Wednesday, October 12, 2011

:: IqRa' ::



Dalam wahyu pertama sekali yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w dimulakan dengan sepotong ayat dari tiga ayat pertama surah al-‘Alaq disebut perkataan iqra’ yang bermaksud bacalah.


Semasa zaman Emas tamadun Islam selama hampir beberapa ratus tahun lamanya, dikhabarkan ketika itu pemerintah amat menggalakkan rakyatnya membaca. Semua kajian dijurnalkan untuk memudah cara bagi semua rakyat membaca. Malahan, perpustakaan awam giat dibina. Kalau awam harus difahami percuma. Diceritakan, semas jaman Emas ini, di Baghdad sahaja, ade 100 perpustakaan awam. Cuba kamu bayangkan kalau di Kuala Lumpur sebanyak itu. Ade? Aku rase selain Perpustakaan Negara, susah aku nak jumpa perpustakaan lain. (merujuk Kuala Lumpur)


Begitu jugak halnya semasa zaman awal Renaissance. Dikatakan renaissance bermula bila mane terciptanya mesin cetak yang membolehkan kitab Bible dicetak dan diedarkan secara banyaknya kepada masyarakat Eropah untuk dibaca dan dikaji. Belom kira lagi penjualan secara murah pensil dan kertas bagi mudah proses tulis dan rekod diadakan.


Dari 3 mende yang terdapat di atas ni, aku rase engkorang semua dapat tangkap satu keywords yang aku nak explain. Atau kalau engkorang semua masih tak faham biar aku Caps Lock besar-besar kejadah keywordnye. Keywordnye adalah BACA.


Hari ini kita dapat lihat masyarakat Barat telah mendahului kita dari berbagai hal. Baik dari perubatan, teknologi, sains dan apatah lagi rekaan. Walhal pada jaman sekitar 9 hingga 13 masihi Islam merupakan satu umat yang cukup hebat dengan berbagai jenis rekaan dan ciptaan serta penemuan.


Pada ketika itu dikhabarkan, di waktu jaman Gelap Eropah, selama lebih 300 ratus tahun hanya due benda sahaja yang Berjaya dicipta oleh masyarakat Eropah yakni kincir angin dan jugak kincir air. Tetapi pada ketika bermulanya semangat Renaissance, mereka menerapkan unsur mari membaca atau dekat Malaysia ni Kempen Nilam lah senang cerita.


Dari membaca perlahan-lahan diorang belajar teknologi umat Islam dan seterusnya buat lagi kajian demi kajian yang akhirnya kita dapat tengok Barat menjadi seperti sekarang ini terus maju dan maju.


Berbalik pulak di dalam Malaysia, satu perkara yang menarik minat aku, masyarakat yang suka membaca di Malaysia ini adalah kaum Cina. Jarang sekali aku jumpa orang Melayu yang mane mase dalam keretapi mahupun masa sedang menunggu bas diisi dengan membaca.


Apa yang selalu gua dengar nanti kalau yang pakcik-pakcik akan cerita pasal politik dan rasuah yang tak habis-habis. Yang anak mudanya akan cerita pasal fesyen dan mungkin eh lu dah ade awek belom? Gurls mungkin bercerita pasal gossip khalwat dan artis-artis.


Ini kenyataan. Pernah depan mata aku sendiri dalam keadaan penuh sesak dalam komuter mamat cina ni steady saje bace buku Tsun Zu. Selang dua orang aku Nampak sorang lagi mamat cina pegang buku Robert Kiyosaki.


Dan orang kita di mana? Macam biasa, bercakap, cakap dan bercakap tidak kesudah. Oleh itu, amatlah ingin gua peringatkan untuk diri gua jugak dan untuk semua masyarakat khusunya melayu dan umat islam di luar sana, marilah kita kembali semula membaca,



Iqra’. Ape maksudnya dan kenapa itu dijadikan ayat pertama ketika turunnya wahyu? Tak lain tak bukan dengan membaca sahaje ilmu itu mampu dipertingkatkan. Nak terang lebih-lebih malas, ape kate pergi beli tafsir dan bace kenape disuruh kita Iqra’.hihi.


Chalo.Assalamualaikom.

3 comments:

  1. haha..wahhh...act , ramai jugak org melayu membaca ni brother , cuma kita taknampak..and most of them , lebih suka duduk dirumah dan membaca , orang2 melayu macam ni lebih suka ketenangan bila tengah membaca...

    and , macam saya juga , tak suka baca buku di tempat-tempat yang sesak..sebab itu akan memeningkan kepala sendiri..heitt...org melayu pernah tau baca surat khabar atas motor , and saya pernah baca novel atas motor :)

    ape2pun , nice entry , mengingatkan org lain :)

    ReplyDelete
  2. hi halfzleen, thanks for the comment. sebenarnye ini yang saye nampak based on observation dan saye jugak salah seorang kategori melayu yang saye cakap tu, tak budayakan membaca.

    and entri ni nak tekankan betapa penting kita membaca sebab bila membaca kita jadi masyarakat berilmu.bangsa berilmu adalah bangsa yang membaca =)

    btw, thanks for comment =)

    ReplyDelete
  3. entry terbaik la..kalau melayu ni,suka gak baca tapi baca buku yang bukan2.bukan nak hina,tapi kenyataan itu..kadang2 terfikir kita ni dah lupa diri fikir benda dunia semata2...

    membaca menambah pengetahuan,tanpa ilmu gelap masa depan..

    ReplyDelete