Monday, May 2, 2011

:: SaTu PeLaJaRaN ::


Baru-baru ini aku sempat pulang sebentar ke kampong tercinta sempena cuti hari pekerja.konon-konon aku pon pekerja walhal masih pelajar lagi.eh, pelajar pon bukan boleh dikira bekerja jugak ke? Belajar adalah satu tugas di mana upah yang didapati adalah keputusan peperiksaan.hihi.ahh, mengarot lah aku.

Jadi masa balek sekejap ke johor tu, abah mengajak kitorang pergi ke rumah kawan die yang jemput datang saje suke-suke sebab dah lama tak borak ngan abah.padahal gua rasa asal balek kampong je selalu je abah jumpe si pakcik Murtaza ni.jadi masa kitorang sampai ke rumah pakcik Murtaza ni, bhai, terperanjat aku tengok rumah die.besar dah macam istana je aku tengok.kereta bersusun ade empat.

Untuk pengetahuan kau orang semua, 20 tahun yang lepas atau lebih, pakcik Murtaza ni menjual buku di pasar-pasar malam dan jugak pasar tani.setiap minggu beliau terpaksa turun ke Jalan Masjid India tu untuk mengambil buku yang disorder.ulang alik JB-KL tiap-tiap minggu.kalau aku patah pinggang kot.

Tapi sekarang kalau tak silap beliau sudah ade 2 buah kedai buku.dan beliau kadang-kadang masih lagi pergi menjual di pasar Tani di mana kalau balek kampong mesti terserempak ngan pakcik Murtaza kalau ikot nenek aku pergi pasar Tani.seorang pengusaha kedai buku menjual buku di pasar Tani.mana nak carik?

Sesuatu yang mengagumkan pada aku adalah semangat dan kecekalan beliau.pada aku kalau seseorang itu tak ade semangat dan kecekalan yang tinggi, tak kan boleh nak Berjaya.setakat bersemangat tanpa ada daya tahan mental yang tinggi memang boleh lingkup di tengah jalan.


Seumpama warna, corakkan ape yang kita suka

Jadi dekat sini aku perasan satu benda.rejeki itu datangnya 9/10 dari berniaga.contoh-contoh dah banyak ade depan mata aku.jiran sebaris aku jual maruku dan hape lagi ntah kerepek2 dekat tepi jalan depan sebuah pasaraya dekat Seri Kembangan.keje tak nampak elitis langsong tapi kereta due.Mercedes salah satunya.rumah dah upgrade 2 tingkat.siap beli van lagi nak angkut barang-barang jualan.
 
Tapi nak bagitau, depa-depa ni semua humble gile.kalau sembang dengan pakcik Murtaza beliau hanya senyum dan cakap bolehla rejeki sikit-sikit.sikit ape kalau dah rumah macam istana.

Dan yang paling utama, macam aku cakap sebelom ni adalah semangat serta kecekalan mereka itu.mereka sangat percaya dan yakin dengan ape yang mereka lakukan.tak kesahlah kerja Nampak tak glamour setakat jual buku dekat pasar malam, tapi lepas tu tengoklah hasilnya.

Bende yang same jugak aku perhatikan dekat abah aku.bukan nak up bapak sendiri bukan.tapi nak bagitau betapa beliau begitu yakin akan ape yang dilakukannya dan bersemangat untuk dibuat.dulu bapak aku pengurus pusat informasi BSKL dekat HQ.dah tu kene monitor lagi branch2 yang laen satu Malaysia.somehow die quit BSKL join Hijrah sebagai Pengarah bahagian Kejurulatihan dan Pendidikan.then die quit lagi dengan 2 orang member dari Hijrah yang then partner same-same tubuh syarikat konsultan.

Dah macam-macam bisnes dah abah aku cube selain konsultan.restoran, bazaar ramadhan.kadang-kadang aku terkilan dekat abah sebab quit dari position die sebagai manager dekat BSKL.tapi abah jawab senang je, dah abah minat berniaga.
Makanya, aku mendapat satu pelajaran yang berguna dekat sini.kalau kita suka apa yang kita buat dan percaya yang kita boleh berjaya dalam bidang yang dipilih, maka kuatkan semangat.tabahkan hati dan banyakkan berdoa.untung rugi dan rejeki itu kemudian kira.benda-benda macam tu jangan difikirkan sangat.rezeki merata ada.kalau kite kuat berusaha dan tak  ade putus asa, insyaallah lah kite akan dapat ganjaran

Cume nanti bile dah berjaya, janganlah nak berhidung tinggi sangat.takot nanti kalau tersembam dekat tanah patah pulak hidung dah tak pasal-pasal kene terbang ke Rio De Janeiro tak pasal-pasal nak bedah hidung kasi tinggi melangit balek.hihi.

Chalo.assalamualaikom

2 comments:

  1. ye,berusaha tuk dapatkan kejayaan:)

    ReplyDelete
  2. memang betol.dalam byk2 bidang,berniaga la yg paling untung skali.rezeki murah dn cepat.tak dinafikan,mula2 start bniaga mcm ape je kan,kalu bukak gerai makanan,org tak singgah. bile bukak kedai brg2 ape,org tak dtg beli pon,jeling pon tak.modal rugi beribu ribu,ade org kesah?kite yg tggung sume tu.tp percayalah,kalu ade usaha dgn penuh sabar,tak putus asa,rezeki tu sekejap je.saat kita rasa mcm berputus asa,saat tu jgk kite x sedar bile kite bjaya. tu sume kuasa Yang Maha Esa. apepom kerjaya kite,nawaitu harus diutamakan ;)

    ReplyDelete