Wednesday, May 4, 2011

:: KeNaiKan Ron97 DaN SeBuAh PeNaaKuLan ::


Aku tak nak ulas-ulas.semua sudah tahu harga minyak ron97 bakal menokok naek sebanyak 20 sen lagi menjadi 2.90 seliter.sebabnya adalah kerana krisis yang berlaku di Tanah Arab.

Aku taknak cerita pasal minyak naek.Hal ekonomi nanti esok akan keluar dalam suratkhabar.dekat sane bace lah ape-ape detail yang berlaku dengan lebih terperinci. Nak lagi best beli 3 jenis paper satu kerajaan punya, satu pembangkang dan satu lagi yang atas pagar punye.Lagipon statistic kadar literasi rakyat negara makin naek menunjukkan semakin ramai yang membaca.

Cume aku nak berkongsi naseb yang bakal dialami oleh golongan rakyat marhaein macam aku ni yang esok menyaksikan kadar peratusan harga barang untuk naek adelah pada penaakulan aku di kadar 80%. Alas an tipikal minyak naek.

Kalau itu jadi, memang aku tarah abes-abesan.yang naek setau aku Ron97.Diesel dan Ron95 tak naik.dan sebagai sebuah negara pengeluar minyak aku pun hairan kenapa sumber minyak negara tak digunakan dengan sewajarnya.okeyh gua taknak ulas.ini kerja orang laen.

Tapi pasca selepas kenaikan harga minyak semestinya menyaksikan kenaikan harga barang runcit yang laen.jangan terkejot esok bangon pagi makcik senah dan makcik Kiah pergi pasar tengok harga ayam boleh jadi RM9.50 sekilo.alasan harga minyak naik.tepung dan susu pon nanti naek 20 sen.alasan? harga minyak naek

Ape ayam bagi minum pakai minyak Ron97? Minyak masak pon pakai minyak Ron97? Haihh.

Dan lagi nak butthurt, mamak konfem nanti harga lagi naek.ape ade hal.kalau gua pergi saje KFC makan set combo nasi ayam 5.90.sekali dengan air campur cukai bolehlah 6.10.ini mamak sepinggan nasi, ayam seketol campur airlimau ais boleh jadi 7 ringgit.kalau aircond takpe jugak.ini cacamerba.pinggan kecik.

Setau aku semua pembekal atau penjual mesti pakai lori atau van yang diisi diesel.tak tau lah pulak kot-kot Lori penghantar ais sudah tukar tangki tak pakai diesel, Lori pembekal beras tukar pakai Ron97 nak memecut laju sampai ke destinasi? kalau ade petrol ape pasal taknak sumbat masok Ron95? Jangan dan-dan lah time ni nak cakap nak jage enjin.

Pasca kenaekan harga minyak nanti tak lame lagi mungkin harga rumah naek.alasan minyak naek.ini memang alas an yang bersifat kapitalis.bile pulak lori tanah, bata, simen pakat ramai-ramai tukar tangki pakai ron97? Der, nak menipu pon nanti beragak siket.

Dan pasca kenaekan harga minyak bakal menyaksikan kementerian dan agensi yang sepatotnya bakal turun padang demi menghalang kenaekan harga barang runcit.

Dan pasca kenaekan harga minyak yang pasti golongan rakyat marhaen pasti akan lebih terase keperitan kehidupan seharian.semuanya nanti pakai alasan tipikal.harga minyak naek.memang nak kene sepuk sorang-sorang.ape pasal gua tengok dekat petronas semua isi cari pam kuning hatta Mersyedes mahupun beiemdabliu?

Ini semua kapitalis.rakyat marhaen? Teros menangis.

Ini sekadar sebuah perspektif.aku harap ape yang aku taakulkan itu tidak benar.owh taakul itu adalah ramalan.gua harap, pihak yang berkenaan tu esok pantau-pantaulah sikit harga dekat kedai-kedai runcit, pasar, restoran dan ape saje kedai yang boleh buat propaganda barang naek pakai isu minyak.

Chalo.Assalamualaikom

2 comments:

  1. iyela. ingat rakyat ni gaji 60k ke sebulan. apa2 lah diorang ni.

    ReplyDelete
  2. haha.ke arah negara berpendapatan tinggi.hihi

    ReplyDelete