Salam Salutasi kepada semua penggiat dan pengkarya muzik tanah air
Dalam 2,3 kebelakangan ni, aku bukak paper, baca blog dan beberapa sumber dari internet, salah satu isu yang tengah hangat diperkatakan adalah mengenai kemunculan dua tiga kumpulan yang dikatakan meniru ala-ala korea.
Nak kata mengambil inspirasi tu rasenye kalau tengok dari segi gaya dah bukan mengambil inspirasi dah, tapi dah rasanya macam menciplaksi *baru gune dari Kamus Naim Dan Bahasa*.silap haribulan kalau aku tengok sendiri depan mata aku agaknya aku boleh berpikir mane lah negara diorang ni asal.
Tetapi, signifikasi dari kemunculan kumpulan ala-ala K-pop dah buat aku rasa muzik Malaysia dah tak ade penyanyi or group yang betol-betol berpengaruh ke sampai rakyat negara ni nak menyalut muzik dari negara orang. Bukanlah aku nak kate tak boleh nak implimasi tapi kalau dah sebijik itu rasenye bukan implimasi dah, dah rase macam meniru.
Kadang-kadang, aku wonder jugak.ape yang bestnye pasal kumpulan K-pop ni sampai semua orang dah rase macam kene fenomena dengan muzik depa ni.udahlah sepatah haram pon aku tak paham ape yang diorang nyanyi, lepastu yang lebihnya aku tengok menari je.der, kalau setakat nak menari aku rase dance crew kat Malaysia ni berlambak.Battle Dance pon bersepah.
sampai bila nak tunggu untuk artis malaysia diberi peluang ade konsert sendiri?
Ini bukan entri nak slam or entri nak menghentam.tapi ini just lebih entri kepada kekesalan kerana warga Malaysia sendiri sudah tak berapa menghargai kewujudan muzik Malaysia sendiri.pemuzik dekat Malaysia dah macam pemintak sedekah je aku tengok nak buat show dalam negara sendiri tapi artis dari luar datang Malaysia tarak hal la wa cakap sama lu.
Kadang-kadang entah hape-hape artis pon tibe-tibe gua tengok kuar tibi buat sidang media company itu, company ini sponsor artis luar negara ni buat full concert skala paling koman 2k punye crowd
Ini ape cer ni? Paling-paling artis Malaysia nak buat showcase pon kalau dapat sponsor sebijik je pon dah kire lebih dari cukup dah.itupon sikit2 showcase dekat Hard Rock Cafe.kot kalau nak dapat duet lebih siket tunggulah special event macam Minggu Setiausaha atau apa-apa Minggu yang muncul dalam akhbar.
Cube kite tengok dari segi minded.kenapa muzik K-pop, Britain Pop, Amareka dan mungkin jugak Indonesia seberang kita ni boleh maju sampai tembus pasaran luar negara? Ini sebab mentaliti warganegara sendiri yang menyokong hakcipta dan keluaran dalam negara sendiri.
Cube tengok macam mane Amareka mengkomersialkan muzik diorang dengan memaksimumkan penggunaan media tak kire lah internet, suratkhabar, majalah mahupon telebisen.
Mentaliti, belajar dari Indonesia macam mane mereka begitu bangga dengan muzik mereka sendiri sampaikan artis luar negara nak lagu kene putar dalam radio tempatan pon payah bebeno nak dengar.walaupon kadang-kadang aku geram dengan orang Indonesia ni somehow ade certain mende jugak aku respect kat depa ni macam dalam hal ni.
Cube tengok mentaliti kita.bile disebut aje pasal muzik Malaysia ada yang cakap low class.bile ade je konsert, rm30 pon tak boleh nak contribute. Tapi artis luar negara tiket paling murah RM150 ape ada hal.ekslusif tu
Sebab tu aku berani nak cakap kalau aku tanya sape Narmi, Underheadlights, Komplot, Pesawat, Nitrus, Statik mesti sume dok ternganga.tapi cube sebut siket luar negara, Maroon 5, Peterpan, Radja ape jadah lagi sume pergh laju siap boleh bagi tajuk lagu lagi.siul2 nyanyi lagu diorang pon boleh
Stesen radio lagi satu.kadang-kadang kalau aku sorang-sorang dengar lagu dalam kereta dah rase macam bukan dok dalam Malaysia lagi dah.nak menunggu lagu Malaysia kalau dari Serdang sampai ke Kolumpo tu boleh dibilang pakai sebelah tangan je lah aku cakap.eh, ini Malaysia ke oversea punye radio ni? Kuat pulak transmitter luar sampai Malaysia.
Sebab tu dari dulu sampai sekarang masok je kereta dengan makbapak aq semua satu family kene dengar X-Fm.stesen ni je yang memainkan seratus peratus muzik Malaysia.aku rasa sampai sekarang lagu yang jadi juara dalam carta dekat Xfm lagu Gelap dari Band Statik tak pernah kene putar lagi dekat stesen radio yang laen.aku raselah.lagu baru popshuvit Nebula 11 dah jadi hits jugak dekat Xfm pon x pernah dengar lagi.
So mintak maaplah kepada sesape yang terase dalam entri aku kali ni.aku bukan nak menghentam jauh sekali nak marah.cume ade bait-bait kekesalan dalam diri aku atas ape yang terjadi dekat industry muzik Malaysia sendiri.ini yang aku tengok dari perspektif aku sendiri.perspektif orang lain aku tak tau.
terime kaseh kerana teros menyokong muzik Malaysia
Tengok pemuzik Malaysia dah macam nak kene menadah macam mintak sedekah mintak kita support muzik dan produk depa keluarkan padahal ini negara sendiri.aku boleh terasa jugaklah walaupon aku bukan ahli kugiran mana-mana cume aku suke muzik Malaysia.
Muzik Malaysia tak de lah terok dan tak berkualiti seperti yang korang sangka.instead of nama-nama besar macam wings, search, Azlan & typewriter, Hujan, Bunkface, scene muzik Malaysia banyak lagi keluaran yang bermutu.
Narmi, Pesawat, Aizat Hamdan, Nitrus, One Buck Shot, Statik dan ramai lagi sebenarnya pemuzik handalan dalam Malaysia ni.Janganlah kita nak mengagungkan sangat muzik dari luar negara sampai kite terlupe kepada para pengkarya yang boleh menggarap sebuah masterpiece dalam industry.
Sape cakap Muzik Malaysia takboleh tembos luar negara? Pop Shuvit dan Couple dah lepas pon.
Chalo.Assalamualaikom.
sempoi...!
ReplyDelete