Assalamualaikum.di kala keheningan malam dengan angin kipas yang menderu-deru, aku berpeluh-peluh hatta kipas telah dipasang dengan kadar kelajuan yang paling tinggi hingga kemungkinan untuk kipas tercabut untuk bertukar jadi shuriken gergasi adalah sebanyak 70.88%. mungkinkah fenomena La Nina yang asyik menyebabkan hujan menjadikan bumi Malaysia sedikit panas hasil tarikan haba ke atas yang membentuk awan hujan?
Entah, aku bukan pakar geologi dan astronomi.jadi di kali ini, aku mahu berhikayat sedikit mengenai satu perkara di jaman-jaman aku memakai baju putih, rambut sikat tepi berminyak dan kasut hitam berkilat.ya di jaman sekolah menengah.
Aku dulu sekolah menengah sains.hakikat yang sebenar walaupun aku sekolah sains, tetapi aku tidak mempunyai otak yang berpikiran sains.seringkali kalau periksa untuk kertas 3 bahagian eksperimen subjek pijik dan kimia aku kosong, begitu juga dengan kertas due.gua bukan sains hater, cume lambat nak loading. Dan hasilnya spm pijik same kimia aq hanya mampu dapat C6.mintak maaplah cikgu, dah sehabis baek dah cuba.itu je rezeki yang boleh dapat
Tetapi, di sebalik tekanan itu, aku sentiasa bahagia semasa di dalam kelas sejarah.ya matapelajaran yang paling aku minati adalah sejarah.asal matapelajaran sejarah mesti aku yang paling hiperaktif sekali bertanya dan cube untuk menjawab soalan walaupun majoriti akan tido sambil buat muke tersengguk-sengguk.paling dahsyat siap buat peta New World.
Sebab utama kenapa aku minat dengan sejarah ialah sejarah mengajar kita tentang cara-cara survival makhluk manusia dari jaman nabi adam lagi sehingga sekarang.amat takjub sekali melihat kepada survival homo sapiens.
Tapi apa yang menyedihkan aku adalah, mata pelajaran sejarah seolah-olah diabaikan sehingga dipandang enteng banyak pihak.ramai beranggapan sejarah sekadar lulus sahaja sudah cukup.tak ape sejarah dapat gred C,D janji jangan matematik, pijik, add math, chemis, bio dan lain-lain dapat A++++++.
Aku rasa, mesti mereka semua lupe pesanan George Santayana dalam muka depan buku sejarah yang mencatat mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.di dalam sejarah, sudah banyak yang kita belajar tragedi dan jugak revolusi yang berlaku.seperti contoh, kerakusan dictator Benito Moussolini yang rakus mengerah rakyat itali menguatkan pertahanan untuk menggapai impian agar itali sekuat empayar Rom.akibatnya, rakyat yang muak mengguling pemerintahan dictator beliau.
Dan hari ini kita dapat lihat kembali situasi yang sama berulang kembali.rakyat menolak pemerintahan bercorak dictator seperti di Mesir dan Algeria.beberapa negara sperti Syria, Bahrain juga berpotensi untuk bertukar pemerintah yang mengamalkan corak pemerintahan dictator.
Dan atas sebab itu pentingnya penghayatan sejarah di dalam kurikulum Pelajaran KBSM dan KBSR Malaysia.sekarang ini sudah terlihat bibit api percakaran dalam negara.takkan kita tak belajar lagi dari tragedy 13 mei? Dan gua rasa jugak, kalau semua orang baca balik dan faham perutusan kemerdekaan serta perlembagaan Tanah Melayu pada jaman dahulu, mesti semua faham.
Jangan kita hanya menghafal Perancis mengalami Revolusi pade tahun 1789-1799, tapi harus difahami kenape revolusi berlaku
Tetapi silapnya cara matapelajaran sejarah diajar. silibus pada aku tidak ada silapnya.Cuma pada cara pembelajaran.pelajar diajar untuk menghafal sejarah which is pada aku tidak betol sama sekali.kalau orang cakap sains mesti difahami, begitu jugak sejarah.tak boleh lah kite go through hafal membabi buta tanpa faham mengenai sesuatu sejarah itu.sebagai contoh, kita hafal mengenai sejarah perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 yang bertujuan untuk menyelesaikan persilisihan faham antara kedua-dua pihak.tetapi kita harus faham kenapa perjanjian itu dibuat dan atas sebab apa perjanjian itu dilakukan.
Sebab itu kadang-kadang murid tido mase cikgu ajar sejarah.lepas tu focus hanya topic yang exam.soalan jawab pon jawab macam exam.bukan untuk difahami.kalau di Amerika, kadang-kadang diorang siap bawak pelajar pergi fieldwork dengan buat lawatan ke muzium-muzium.cara pembelajaran pon tak bosan di mana para pelajar bebas membuat tafsiran sendiri.
Okayh, gua hanya bagi cadangan saje.sebab pade gua, tak adillah kalau pergi sekolah subjek2 sains ditekankan gile2 mesti cemerlang mase periksa tapi subjek sejarah kadang-kadang kene bagi laluan dekat subjek-subjek sains untuk kelas lebih masa.
Kalau nak pelajar dan generasi muda ade semangat cintakan negara dan berpengetahuan, tekankan sekali sejarah.amat berbaloi sekali belajar sejarah.sebab bak kata George Santayana “Mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”.
Chalo, Assalamualaikom.
"aku berpeluh-peluh hatta pisang telah dipasang dengan kadar kelajuan yang paling tinggi...." ???
ReplyDeletewee~
kah kah.tertypo la plak.semangat sangat nak menulis.kih3.thanks sebab perasan =)
ReplyDeletepisang?? ahahaha
ReplyDeletetapi kan.. orang yang melupakan sejarah akan mengulangi sejarah.. =P
n sejarah memang sgt mengantok..
dhilla: haha.tadi ade typo sikit.dah betolkan.mengantok ke? sejarah best kot.hihi.lagi2 kalau belajar pasal zaman renaissance.bes2 =)
ReplyDelete