Melalui fasa yang terperit dalam hidup aku sekarang ni, aku ingat aku boleh melaluinya. Ya, aku fikir ia mudah.cukup mudah.
Tapi hakikatnya tidak.hakikatnya aku rapuh.hakikatnya aku cuma berpura-pura.ibarat biawak yang menyamar mengikut warna-warna dedaun dan ranting. Itu yang sedang aku lakukan sekarang ini.berpura-pura.
Mereka nampak aku bergelak ketawa.mereka Nampak aku seperti sedang menikmati hidup ini.tetapi hanya luarannya sahaje. Jauh di dalam hati ini aku tak mampu untuk menghadapinya. Aku bergelak ketawa hanya kerana ingin melupakan.cuba untuk melupakan.
Tapi mustahil untuk aku melupakan. Perasaan yang aku semai tak semudah itu untuk aku campak jauh-jauh.ibarat mengambil kertas, menconteng dengan segala corak dan warna, kemudian sudah tidak digunakan lalu dibuang bila sudah pudar.tidak, ia tidak semudah itu.
Tapi realitinya aku sedang mencuba. Aku sedang mencuba untuk membuang perasaan sayang itu. Tak mudah, tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Peritnya aku mencuba membuang perasaan itu ibarat cuba membuang roh dari jasad. Payah bukan? Aku sedang menipu diri aku sendiri supaya berlagak kuat untuk menghadapi semua ini.
Mujur masih ada sahabat baik.betapa baru aku sedar sejatinya sahabat yang aku pilih. Di sisi sama ada masa susah mahupun senang. Buat sahabat baik, jikalau kau terbaca entri ini, kau tau tak aku menangis dalam diam semalam. Bukan menangis sedih, tapi menangis syukur.tangis gembira. Aku terharu begitu sekali usaha untuk menceriakan aku.selalu aku yang menjadi penceria.
Tapi aku harap kauorang semua mengerti. Tak mudah sebenarnya. Jujur.aku tersilap dalam menaakul betapa mungkin mudah untuk aku menerima hakikat.
Tapi jangan risau. Walau ape yang terjadi, aku akan cuba belajar untuk melupakan. Mungkin ini chapter yang tersukar.chapter moving on. Mungkin bertahun untuk belajar. Tapi aku akan terus melangkah.memaksa kaki untuk bergerak.tidak statik di dalam kenangan itu.
Memori. Aku akan simpan. Jauh ke dalam sudut hati ini. Kerana di dalam memori itu ade momen terindah dalam hidup aku. Mungkin di masa sukar, aku akan imbas kembali momen itu sebagai azimat untuk menghadapi liku-liku. Tetapi yang pasti sekarang ini, aku cuba melangkah keluar. Mungkin perit dan sakit, tapi sekurang-kurangnya aku sudah mencuba. Dan aku akan terus mencuba
dugaan buat kita matang . :D
ReplyDeletesaya pun tengah bermasalah .. hahahah :D
p/s: mama ckp ade hikmah ats stiap yg balaku
erpura untuk kuat bukan beerti kite berpura-pura...tetapi kite blaja untuk bersabar atas ujian yang Allah berikan...x mudah untuk kuatkan diri bile kite kehilangan sesuatu...tapi semua ini memberikan ruang untuk kamu lebih matang dalam kehidupan...kite dapat merasai apa itu hidup bile kite alami kehilangan, kesusahan dan keperitan...moga apa yang terjadi membuat dirimu lebih matang dan ingatlah sentiasa setiap kehilangan yang kite hadapi Allah akan gantikan yang lebih baik untuk kite k...=) you fren
ReplyDeletebe strong naim!
ReplyDeletei know u can..
pengalaman mengajar kta erti kebahagiaan.
jangan sesekali mangalah dengan dugaan yang diterima. hadapi dengan tabah!
Ingat.... ALLAH MASIH ADE :)