Sunday, May 8, 2011

:: SkiM RuMaH PeRTaMaKu: MunGkiN BuKaN SeKaDaR iMPiaN ::


Akhirnya, kerajaan memahami jugak apa yang disuarakan oleh golongan muda baru-baru ini. Ini berita yang aku peroleh tadi dari Bernama hasil dari perbualan PM di Hot fm

Masa mula-mula program Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang memberikan seratus peratus pembiayaan kepada golongan muda yang berpendapatan di bawah 3k sebulan yang ingin memiliki rumah, rata-rata ramai yang mengeluh.

Hey, rumah berharga bawah 220k di Lembah Klang boleh diibaratkan seperti mitos separa dewa Hercules yang dikatakan anak kepada Dewa Zeus.der, sedangkan dekat Bangi pon rumah 2 tingkat dah harga paling koman 300k, ini nak carik rumah 220k yang selesa di Lembah Klang tu.

Pada aku adalah teramat mustahil bagi mendapatkan rumah berharga di bawah 220k melainkan kalau kita beli flat murah sekital Sentul, Cheras dan sebagainya.Apartment pon bolehlah nak sembang-sembang siket same broker kasi jual 200k

Dan harus diingatkan, kenapa ramai golongan muda berpusat di Kuala Lumpur adalah kerana di sini mempunyai lubuk pekerjaan yang meluas.kebanyakan ibu pejabat syarikat-syarikat yang agak bertaraf dunia berada di Kuala Lumpur.

Rumah sudah termasuk di dalam kategori keperluan asas dalam kehidupan hari ini.tak ada rumah kau nak menetap mane? Bawah jambatan? Atau lepak masjid.sekarang ni pon masjid malam-malam berkunci.aku saspek Tok Siak cuak tabung derma masjid kene kebas same mat-mat penganggur.

Dan sudah semestinya memiliki rumah yang selesa menjadi impian setiap individu. Bukan aku cakap duduk apartment tak best. Cuma kau kene piker, kadang-kadang pengurusan apartment pon boleh dipertikaikan. Kalau tak takkan asyik masok aduan rakyat apartment yang lif rosak, berbau. Dah kalau lif rosak rumah tingkat 8, pergh, body ketak-ketak kalau seminggu ulang alik turun naik.

Dan gua harap apa yang diumumkan PM tadi bukanlah satu pengumuman yang bercorak propaganda politik.kadang-kadang aku butthurt betol dengan Malaysia.kalau boleh semua bende nak maen politik hatta pengurusan tadika sekalipon nak dipolitik.gile.macam mati nanti semua title dan jawatan tu Munkar dan Nakir nak soal je.haram la

Jadinya golongan muda seperti aku ni begitu gembira mendengar pengumuman seperti itu. Kalau tak memang aku nak carik kerja nanti jauh dari Kuala Lumpur. Saban hari aku asyik memikirkan bagaimana agaknya untuk aku berumah. Sampai satu tahap aku rasa baek aku beli satu khemah pacak depan masjid negara.pagi-pagi lipat pergi kerja.balek pasang balek time nak tido.

Aku bukan nak cakap ape, pernah aku Nampak satu iklan dekat area Melaka rumah semi-D dua tingkat harga 285k.mane nak cari? Semi d dekat area Lembah Klang? Satu tingkat je pun dah 350k.memang tiap-tiap hari aku makan maggi je nak saving punye pasal.

Dan jugak aku berharap lah, rumah yang dibina nanti bukan setakat rumah sahaja.maksud aku, kalau betol nak bina, bina lah elok-elok.karang tak pasal-pasal runtuh macam dekat Gong Badak.kah kah kah

Tak pasal-pasal Malaysia dituduh melakukan pembunuhan ala-ala Holocaust macam Nazi.jadi, bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, tak salah rasenye untuk semua pihak sama-sama duduk semeja berunding untuk mencari satu keputusan menang-menang.

Mungkin boleh dijadikan satu tanggungjawab sosial pemaju untuk rakyat. Janganlah kapitalis sangat nak mengaut keuntungan.sebab tu dasar ekonomi Islam wajar dicontohi kerana menitiberatkan kebajikan bersama bukan hanya berdasarkan kepada keuntungan dari sebelah pihak sahaja.

Chalo.Assalamualaikum

2 comments:

  1. wah! nice entry! good:)

    ReplyDelete
  2. baguslah kalo jadi kenyataan, rumah sekarang mmg mahal2 kat area sana. adeiiiii...

    Entry terbaru -> 10 Baju Pelik dan Kreatif... (",)

    ReplyDelete