Sejak dari masok sahaje jaman tadika, aku sudah diajar untuk mengenali siapa itu cikgu.masa itu cikgu di tadika baik-baik, suke ajar nyanyi, ajar baca doa, ABC, kire-kire.kalau buat latihan sape dapat jawab semua soalan nanti dapat bintang.maka berlumba-lumbalah aku dengan member2 nak dapat bintang yang paling banyak.hihi.yang aku tau cikgu tadika pada masa itu cukup suka layan budak-budak punye perangai.
Dan begitu seterusnya aku pon masok jaman sekolah rendah dan sekolah menengah.sudah banyak cikgu yang aku kenali.Dari yang segarang-garang cikgu, selembut-lembut cikgu sampai cikgu yang paling sempoi dan sporting semua sudah aku kenal.dan untuk permulaan, atas apa yang telah aku kecapi hari ini tidak lupa untuk aku mengucapkan terima kasih buat semua guru yang telah bersusah payah demi aku.terima kasih.
Namun begitu, aku sedikit kecewa dengan sikap segelintir dari pihak guru.owh, aku bukan cakap semua, segelintir.masa jaman aku sekolah dulu, tak dinafikan akan ada murid yang pandai, lambat pickup, baek, nerd, dan nakal.biasalha, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Namun begitu, apa yang aku perhatikan, selalunya berlaku unsur favouritism di kalangan guru-guru.ape yang cuba aku maksudkan di sini adalah, mane-mane pelajar yang baek dan pandai, ataupun aktif dalam sukan dan mengharumkan nama sekolah pastinya akan menjadi favourite di kalangan guru-guru.kalau bagi contoh pon sikit-sikit akan cakap cube jadi macam si polan bin si pulan ni.
Well, come on.semua yang datang sekolah semua nak belajar.semua bayar yuran yang sama.bayar yuran peperiksaan pon lebih kurang, depends brape banyak paper yang kau nak ambiklah.dan lebih dan kurang sesuatu manusia itu sudah ditentukan.Cuma janganlah diabaikan mereka yang kurang dari segi itu semua.
Aku ada pengalaman sendiri pasal mende ni.yes i admit, jaman sekolah menengah dulu, aku bukanlah pelajar yang cemerlang.jauh sekali nak rasa duduk atas-atas punye tempat.tetapi aku berusaha habis-habisan.semua kelas tambahan, bengkel-bengkel, kem motivasi yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar lemah macam aku ni semua aku datang.walaupun penat sebab kadang-kadang hujung minggu pun nak buat kelas sampai aku rase nak mati, tapi aku tetap datang sebab kenangkan cikgu dah penat-penat nak buat kelas untuk aku.
Tapi ada satu ketika tu, aku tersentak bila cikgu cakap kat aku “apalah nak jadi kamu ni naim, asyik markah rendah je.entahlah, penat dah rasenye saya ajar”.kau bayangkan die sebut macam tu dalam kelas sebab markah periksa aku rendah dari mula sampai dah nak dekat spm.well, terima kasih cikgu.saya tak pernah putus asa nak ubah markah saya cikgu, tapi dah cikgu cakap macam tu apa saya boleh buat.you kill me cikgu.you killing my passion.
Bukan aku tak berusaha.in fact, bukan subjek die sahaje aku nak struggle kene kaber.biar aku terus teranglah, aku lemah dalam subjek elektif macam add math, kimia, pijik, LK, tekno.otak aku dah tak tahu dah kenapa payah sangat nak masok formula itu ini, hukum itu ini.serius aku tak tau kenape.but bile cikgu sendiri dah putus asa dekat aku even aku tak pernah putus asa dan always terbayang nanti spm aku akan excellent, makanya aku punye passion dah hilang sedikit demi sedikit.
Alangkah bagusnya kalau semua cikgu macam Cikgu Ain.yes, satu cikgu yang sampai bile-bile aku akan kenang.die cikgu math mod aku.math mod selalu markah G9 je.kire kalau boleh dapat D tu aku dah bangge gile lah.tapi cikgu Ain tak pernah putus asa.die buat macam-macam cara.banyak kata-kata yang diberikan menambahkan semangat aku.akhirnye siape sangka, aku boleh skor A1 paper math mod dalam spm.terima kasih cikgu.terima kasih.
Tapi apa yang aku perhatikan, tak semua cikgu macam cikgu Ain.asal exam semua nak kene cemerlang.pada mereka kecermelangan terletak di atas sebuah keputusan peperiksaan.mana-mana yang lemah dan nakal teros dilabel sudah tak boleh diajar lagi dan pandai-pandai korang lah sendiri.yang cemerlang je akan diberi perhatian yang lebih.
Kadang-kadang aku rase nak bagi je cikgu-cikgu macam ni tengok cerita Gokusen.yes, itu sebenarnya erti seorang guru.salah satu kata-kata cikgu Yankumi yang menyentuh hati aku masa die mempertahankan anak-anak muridnya yang kebanyakannya nakal dan bermasalah adalah
“There are not completely matured yet, so they sometimes make mistakes and do the wrong thing.but please don’t label them delinquents and write them off just for that.It’s just that these guys make more mistakes than others”
Dan alangkah bagusnye kalau semua cikgu berpandangan macam Yankumi.nah, nak tau lebih-lebih pegi tengok dekat link ni.aku rasa apa yang dicakapkan itu ade betolnya.sekolah sebenarnya bukan tempat untuk belajar sahaja apa yang ada dalam buku teks.tapi lebih dari itu.
cikgu, ajarlah mereka semua dengan layanan yang sama.ingatlah, tidak semua mempunyai kekuatan dan kelebihan yang sama antara satu sama lain
Buat cikgu-cikgu semua, dan yang bakal guru-guru semua, tolonglah.jadilah seorang guru yang berkaliber, berwawasan, yang memang niat untuk mengajar anak bangsa.jangan cemari profesion perguruan dengan alas an senang nak dapat kerja.jadi cikgu itu sesuatu yang mulia.bukan berlandaskan kepada wang ringgit semata-mata.ianya bahkan lebih dari itu
Guru yang sebenar akan merasai kepuasan dalam mengajar murid-murid.lagi puas jika dia berjaya membentuk seseorang anak murid dari yang semalas-malas dan senakal-nakal manusia menjadi yang sebaik-baik dan sehebat-hebat manusia.kalau ada anak murid yang bermasalah, tolong jangan double standardkan, layan dengan cara yang lain dan yang penting jangan sesekali berputus asa dengan mereka.siapa sangka, mungkin anak murid yang disangka paling lemah sekali itulah yang akan mengubah dunia.tak caya baca kisah Albert Einstein.
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURUKU.
waaaa ! syok2! heheee . . bez kn bile t'ngat balik zmn skola2 dlu, tmbh2 time tadika . . heee ! btw, congrate's to yoo too, sbb berjaya dapat A1 in sub math for spm !
ReplyDeletehehehe...tetibe lak sedih beb..teringat zaman2 sekolah ku yang tertlalu nakal..kekeke...
ReplyDeletewaa pembakar semangat.hee terer tu a1 mad mod.spm da la susa..
ReplyDelete