Monday, May 9, 2011

::NuRi SaHiN: SaTu LaGi “KeCeRdiKaN” GaLaCtiCos ::


Tadi pagi masa aku tengah bersarap bersama abah aku, kitorang sama-sama menonton espn news.biaselah.tak lelaki lah kan kalau tak menonton berita sukan.kah kah kah.antara aktiviti perapat hubungan anak beranak.

Makanya, masa tengah menonton, ade satu tajuk yang ditulis Real Madrid membeli midfielder Borussia Dortmund, Nuri Sahin. Teros gua cakap dalam hati, satu lagi pembelian pembaziran dari Real Madrid.aku rasa apa yang Nami, Tehtarikgelasbesar.blogspot bayangkan yang Real Madrid akan gunakan alas an kekalahan dalam Champions League untuk membuang duit membeli pemain-pemain adalah sangat betol.

Beb, kau ni Nostradamus ape? Kah kah.kenapa aku katakan membazir? Tengokla sendiri, dah berapa ramai midfielder yang ada dalam real Madrid.sume bukan name-name picisan.Angel di Maria, Kaka, Xabi Alonso, Samir Khedira, Mesut Ozil, Cristiano Ronaldo, Lass Diara, Fernando Gago, Pedro Leon dan sekarang  Nuri Sahin.


Dan dengan pembelian ini tidak akan menjadikan Real Madrid sebagai pasukan yang terkuat di La Liga.hanya menambah kepada lebihan skuad yang membazir.sebuah kelab yang bagos adalah kelab yang mempunyai asas pemain yang berkualiti.

Cuba tengok dasar Sir Alex Ferguson. Berapa ramai player dari Akademi yang dinaikkan sehingga menjadi bintang.dan sekarang beberapa nama seperti Gibson, Fabio, Rafael, Evans.itu tak kira lagi yang dipinjamkan seperti Cleverly, welbeck, macheda yang ada diantaranya menjadi pemain utama dalam pasukan.

Akibat lebihan pemain dalam pasukan Real Madrid akan menjadikan banyak pemain sukar untuk bermain secara lebih kerap.dan akibatnya bila seseorang player kurang bermain dalam perlawanan yang kompetitif, maka perlahan-lahan skill pemain tersebut akan berkurang.

Player yang berstatus world class atau bintang tidak menjamin sesebuah kelab itu boleh Berjaya.kasi tengok macam Manchester City.berapa ramai player berstatus bintang.dan perlu ingat, kesemua pemain-pemain bintang ini ada ego yang tersendiri.sebab tu kau boleh tengok ape pasal Balotelli ikot suke mak bapak dye pergi baling dart dekat player remaja Manchester City.ini sebab dye ade rase super ego “sebab aku star aku buat ikot cara aku”.

Pasukan yang baik bukan pasukan yang bergantung kepada individu.Setan Merah punye player, Fletcher aku rasa tak seskill Schweinsteiger, Carrick tidak setaraf dengan Ozil, begitu jugak dengan Park Ji Sung, jauh sekali nak dibandingkan dengan Di Maria, apatah lagi Ronaldo, tapi satu yang pasti, mereka bermain dengan semangat berpasukan.

Tak perlu berskil-skil sangat tetapi permainan mereka tetap menghiburkan dengan hantaran-hantaran laju dan larian yang mengelirukan.ini semua kerana Fergushon telah menerapkan falsafah pasukan datang dulu dari segalanya.kemenangan bukan hak milik individu tetapi kemenangan adalah hak milik bersama sebagai satu pasukan.

Dan kepada Nuri Sahin, aku dapat rasakan perpindahan ini bukanlah sesuatu yang bagus.kau nak masok first team Real Madrid, tunggulah sampai Ozil, Alonso, Ronaldo, di Maria, Khedira, Gago cedera dan kau akan dapat peluang.

Kadang-kadang, aku rasa better kalau Sahin ni stay dekat Dortmund.come on, die masih mude lagi.dan kalau die stay dekat Dortmund, bermakna akan banyak match yang kompetitif yang die boleh main.Dortmund juara Bundesliga.depa akan maen dekat Champions League.Real Madrid konfem akan hantar team terkuat dalam Real Madrid.Maurinho tak kan nak gamble naseb die hantar skuad kedua.dan Champions League adalah satu kejuaraan yang paling berprestij.inilah masa kalau Sahin nak membuktikan kehebatan die kalau die masih lagi bersama Borussia Dortmund.

Belajar dari kesilapan Owen.perpindahan ke Real Madrid telah ubah 180 darjah perjalanan karier Owen.Kuatkan dulu skill dan reputasi.Kalau Diego Maradona boleh angkat Napoli jadi Kelab disegani dan jadi legendaris, nah Sahin, jadi Legend dulu dekat Dortmund.

p/s:ini hanya pandangan dan perspektif aku.chalo.assalamualaikum

No comments:

Post a Comment