..

semua yang jadi tanda tanya
buat hatiku tak keruan
dia wajah yang berkeliaran
aku, ku damba kehadirannya

Oh Mawar Khayalan
Bawaku Terbang Tinggi
Jauh Lintasan Awan
dari duniaku yang hampa
kecewa tak bermakna
semua hanya tipu daya

Modenisasi hanya..
untuk haiwan di rimba
globalisasi cuma
jadi Tuan si Hamba

Oh Monarki untuk apa?
Badut-badut Istana
lalalalala

mawar, mawar, mawar khayalan

p/s: masih lagi berhiatus. sedang mengasah di lembaran kertas helai tulisan-tulisan yang dikhayalkan dari sebuah pemikiran yang tidak berapa nak mempunyai fantasi seperti pari-pari. heh, harus banyakkan pembacaan lagi ni. chalo

Tuesday, April 24, 2012

:: Berhiatus Sementara ::

Semenjak dua menjak ni, life aku rasa amat menekan aku. Dengan berbagai-bagai isu dan perkara yang berlaku dekat sekeliling aku, dari benda-benda yang melibatkan perhubungan, isu pendidikan, keselamatan, alam sekitar dan lebih memeningkan kepala politik yang tidak sudah-sudah. Di sana sini, masing-masing mendabik dada cuba memberitahu golongan marhaen seperti aku, kamilah juara, kamilah pejuang, kamilah pembela.

Ada masa aku jadi jelak. Badan aku bukan robot yang boleh dipaksa untuk bekerja sepenuh masa. Even kalau aku jadi Buzz Lightyear pon, ada masa yang terluang pasti aku akan mintak rehat sekejap untuk badan aku dicas semula mejadi lebih bertenaga.


Pokok utama di sini, tatkala ini aku memerlukan masa sebentar untuk berhiatus. Dengan kata lain mungkin aku boleh rumuskan ini adalah masa untuk bertenang dari segala jenis perasaan yang tak keruan. Aku tak pasti kenapa sejak akhir-akhir ni mudah sikit untuk aku letih. Perkhabaran dari doctor tadi hari yang kata mungkin aku kene buat satu lagi test, cukup untuk buat aku terus lagi rasa letih. Aku rasa dah macam jadi tikus makmal kene buat itu ini, diuji itu ini.

Jadi, aku ambil keputusan untuk berhiatus ini untuk menilai kembali diri aku. Memperbaiki diri lebih tepat dalam prosa di sini. Mungkin masa-masa menyepi macam ni boleh aku guna untuk perbanyakkan lagi bahan bacaan. Sejak seminggu ni, tak banyak benda yang aku baca. Mungkin itu penghalang untuk menghasilkan tulisan yang berkualiti dan berpuaka. Mungkin.

Dan untuk ini, kali ini nak undur diri sebentar. Woi, bagi aku rehat sikit lah. Heh, aku yakin tak seorang pun yang akan perasan pengunduran diri sebentar dari dunia penulisan ni. Tak mengapa. Bukan tahap dewata pun penulisan aku.monolog dalaman nak sedapkan hati sendiri.

 Eh tadi aku ada terbaca peraduan membuat warkah buat bonda di dada akhbar. mungkin tempoh bertenang begini aku boleh cuba asah kembali pensel 2B yang tumpul di balik bekas cawan?

p/s: jaga diri. Kali ini aku betul-betul maksudkan. Jaga diri naim

Thursday, April 19, 2012

:: Kita Jugak Hebat Sebenarnya ::

Masa gua kecik-kecik dulu, antara makanan yang suka dimakan adalah megi. Ok, magi itu adalah nama produk. Mee segera adalah produk yang terhasil di bawah jenama Maggi. Powernye pengaruh Maggi ni sampai Ruski, Cintan dan Mamee pun akan dipanggil Maggi. Padahal sepatutnya kita kene cakap, “ibu, saye nak makan Mee segera jenama Maggi”.

Baik, ketepikan dahulu isu jenama dan populariti. Saya nak bagitau, masa kecik-kecik dulu, kalau nak makan maggi mesti suruh cik ibu masakkan. Sebab saye tak reti masak. Jadi kekurangannya adalah setiap kali nak makan, ibu akan cakap, nanti tak pandai kalau asyik makan MSG. Saya nak makan tapi sebab tak reti masak maka terpaksa ditahan aje keinginan yang membuak-buak.

Tapi sejak masuk asrama, saya secara tiba-tiba reti masak Maggi. Maka saya boleh buat maggi sendiri tanpa perlu mintak bantuan cik ibu lagi.haa, itu satu kemajuan nampaknya.

Itu cerita yang pertama. Cerita seterusnya, semasa kecik jugak, saye suka berangan-angan bawak kereta sambil duduk dekat tempat pemandu dan pusing-pusing stereng. Paling best bile encek abah ajak pusing dalam taman duduk atas pangku dye sambil tangan control stering. Tapi pedal encik abah la yang tekan. Gua pendek mane nak sampai. Rase macam dah bawak kereta betul-betul je.

Lepas saya habes spm, terus buat lesen kereta. Tak payah nak ulang-ulang, cukup sebulan amek test jpj, dan tu dia, lessen P dapat. Dan sampai sekarang kalau saya rasa nak bawak kereta saya akan amek kunci kereta cik ibu atau encik abah, dan bawak sendiri. Haha. Heh, itu satu lagi tanda saya sudah ade satu lagi pencapaian.

Apa lagi perubahan yang berlaku sepanjang saya meniti usia nak masuk 22 tahun ni? Ouh ye, saya berjaya melepasi tahap demi tahap pendidikan dari tadika, UPSR, PMR, SPM dan diploma. Dan sekarang saya sedang cuba menghabiskan pengajian dalam peringkat ijazah. Kalau tarapapa, tahun depan sudah habis. Hey, cepat betol masa berlalu.

Apa yang saya cuba cerita ni sebenarnya? Saya Cuma nak cakap dekat engkorang semua yang diri kita ni sebenarnya adalah terbaek. Macam saya, mungkin pencapaian-pencapaian yang saya dah lepas tu adalah yang biasa-biasa, tapi saya tetap menganggap itu sesuatu yang hebat kepada diri saya.

Berhenti dari kita membezakan diri kita dengan orang lain. Orang lain mampu ke bulan, kita pun mahu ke bulan jugak. Itu hanya memberi tekanan kepada diri kita sendiri. Kita berjaya nanti bukan atas sebab kita mahu berjaya, tapi sebab kita nak atasi orang lain. Ini sama sahaja macam kita belajar sebab nak dapat pointer yang bagus, bukan sebab nak belajar ilmu itu sendiri.

Mungkin la kejayaan kita tu biasa-biasa sahaje. Tapi kalau kita kira-kira balik, kalau dicantum-cantum semua kejayaan kecik tu, akan nampak besar ye dak? Simple math u’oll.hihi

Jadi letak dalam minda, kita sebenarnya adalah yang terbaik jugak. Orang tak boleh memaksa anda untuk menjadi seperti orang lain, tapi anda boleh menjadi kan diri anda sesuatu yang mungkin boleh dijadikan ikutan oleh orang lain.