Tuesday, October 25, 2011

:: PeNunGGu CiNtA ::




Cinta. Sangat subjekif. Apatah lagi jika ia melibatkan cinta pandang pertama. Sangat kompleks untuk dihuraikan satu-persatu.


Setiap manusia telah tertulis jodoh masing-masing di atas dunia ini. Sebelum ditiupkan roh ke jasad, telah dituliskan setiap anak adam itu bagaimana rezekinya, jodohnya dan hidupnya di muka bumi ini nanti.


Jadi kita bercakap tentang jodoh di sini. Cinta. Love at the first sight. Ada sesetengah daripada kita pernah jatuh cinta pandang pertama. Mungkin unexpected. Dengan sekali pandang sahaja hati kita terus berdegup-degup laju, mata pandang tak tentu hala walhal sebelum ni kalau borak dengan mana-mana perempaun sangat rilex. Even terkentut depan perempuan lain pun boleh buat muka selamba lagi.


Sesetengah daripada kita ini mesti percaya dengan cinta pandang pertama. Mereka ini jenis yang akan menunggu. Tak kira lah walau apa jadi sekali terhadap diri dan dunia kita ini, mereka yang percaya akan cinta pandang pertama ini tidak akan berganjak dan bergerak untuk mencintai wanita lain.


Ini dinamakan sebagai gerak hati atau naluri. Dalam diri manusia, selain akal fikiran, kita selalu membuat keputusan ikut naluri. Contoh dalam buat keputusan untuk  sambung belajar. Kalau ikut akal fikiran result yang ada boleh sangat nak buat medic tapi kita ikut naluri cakap kita lagi sesuai dalam bidang arkitek. Aku rase ada di antara kita yang dalam keadaan dilema akan buat keputusan ikot naluri.


Dalam hal jatuh cinta pandang pertama ni, tak banyak yang sanggup menunggu. Ada yang rasa itu sia-sia. Mungkin hanya sekadar crush sahaja. Tapi ada yang tidak berfikiran macam itu. Ada yang sanggup menunggu cinta pandang pertama mereka.


Sebab mereka ada semangat dan kepercayaan yang tinggi. Dua elemen penting dalam chapter menunggu. Mereka rasa cinta pandang pertama mereka itu adalah cinta sepanjang hayat mereka. Maka mereka sanggup menunggu, menunggu dan terus menunggu. Mereka sanggup untuk tidak bergerak daripada mencintai sesiapa.


Para pencinta pandang pertama, ketahuilah sesungguhnya aku salute akan sikap menunggu yang korang ada. Tak ramai yang sanggup untuk menunggu seseorang yang mengganggu ruang hati engkorang tu. Apa-apa sekali, berdoalah kepada yang Maha Esa moga ditunjukkan siapa yang akan jadi hawa atau adam kamu.


Chalo.assalamualaikom

4 comments:

  1. nice entry..setuju dgn pendapat kamu.. :)

    ReplyDelete
  2. so siape si hawa kamoo ??

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. aku pernah tgok short film mcm ni gak kat channel 702 tp tajuk dia 'Angel'..~sweet..haha

    ReplyDelete