Thursday, May 5, 2011

:: MeNCaRi iDea DaLaM MeNuLis Di BLoG ::

Ade lah dalam 2 minggu lepas, aku lepak same-same dengan salah seorang admin Sahabat Blogger, Ashraff Nizam.sempoi habes aku cakap mamat ni.even aku rase tak seorang pon dari kalangan lebih 6k ahli SB tu yang tau die salah seorang pengasas Sahabat Blogger selain dari Amal Esparza. Tapi die rilek je.die cakap objektif utama die nak tubuh SB dah tercapai.yang laen orang kenal ke tak die letak belakang.


Okeyh, bukan pasal lepak ngan die aku nak cite.tapi mase lepak tu, die cakap, weyh entri ko panjang berjela, mesti lame ko pikir idea nak garap kan? Tapi macam mane kau pikir idea?

Memang Majnun betol acap ni.padahal die jugak bagitau aku nak buat entri cube piker macam buat assignment.macam dekat Universiti.eh, gua Kolej Universiti saje.hihi.tapi bak kata acap, antara cara utama nak pikir dan hasilkan satu penulisan entri adalah dengan meletakkan satu assignment terhadap entri yang kita nak garap

Idea? Sebenarnya banyak cara yang boleh nak buat untuk dapatkan idea. Aku bagitau, selalu idea ni boleh muncul sama ada mase aku tengah tengok tibi, lepak borak-borak, sembang same encik abah, melalui pembacaan dan jugak melaui blog-blog laen yang aku lawat.

Kadang-kadang, idea dapat bukan kalau aku dok bace entri blog orang.kang tak pasal-pasal aku dituduh plagiat.mane tau kena saman.orang jaman sekarang ape ade hal.tapi aku kadang-kadang dapat idea melalui komen-komen dari pembaca blog tersebut.

Menggarap idea itu tidak mudah, tapi kalau ade caranya boleh mencurah-curah


Biasalah, kadang-kadang mase menulis, ada masa kita tertinggal isi-isi laen dalam penulisan.dan itulah gunanya komen dari pembaca yang tolong memberikan jugak pandangan die terhadap isu yang diutarakan sampai boleh jadi satu entri yang laen kalau pandai nak kembangkan idea.

Dan gua nak berhikayat dekat sini, kalau nak senang lagi dapat idea, apekata kau orang beli buku contoh karangan SPM atau STPM? Kah kah.agak ganas bukan idea aku.tapi sebenarnya berlambak idea yang boleh korang dapat dalam buku tu.pandai-pandailah korang korek-korek, wat rangka, badan, cari isi.eh, macam tak pernah buat lah pulak.

Tapi janganlah pulak pergi amek tajuk dari buku tu.tajuk entri nak kene striking jugak.ni yang gua belajar dari brader-brader otak gile-gile macam Cobb Nobler, Penulis Sahaja, Aqram dan yang seantena dengan mereka-mereka ni.dah kalau kau orang pegi copy paste sebijik tajuk dalam buku contoh karangan tu, tak ke nanti panjang bebeno? Nak-nak kalau tajuk die, “Malaysia sedang menuju kearah Wawasan 2020, sila berikan pandangan anda dalam mencapai misi dan visi tersebut

Perkara yang baek pasal tajuk tu tak mustahil boleh jadi SEO punye entri.kah kah kah.yang pelik orang akan ingat ini blog contoh karangan-karangan peperiksaan.

Same jugak masa tengok tibi.kadang-kadang aku tengah tengok cerita boleh teros keluar idea nak buat entri. Contoh, korang tengah tengok History Channel peperangan mempertahankan Baitulmaqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dari Richard The Lion, raja England.tiba-tiba korang dapat idea nak buat entri pasal mende ni.

Silap haribulan, bukan setakat pakar-pakar sejarah yang singgah, pelajar yang tengah buat tesis dalam pengkhususan sejarah Baitulmaqdis pon boleh menepek singgah masok blog korang.nampak tinggi tak khayalan yang aku cipta ni?
Idea jugak mungkin boleh diperoleh dari isu-isu semasa.cume yang penting pastikan fakta yang tepat semasa menulis.jangan main pakai bantai ikot suke hati mak ayah kau pulak kau tulis.

Dan yang paling penting kalau boleh, idea yang bernas dan berilmiah lah yang dimasokkan ke dalam blog.ape ade hal.sumbang ilmu pengetahuan sikit ke dalam blog.eh, lupe, dalam Blogger.com  takde terma dan syarat entri kene berilmiah sangat.terpulang pada masing-masing.

Aku rase dah banyak lah ni kot aku berceloteh.rasenye dah boleh lah kot amek siket-siket idea dari entri aku ni.kalau korang dapatlah.dan korang, menaiplah dengan gembira.letakkan seluruh diri pada penulisan korang.oh ye, kalau korang ade idea jugak macam mane nak menulis, sile lah bagitau, bolehlah aku update sehari sampai seploh kali.kah kah kah.

Chalo.Assalamualaikom

3 comments:

  1. macam saya kadang2 takde idea gak nak tulis apa dekat blog. hiks

    ReplyDelete
  2. hehe.mungkin sarah boleh cube cara amek idea dari buku contoh karangan? hehe.kadang2 saye pon amek dekat situ je.haha

    ReplyDelete
  3. aku pon x der idea....
    aku g berak pom aku tulis

    ReplyDelete