Wednesday, May 18, 2011

:: InGaTan KePaDa PoLiTiCiAn MaLaYsiA ::

kata orang, bila dah 21 biasanya segala tindak tanduk sudah matang, 21 baru betol-betol kickstart life sebagai dewasa

Assalamualaikum kepada semua pakcik-pakcik, makcik-makcik, brader-brader, sista-sista mahupun adik-adik.harini aku terase macam nak menulis surat lah kepada ahli politik Malaysia yang tak habis-habis masalah politiknya sejak dari pilihanraya 2008 sampai lah sudah masok era-era 2011 ni. Tapi aku tak tau lah kot-kot ade yang sudi bace blog aku yang picisan lagi entah hape-hape ni.

Tak lame lagi aku akan berusia 21.ye dua puluh satu tahun.pade mane-mane warga Malaysia usia 21 tahun amatlah dinantikan kerana di sinilah bermulanya penghidupan sebenar.biasanya bila dah masuk umur 21 segala keputusan kita sendiri yang buat.Mak dan ayah just an adviser, bukan lagi seorang guidance.

Adviser di sini bermaksud mak dan ayah hanya boleh menasihat.tetapi keputusan dan jua apa tindakan akan dilakukan sendiri bagi seseorang yang sudah berusia 21 tahun.ye lah, mane ade orang yang umor 21 pakaian dalam pon masih lagi nak kene makbapak yang belikan.lu pikirla sendiri. Dulu mase-mase umur kita bawah 21 boleh lagi kita panggil mak bapak kita sebagai guidance atau lebih tepat lagi guardian.

Mase tu segala keputusan, pemikiran dan jugak perlakuan semuanya akan ditentukan oleh mak ayah.ini bagus sebenarnya sebab masa itu kita masih boleh dikategorikan sebagai remaja.tapi bila umur dah masuk 21 dah tak boleh panggil remaja lagi, paling kemas atau sopan untuk dipanggil sebagai seorang belia dan mungkin jugak dewasa.mungkinlah.

Dan sebagai seorang warganegara Malaysia yang sudah berusia 21 tahun, maka di sini terletaknya keputusan dalam mencorakkan hala tuju pemerintahan negara berdemokrasi Malaysia ni.ya betol, kita sudah ada kuasa mengundi masa ape-ape jenis Pilihanraya, same ade Umum, Negeri mahupun Kecil.

Tapi, kadang-kadang aku jadi takot untuk mengundi.ya aku takot.sekarang ini aku perhatikan ploitik Malaysia makin menjadi-jadi.wahai ahli politik, aku rase mak bapak aku sibuk ambik cuti satu hari semata-mata untuk undi kau adalah demi memastikan hak dan kebajikan mereka sebagai rakyat diutamakan.dan apa yang mereka tunjukkan dengan sikap mereka amatlah pada aku dah macam orang tak berpendidikan tinggi.ni menipu ke ape sijil2 belajar diorang ni?

Bergadoh di dalam parlimen, caci maki satu same lain live pulak tu dari parlimen.hey come on la, kalau kanak-kanak tengok tak malu ke? Lagi-lagi yang dah tue bangka yang ade cucu sedozen.cucu tengok cakap ape? Pergh, samseng lah atok gua.ni rase nak ikot ni.perlu ingat, bapak borek anak rintik.orang muda akan belajar banyak dari orang tua.kalau orang tua perangai maki-maki, macam mane agaknya perangai orang muda.

Seterosnya, mak bapak aku undi ahli-ahli politik yang ada demi memastikan segala manifesto dan dasar yang dirancang dilaksanakan.ini macam mana nak buat kerja ni? Sikit-sikit bincang usul tak puas hati blah tinggal sidang.dan akibatnya bila korum tak cukup dasar tak dapat buat.bile keputusan dibuat tak puas hati tapi konon-konon tacing pergi keluar dewan sape suruh? Tak boleh bawak bincang ke?

Ahli-ahli politik, tak boleh ke kalau berhenti caci mencaci, fitnah menfitnah antara satu same lain? Hey, kita ade negara.hal negara lagi mustahak untuk dibincangkan, masalah-masalah ekonomi, masalah-masalah dalam negeri lagi, kebajikan rakyat dan ape lagi yang lebih mustahak.ini tak abes-abes dengan isu peribadi sodok sane, sodok sini, rasuah sane rasuah sini.

Ini dekat tempat aku dah berlambak warga pendatang Bangladesh, Nepal sama Indonesia.kadang-kadang aku terpikir, aku dok Malaysia ke obersi ni? Serius aku rase insecure.Polis ade tapi aku tak tau lah depa ni periksa ke tak warga-warga asing ni.entah-entah yang haram lagi banyak dari yang halal.

kuasa mengundi di tangan kita, guna sebaik-baiknya

Haha, eh lupe pulak kan, kuasa mengundi di tangan aku.kadang-kadang aku rase macam aku tak nak mengundi.tapi aku lupe pulak, kita ada calon Bebas yang tidak terikat dengan mana-mana ideologi.kadang-kadang aku rase lebih ikhlas lagi calon bebas yang bertanding.diorang ni tak terikat dengan mane-mane pihak.pakai pon duit sendiri berkempen.dan aku dapat rasakan mereka ini lagi nak berkhidmat untuk rakyat marhaen macam aku ni walau banyak duit, harta dan keringat yang terpaksa dikorbankan.

Jadinya kepada ahli-ahli politik dari 2 ideologi ni, sila lah, bergadoh lah lagi ea.eh takpe-takpe, jangan hiraukan rakyat macam kitorang ni.takpe, calon bebas ade kan? Haha.nanti kita tengok aje lah ape yang jadi.kalau asyik nak bergadoh je agak-agak wawasan 2020 yang diimpikan Tun Dr. Mahathir akan tercapai tak?

Renung-renungkan dan selamat beramal.hihi.Assalamualaikom.

3 comments:

  1. hahahaaa, i like this entry . . apa nak jadi ea pada masa akn dtg? byk anak muda da tak minat ngn politik .. especially me!

    ReplyDelete
  2. betol tu schasya.kadang2 rase ahli politik tak betol-betol nak jadi ahli politik pon.jus masok bertanding nak bagi sume tau die masok tv.tapi hape pon tarak.haha

    ReplyDelete
  3. tak nak komen pasal politik.. tp nak bg nasihat sket.. bila anda dah berumur 22 tahun, 23 tahun... umur 21 tu tak ubah seperti seorang anak kecil yang baru tau menulis karangan.. hehehe..

    ReplyDelete