berkhayal untuk dunia blog yang lebih indah dan gembira walapun hakikat sebenar hanya imajinasi
Apa yang ditaipkan nanti hanyalah sebuah pengharapan dan khayalan dari penulis.kalau ade yang terasa atau terkena, mintak maap lah bebanyak.manusia tidak terlepas dari kesilapan.
Sebuah ilusi dan mimpi aku tak pasti, tapi aku mengimpikan sebuah dunia blog yang aman damai tanpa cercaan dan kata-kata nista dari sebuah entri.
Sebuah khayalan dan angan-angan, tiada limitasi di dalam berblog.acap kali terbaca kalau boleh blog jangan ade lagu, entri kene macam ni macam ni kalau nak ramai orang bace, blog biar simple, kaler jangan striking sangat dan ape lagi.setahu aku mase nak daftar dekat blogger.com takde terma dan syarat yang macam tu
Sebuah impian, agar lebih banyak penumpuan di dalam penulisan berilmiah dan berfakta.sesekali ape salahnya mengajar tentang sejarah ibnu batutta, ataupun teori konsep keluk permintaan dan penawaran dalam prinsip asas ekonomi.
Sebuah ilusi dan angan-angan, blogger juga mampu untuk diangkat setaraf dengan ahli falsafah.dahulu di jaman yang lama-lama dulu, ahli-ahli falsafah seperti ibnu khaldun, imam al-ghazali, Aristotle, plato dan sebagainya mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat.blogger juga suka berfalsafah.mungkinkah boleh? Hanya khayalan
Sebuah impian dan imaginasi, lebih banyak blog yang berbentuk penulisan yang penuh sinis, bermain kata-kata, dan kaya dengan bahasa yang menakjubkan yang menarek perhatian
Sebuah lakaran dan cetusan, blog dijadikan tempat untuk melontarkan persoalan dan dijawab oleh komen-komen yang mencambah minda serta juga medium perbincangan yang efektif
Sebuah ilusi, imajinasi dan khayalan, blog mampu menjadi sebuah medium dan ruang bagi menambahkan silaturrahim sesame insan.
Ini hanyalah sekadar sebuah khayalan, impian dan juga imaginasi.tidak langsung terniat untuk menoreh hati dan perasaan sesiapa.kalau terasa mintak maap.ini hanya sebuah entri yang penuh dengan impian dan khayalan
Aku hanya berkhayal bermimpikan dunia blog yang seperti ini.hey, tidak salah untuk bermimpi.kadangkala dari bermimpi melahirkan cita-cita.dari bermimpi melahirkan sebuah harapan.dari harapan dan cita-cita melahirkan sebuah garapan dan revolusi.
Lagipon kadang-kadang aku sudah muak dengan pelbagai limitasi seperti yang aku beritahu di atas.acap kali terbaca kalau nak ramai orang suka kene buat macam tu macam ni sebab kebanyakan orang suka blog yang macam tu.
Takpelah, biarlah aku tidak kejar kebanyakan itu.jangan dilupa masih ade baki dari kebanyakan itu yang tidak memandang kepada limitasi-limitasi itu semua. Kadang-kadang mereka yang menegur itu juga buat juga kesilapan yang sama.hihi.tapi biasalah manusia.tak lari dari kesilapan kerana kita bukan maksum seperti para rasul dan malaikat.
Yang penting hanya kegembiraan dalam berblog yang ingin aku kecapi.aku percaya, kalau kita suke, hasilnya akan dapat juga.sekali lagi maap buat yang terase.hihi
No comments:
Post a Comment