Friday, April 29, 2011

:: HiDuP JanGaN HaNyA BeRsErAh PaDa TakDiR ::

hidup ini perlukan usaha

Masa aku buat latihan praktikal dekat Lembaga Zakat Selangor dulu, satu jawapan yang sering terkeluar dari mulut mereka yang memohon bantuan dari zakat adalah, nak buat macam mana dik, dah takdir macam ni.itu baru masa buat latihan praktikal, belom lagi nak dikira kalau-kalau masa aku tengah duduk melepak sembang-sembang dengan kawan dekat mapley, bile mane sume dok sembang pasal hal stadi mane member yang dah malas nak sambung stadi akan cakap ala korang pandai, aku ni belajar macam mane pon tak pandai-pandai jugak.

Bile bercakap tentang takdir, mesti akan ade yang bercakap macam ni, ala senah, ko belajar tinggi mane pon kalau dah itu takdir kau nanti, same je.hanya berharap pada takdir which is pade aku adalah sesuatu yang amat salah sekali.

Dulu aku pernah tanye dekat ustazah aku pasal qada’ dan qadar ni, aku tanye, “ustazah, kalau betol lah Allah tu dah siap2 tulis pasal ketentuan kita kat Loh Mahfuz, baek kite tak payah buat ape-ape.sebab nanti itu jugak yang jadi dekat kita” –soalan dari budak tahun 5 yang ghairah nak tau pasal itu dan ini.moga diampunkan dosaku masa itu sebab bertanya soalan macam tu-

Dan ustazah aku pon dengan tenang sahaje menjawab “ betol, tapi kene ingat, kite boleh berusaha nak merubah mende tu dengan usaha.sebagai contoh, nak lintas jalan, tapi kite main redah tak toleh kiri kanan, ade kebarangkalian untuk dilanggar oleh kereta.tapi cuba kite berhenti sekejap, tengok kiri tengok kanan, i’allah kebarangkalian tu kurang”

Senang sahaje ustazah aku menjawab.dan sampai sekarang aku masih teringat-ingat lagi jawapan yang ustazah bagi.memang betol cakap ustazah.tak semestinya kita menjadi seperti apa yang sudah tertulis buat kita kalau kita sudah berusaha sehabis daya dan bertawakal kepada Allah.

Hari ini sesudah 10 tahun aku membuat persoalan terhadap ustazah itu tentang takdir, maka aku sudah berjaya membuat kesimpulan, hidup jangan hanya berpaksikan pada takdir, kita sendiri yang nak kene berusaha merubah takdir.
Sepatotnya setelah kita berusaha dan mendapat hasilnya, barulah kita cakap sudah itu sahaja ketentuannya.ade beza antara takdir berusaha dan takdir yang malas.sebagai contoh, hidup manusia, setiap manusia berkongsi takdir yang sama.Mati.kalau adepon yang boleh hidop sampai hujung zaman akhirnya mati.

Semua orang tau yang dia bakal mati, buat apa sekalipun sudahnya mati jugak.dah tu baik kita duduk diam je tak payah buat apa tapi tunggu je mati.tak gitu?

Sebab itulah kene ade usaha.kalau tak ade usaha sampai ke sudah memang begitu lah jugak hidup.Gua amek contoh Alexander Graham Bell.kalau die takde usaha nak cipta telefon sudahnya sampai ke sekarang aku rase kita masih lagi nak pakai Homing Pigeon untuk menghantar surat.kalau Wright bersaudara taknak berusaha lagi untuk cipta kapal terbang lepas dah berapa kali terhempas dan terima saje takdir memang kita semua duduk atas bumi je mesti sampai sekarang takdenye Soviet berjaya cipta roket yang membawa kepada Yuri Gagarin berjaya terbang ke angkasa lepas.

Dan kau kene ingat, bab-bab usaha ni bukan sekali kau usaha kau teros dapat.tengok pengalaman hidop aku sendiri, penoh dengan cerita kegagalan.jaman aku sekolah dulu aku rase aku dah berusaha habis mati masok kelas tambahan itu, kene pegi bengkel ini dan hasilnya aku punye result spm average jugak.takdelah excellent mane pon.memang aku kecewa.tipulah kalau aku cakap aku hepi dengan result spm aku

Tapi macam ustazah aku cakap lah, kalau betol aku berusaha, satu hari nanti pasti aku akan dapat balasannya.dan aku rase kebenarannya.setelah berbagai-bagai bende yang aku usaha akhirnya tanpa aku sangka, di jaman aku di Kolej Universiti hamper setiap semester aku dapat dekan.pade aku satu benda yang amat pelik tetapi sungguh menggembirakan kalau nak dikire prestasi aku di era persekolahan.

bila dah berusaha apa yang terjadi barulah takdir namanya

Bukan aku nak berlagak tapi aku cume nak berkongsi iktibar dan kisah buat korang semua.jangan sesekali menyalahkan takdir hidup kita.memang betol Allah dah cakap lahirnya anak adam itu ke dunia, sudah tertulis baik buruknya rezekinya di atas muka bumi ini, tapi benda-benda tu semua hanya Allah sahaja yang tau.kita sebagai manusia kena lah berusaha untuk merubah nasib kita.

aku percaya yang miskin tak kan selamanya nak jadi miskin, macam yang bengap air macam aku ni tak kan selamanya aku nak terima takdir memang aku tak pandai, lepas tu kecewa dan terima sahaja nasib dan takdir aku macam tu.tak kan lah.mesti akan berusaha nak menggapai impian.

Gua rase eloklah kita fikir-fikir balek atas ape usaha yang telah kita buat selama ni.jangan hanya nak menyalahkan takdir kalau kita nak berjaya contoh dalam paper matematik tapi stadi matematik satu hari buat satu soalan je.memang salah sendiri lah tu

dan ingatlah, Allah s.w.t telah bersurah di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum itu kecuali Kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka”

Maka renung-renungkan dan assalamualaikum

::footnote: hayat punya tujuan bukan mainan jika dipersia pasti merugikan ::

Thursday, April 28, 2011

:: WhiRL ::



I’ve been staring at my screen
Thinking of you and all our dream
My cheeks hurt  from smiling
Could it be because your eyes
Mesmerize me?

And i don’t mind at all
Because I’m enjoying this freefall

c/o
Owh how you make me whirl
Twist and turn and twirl
And when you bite your lip girl
Twist and turn and twirl
And when you smile
It carries on for mile
Owh girl you drive me wild

In real-time we sing
In real time we laughing
And you don’t miss a beat
Cause you got front row seat

So please don’t mind at all
Just sit back and enjoy this free fall

(repeat c/o)

I love the way you smile
Inhale deep breath
I’m in your spell

(repeat c/o)

First time dengar lagu ni dekat xfm lebih kurang sebulan lepas teros aq jatuh cinta
Lagu yang senang, rileks dan melodi yang indah
Lirik yang ringan serta penyampaian yang style, aku rase nak bagi lagu ni 5 bintang
Setakat Bruno Mars aku rase senang je si Narmi ni nak tapau
Owh, lupe, die adalah drummer untuk one buck short. Tapi gua agak amaze jugak die berkemampuan bermain gitar dan menyanyi dengan tervaek sekali.silap aribulan aku rase onebuckshort pon boleh kene overshadow ngan Narmi

Sape cakap muzik Malaysia tak best? Ni satu lagi contoh aq nak tunjuk kat korang.open your eyes guys.jom sokong industry muzik malaysia

:: Footnote: di’Whirl’ oleh Narmi.celake.aq dah addict ini lagu ::

Tuesday, April 26, 2011

:: KaDaNgKaLa KiTa TeRLuPe KiTa SeMua BeRKoNgSi ::

Hari ini arus pemodenan terus-terusan menghanyutkan kita semua
Di dalam pemikiran kita hanya kerja, mencari pendapatan, ilmu dan bila badan lelah, kita mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang melanda

Dasar kapitalis telah meletakkan satu hukum
Siape yang berusaha lebih, die akan mendapat lebih
Maka manusia berlumba-lumba mengikut hukum kapitalis, berlumba-lumba mencari emas yang lebih kerana mengikut hukum dan peraturan kapitalis, mereka yang berusaha lebih akan mendapat lebih

Bentuk dasar kapitalis ini yang dikenali sebagai system tak terkawal ataupun Laissez faire telah membenarkan individu untuk mengaut segala jenis harta dengan berproksikan kepada keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kebajikan yang laen.

Lantas, timbul satu monolog di dalam hati manusia
Aku yang berusaha untuk semua ini
Aku yang bersusah payah kerja terok-terok nak dapat semua ni
Nape aku nak senang-senang kongsi ngan orang laen?
Kalau nak usaha sendiri la

Haha.gelak
Owh, kau taknak berkongsi eh?
Haha.bagoslah macam tu
Sebab kau pon lupe yang tanpa sedar kau pon sebenarnya berkongsi dengan semua manusia di dunia

?.Hairan
Kenapa pulak aku berkongsi
Rumah ini, aku yang beli sendiri, kereta ini, pakai duit aku sendiri beli, baju-baju ini, hasil usaha dan titik peloh aku sendiri

Baeklah, kau tak sedar sebenarnya, kau berkongsi
Cube kau tengok sekeliling kau
Udara yang hirup, yang bagi kau bernyawa ni
Bukan ke kau kongsi dengan makhluk tuhan yang laen?
Bumi yang kau ade sekarang ini, tempat yang kau menetap sekarang ni
Bukan ke kiri kanan kau ade jugak manusia di atas bumi ini?
Dah tu kau tak nak kongsi duduk same-same atas bumi ni kau nak duduk mane? Dalam mantel, bahagian teras bumi yang membakar? Atau di planet merah marikh yang berdebu?

Mungkin penerangan dari segi spiritual ini kau tak fahami
Baeklah, mari kita tengok pulak dari segi material
Kau kata rumah tu kau yang beli, kau yang punye
Betol, tapi siape yang tolong bina rumah kau itu? Sape yang dok menyimen dan mengangkut bata demi menyiapkan rumah impian kau itu?
Kereta yang kau ade, kau kata kau yang empunya
Tapi siape yang tolong pasang spare part, body, tayar, masok enjin sume untuk bagi kereta tu berjalan?
Jawablah sendiri.semua tahu jawapannya
Mereka telah berkongsi keringat dan tenaga demi memberikan keselesaan buat kau dan aku juga.

sharing is caring.semua cakap macam tu tapi tak pernah betol-betol paham makna ayat tersebut

Lantas sebab itu beringatlah
Segala yang ade di muka bumi ini semuanya Yang Maha Esa di atas sane
Kite sebenarnya hanya peminjam, bukan pemilik
Bile-bile yang die mahu kembali senang sahaje ditarik
Sebagai peminjam, tidak salah sekiranya kite saling berkongsi antara satu sama lain
Itulah gunanya hati yang dikurniakan
Gunanya untuk berkasih-sayang dan saling menanam sifat bantu membantu antara satu sama lain

Memang fitrahnya manusia
Insan itu juga bermaksud terlupa, pelupa
Mungkin sebab itulah kadangkala kite terlupe bahawa kita sebenarnya berkongsi antara satu same lain

It is intriguing and annoying to think that all those creep keep saying that i work for that and it’s all mine without thinking that all come from the earth and forget that there’s only 1 earth for all not 1 earth for 1 people –naim-

Picture credited to amolife.com

Sunday, April 24, 2011

:: EGOiS ::

Sekali lagi mari kita membaca satu lagi entri yang dititipkan khas dari adilla azlan buat semua pembaca blog ini

Bila tiada, baru terasa sangat kehilangan. Itulah padahnya bagi orang yang tengah bercinta, punya ego setinggi gunung Everest. Kalau nak bercerita tentang ego, fuuhhh, sampai ke esok pun tak akan habis. Tapi takpe, sekadar untuk berkongsi saja untuk entri kali ni. 

But before that, dengan rasa rendah dirinya, aku nak ucapkan trillion terima kasih pada besties aku a.k.a. tuan empunya blog iaitu Naim Noor ‘Alim kerana sudi memandang entri aku yang hina lagi tak seberapa ni. “Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.”

OK, back to the topic. “EGO”. Yes. Adakah and seorang egois? Aha. Yeah, pasti sangat-sangat ramai yanag terasa dengan entri kali ni. Tapi chop, bukan nak fire sesiapa, tapi sekadar peringatan dan pengajaran kepada semua pembaca. Do i make myself clear enough? Korang ingat ego ni hanya ada dalam kes bercinta je ke? Ramai lagi yang tak sedar…..

Kes 1.
Bercinta dah bertahun. Tapi still lagi ada isu, “Eh kenapa perempuan pulak yang kena sms dulu, sepatutnya lelaki lah yang kena start dulu.” Come on la para perempuan di luar sana yang sedang bercinta, dalam proses bercinta tak pun yang bakal bercinta. Jangan punya ego yang menggila. Pleasepleaseplease. 

Ini akan menyebabkan si teruna lagi akan tercabar. Maka, maka dan maka. Perang ego akan tercetus! So bila dah mula berperang, agak-agak siapa yang akan mengalah dulu? Ke memang tak akan ada sesiapa antara teruna mahupun dara yang akan mengalah? Dan pengakhiran kepada cerita? Anda sendiri yang fikir dan tentukan. 

Kes 2.
Entah sampai bila nak menangkan rasa ego sampai Dia kau taknak sujud. Kau memang punya harta, mewah segala. Tapi ingat, kalau tetap dengan ego kau yang tak nak lagi mengakui yang kau tu hambaNya, maka akan sia-sialah dugaan harta menggunung yang Dia bagi pada kau. Kau telah kalah dengan ujian daripadaNya. Kau kena ingat, Dia Maha Adil. Dalam sekelip mata Dia boleh rampas semua yang Dia telah pinjamkan pada kau. 

Ingat ya, kau hanya MEMINJAM daripada Dia. Apa yang susah sangat? Solat 5 waktu sehari. Jangan nak bagi alasan kau tak sempat nak solat. Ada kau pergi tandas tak hari ni? Makan? Layan net? Ada tak? Oh sempat? Tu semua sempat, kenapa solat kau tak sempat? Cuba kau fikirkan. Kau jangan lupa, kita semua akan kembali padaNya. Tapi takkan kembali dengan hati yang kosong? Tak punya iman dan amalan di dada? Jadi untuk apa kau dijadikan hambaNya? 


tidak salah jika masing-masing saling meruntuhkan tembok keegoan yang menjalar

Kepada pembaca yang budiman sekalian… Ingat, dalam hidup, bukan ‘cinta’ sesama manusia sahaja yang boleh dijadikan topik utama dalam kehidupan seharian. Memang tidak dinafikan itu adalah fitrah kejadian manusia. Tapi, fikirkan sejenak apa sebab utamanya kita dilahirkan di dunia yang fana ini.

“Cinta yang kekal abadi hanya cinta pada Ilahi…”

Saturday, April 23, 2011

:: SeKaDaR MoNoLoG ::


gambar sekadar hiasan

“Kalau Solat Jumaat pon dah jadi sunat untuk kau
Siape nak mandikan aku bile aku mati nanti?”

Sekadar renungan
Bukan provokasi jauh sekali mahu berkonfrontasi
Tapi ingatlah, akal itu membezakan kita dengan makhluk Allah yang lain
Fikirlah dengan sebaik-baiknya
Jangan sampai satu hari nanti kau menangis dan menyesal atas segala tindakan dan keputusan yang diambil.jujur pada diri sendiri

:: footnote: kadangkala kite perlu buat entri berfikir ::

Friday, April 22, 2011

:: BiLa TeRoS HiDuP DeNGaN MaSa LaMPaU ::



I have memories - but only a fool stores his past in the future.  ~David Gerrold

Kite bercakap tentang masa sekarang
Masa yang sedang kita lalui
Bukan masa yang telah kita lalui, yang telah kita tempuhi

Hey chill on, kenape perlu nak menoleh kembali ke mase belakang?
Tak kire ape juga kau lakukan, mase itu tetap tak dapat dianjakkan semula
Owh, jadi aku dah tak boleh betolkan kesilapan yang lepas ke?
Haha.gelak

Berapa ramai hari ini yang apabila kita buka suratkhabar
Mengambil jalan singkat, bila sahaja hidup tidak menepati ape yng dijangka, teros bunuh diri

Oh, murahnya hidup kau
Macam kau akan ade penghidupan yang lain di alam yang same
Ye betol, kau ade penghidupan lain, tapi di alam yang kekal abadi
Dan mesti kau menyesal sebab kau tidak menikmati alam yang sementara ini

Haha.gelak lagi.entah kenape aku suka tergelak bila menaip
Mungkin sudah jadi habit.tabiat.takpe gelak adalah cas positif dalam badan.mengurangkan kemurungan

Sesetengah dari kita sebenarnya suka hidup di dalam masa lampau
Dan bila mereka mengenangkan masa lampau dan membandingkan dengan masa sekarang, mereka akan berasa sedih dan tidak selesa
Aku selalu butthurt dengan sesetengah orang yang hidup di jaman 70an, era-era mokhtar dahari
Sebab setiap kali aku tengok bola yang ade Malaysia maen
Mesti akan keluar ayat, “alah, bola macam tu pon bole lepas? “ takpon, “depan gol pon tak bole skor?” itu kalau mokhtar dahari senang je
Dan mereka teros hidup dalam kenangan zaman 70an
Tanpa sedar 2000an menjelang dan Malaysia dah menang emas sukan SEA dan juga juara kejohanan Asia Tenggara

Itu satu contoh kalau bola.tapi selalu yang suke hidup di zaman masa lampau ni orang yang putus cinta, jatuh muflis, kene buang kerja dan sebagainya
Nanti mesti diorang akan duduk lepak tepi tebing, jambatan.pikir sorang-sorang
Ingat balik kenangan zaman dahulu.lepas tu mengalami kemurungan dan sedar tak sedar hilang semangat hidup

Dear people, tidak salah sebenarnya untuk ingat kembali masa lampau yang kita panggil memori
Kadangkala memori itu yang membantu menguatkan keazaman kita dalam meniti kehidupan yang penuh likuan
Dulu kau pernah jadi pelajar cemerlang, maka memori itu jadikan sebagai azimat untuk kau teros hidup sebagai yang cemerlang, teros berusaha demi masa depan kau

Yang menjadi satu permasalahan ialah bila kau terus-terusan hidup bermimpikan yang semalam tanpa mahu melalui hari ini
Kau membunuh roh kau sebenarnya
Hidup hanya sekadar jasad tanpa roh adalah menyeksa
Jangan begitu, hidup memang penoh dengan cabaran
Jangan bila dirintangkan sedikit cabaran dan kau gagal, teros tidak mahu mencuba

Kau asyik terbayang kegagalan di masa lampau
Lantas kau menyalahkan kepada takdir tapi yang sebenarnya kau sendiri tidak mahu bangkit meneruskan penghidupan yang sekarang
Kau menghanyutkan diri kau sendiri

Tiada siape yang boleh meramalkan mase depan
Kau bunuh diri sebab kau ditinggalkan, hilang kerja.kau melanggar takdir yang telah diberikan.kadangkala Allah menghilangkan sesuatu untuk digantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai harganya

Jangan diambil jalan yang singkat
Wake up pade mereka yang maseh hidup bermimpikan mase lampau dan berlantaikan mimpi memori
Mase sekarang tidak akan same dengan masa lepas dan masa depan tidak akan pernah same dengan mase sekarang

Cube tengok diri kau sendiri
Dulu kau masih bayi, sekarang sudah menjadi remaja, seterusnya dewasa dan akhirnya tua.kerepot
Tengok? Diri kita sendiri pon berubah, tidak sama selamanya

masa tidak boleh diundur.belajar dari kesilapan masa lepas

Kesilapan boleh diperbetolkan.tiada manusia yang tidak pernah buat silap
Mungkin di masa lepas kau masih mentah lagi, lantas kau buat silap
Tapi semakin kau meninggalkan masa silam itu, makin banyak yang kau pelajari.kau boleh betolkan kembali kesilapan kau

Kalau kau fikir kau seorang sahaja yang gagal
Ingatlah, Nabi kita sendiri berdepan dengan berbagai dugaan dalam menyebarkan agama Islam.tapi Nabi s.a.w tidak pernah patah semangat.tidak pernah putus asa.dan kau tengok hasilnya.

siapa kita di masa lampau itu bukan dikira, tiada yang dikesah
orang ramai juga tidak akan kesah
mereka hanya akan melihat kau yang sekarang, bukan kau yang dahulu

Sekian.assalamualaikum

:: footnote: kadangkala kita terlalu menghukum diri sendiri ::

Thursday, April 21, 2011

:: TaK NaK TeRiKAt DEnGaN KoMiTmEN, KoNoN….. ::

Berikut merupakan sebuah cerita yang dititipkan untuk semua yang diberikan khas oleh salah seorang pembaca blog ini adilla azlan

Dulu, aku fobia. Fobia la. Fobia.. Tau? Semua gara-gara cinta. Ah, malas nak ungkapkan perkataan tu lagi. Kawan-kawan kat sekeliling semuanya bercinta. Siapa cakap bercinta tu indah? 

Cinta ni, tak semestinya kena post status kat fb “in a relationship” ke apa. Even yang cuma pegang status scandal pun, boleh consider bercinta jugak. Ada kawan aku ni. Kawan dia la, bercinta dengan kawan baik dia. Coursemate gitu. Walaupun tak sama kelas, tapi hari-hari boleh terjumpa. Entah terjumpa ke buat-buat terjumpa. Masing-masing sayang la. Tapi taknak mengaku pasangan bercinta. Kalau orang kata dorang scandal, kena marah pulak. 

Alasan taknak bercinta: “Masing-masing tak nak terikat dengan komitmen”. So sekarang, kenapa bercinta kalau taknak komitmen? 

Tolong la guys. Cinta tu perlukan komitmen. Ya, memang aku mengaku yang aku tak punya banyak pengalaman bercinta macam korang-korang di luar sana yang sedang asyik bercinta atau tengah ada perang dunia dengan pasangan masing-masing. Tapi aku boleh berfikir. 

Selalunya, pandangan orang ketiga dalam sesuatu hal tu yang patut diambil kira. Sebab, kita mungkin tak perasan atau tak tau pun apa yang jadi sebenarnya. Orang lain yang perasan, merekalah patut jadi pihak ketiga. Dan jangan la pulak korang katakan yang mereka-mereka ni jaga tepi kain korang. No no. Ingat ya, kita ni hidup bermasyarakat. Sifat tegur-menegur dan saling mensihati tu menunjukkan kita ni prihatin. Kalau nak sibuk-sibuk, baik buat tahi je kat korang. Kan?

So nasihat aku. Kalau nak buat sebarang keputusan berkenaan cinta, jangan fikirkan dari sudut pandangan korang je. Fikirkan sekali bagi pihak dia. 

cinta adalah sentiasa berkaitan komitmen

Jangan nak jadikan alasan “taknak terikat dengan komitmen” tu alasan yang membuatkan diri masing-masing ‘sakit’ sebab masing-masing menafikan reality yang ada depan mata. Please both of you, and you guys out there, grow up! Jangan jadi budak-budak boleh tak? It’s really annoying tau.

haa, sekian sahaja coretan yang diberikan oleh adilla
terime kaseh bebanyak
jadi keseluruhannya di sini, harus dan wajib diketahui semua bahawa cinta itu bukan setakat ungkapan I lebiu atau aku cintakan kau la

haruslah diketahui cinta ialah sebuah komitmen
yang memerlukan sebuah kejujuran, kesabaran, keikhlasan dan kesetiaan
elemen yang dicampurkan ini akan membentuk satu resepi cinta yang amat manis sekali untuk dinikmati

:: Footnote: tetapi cinta yang agung adalah cinta Yang Maha Esa ::

Wednesday, April 20, 2011

:: LiHaT Ke ARaH Si KeCiL ::

Lihatlah si kecil itu
Riang dan tawanya menghiasi ruang angkasa bumi
Senyum dan manisnya mewarnai daratan yang bersemi
Meruntun hati segenap sanubari

Lihatlah si kecil itu
Hidupnya tanpa ragu-ragu
Bermain gembira dengan tiada jemu
Tiada pelu berpura-pura di kalbu

Lihatlah si kecil itu
Menikmati segenap kehidupan yang berseri
Walau ruang cuma sekelumit pantri
Tetapi minda sebesar musytari

Lihatlah si kecil itu
Mendasari hidup tanpa hipokrasi
Kejujuran dan ketulusan dijadikan pegangan asasi
Tiada perlu menipu diri

Lihatlah si kecil itu
Lihat dari pandangan mata hati
Si dewasa mahupun si pemimpin harus meneladani
Jangan leka dengan pangkat yang tinggi
Kerana di akhirnya ada kematian yang menanti

jika kita sudah terlupe erti gembira, lihatlah ke dalam diri mereka

Sekadar berpuisi dan bercoret
Entah macam mane tetibe aku mendapat ilham untuk saje-saje menulis sajak yang tak boleh nak dipanggil sajak ni
Haha.makin berpuitis dah aku ni -_-‘

Tapi secara keseluruhannya aku hanya mahu menerangkan
Tidak kira siapa pon kita ini, berharta mahupun tidak, berpangkat mahupon hanya kerani cabok, hatta senang mahupun susah
Cubelah sesekali kita belajar dari si kecil

Alangkah indahnya dunia mereka
Hidup tanpa perlu hipokrit
Bercakap atas ape yang mereka rasa, betol ataupon salah. Tak ade singgah sikap prejudis dalam hati mereka
Yang mereka tahu hanya sebuah dunia kegembiraan

Ya, dunia sebenarnya diciptakan dengan penuh kegembiraan
Tapi hairan masih ade lagi sikap hasad dengki, bogus, tamak haloba, cantas mencantas atas satu same lain.tak boleh tengok orang maju
Oh, sungguh berharap kita semua belajar dari si kecil
Hidup tanpa pura-pura
Hidup yang penoh dengan kegembiraan, tanpa perlu berdengki sane sini

Hey semua
Ape kate untuk satu detik ini
Berhenti sejenak dan lihatlah ke arah si kecil
Belajar sesuatu daripada diorang.jangan ingat mereka kecil tetapi tidak boleh memberikan teladan dan pengajaran kepada kita
Ape kite lupe, dulu hidup kite juga seperti mereka? 
(^_^) learn something ok?

:: Footnote: alangkah, indahnya dunia bila kita semua tak akan membesar ::
gambar di ambil dari google