Tuesday, October 4, 2011

:: InSpiRaSi MiMPi ::


Dulu masa kecik-kecik, gua selalu disogokkan dengan dongengan mat jenin. Sape yang tak kenal mat jenin? Mat jenin ni sebuah dongeng melayu pasal seorang lelaki yang suka berangan-angan. Kerjanya setiap hari adalah duduk di mane-mane sambil berangan satu hari nanti ape yang diangan-angankan itu akan jadi realiti.

Maka gua pon dengar nasihat jangan jadi mat jenin yang suke berangan-angan. Jadi seorang yang realistik.kejar benda yang dah ade di depan mata. Yang dah sedia terbentang di depan mata. Hasilnya gua menjadi seorang yang berpemikiran siape yang suke berangan ni adalah orang yang malas. Yang nanti tak kan kemana.

Sampai satu hari gua belajar topic sejarah yang sekarang ni ade orang cakap sejarah tu tak betol. Okay gua tak tau betul ke tidak teori professor yang arif tersebut. Yang gua tau mase form 4 ade belajar topic renaissance. Jaman di mana Eropah bangkit dari kegelapan. Mase tu gua tertarik dengan dua nama, yakni Michaelangelo dan Leonardo Da Vincci.

Dalam satu buku Leonardo da Vincci yang gua ade beli, die cakap pentingnya manusia bermimpi. Sebab mimpi itu satu impian. Impian itu yang membentuk kemahuan. Kemahuan akan membentuk kepada keinginan. Dan keinginan yang akan mendorong manusia untuk bertindak bagi mencapai ape yang dicita-citakan.

Jadi dekat sini gua dah tersilap menafsir selama ni. Gua tersilap tafsir terhadap mereka yang suka bermimpi dan berkhayal. Kalau difikirkan balik, semua para saintis dan pereka adalah golongan yang bermimpi. Yang berangan.

Wright bersaudara mengimpikan satu hari nanti manusia boleh terbang. Orang ramai gelak. Mereka kata mana mungkin manusia akan terbang. Lumrah manusia di darat. Nak ke langit jadilah burung yang bersayap. Tapi mane ade manusia bersayap. Wright bersaudara tak peduli. Pade mereka mimpi mereka, angan-angan mereka harus dicapai. Lantas terciptanya asas kepada pesawat yang gah merentas dunia angkut manusia sane-sini hatta dah keluar dari atmosfera bumi ke bintang galaksi.

Itu namenye mimpi kan? Mimpi menjadikan seseorang itu lebih kreatif. Gua rase patot ade dasar kurikulum rangke subjek pemikiran dan falsafah. Sistem kita yang sedia ada sekarang ini menjadikan kita takut untuk berfikir. Kita lantas hanya berpandukan kepada apa yang telah wujud di depan kita. Cume menambah baik.kalau dulu kereta pakai petrol, sekarang jadi hibrid. Macam tu

Dan akhirnya bile kita malas berfikir kita jadi malas. Otak kita tak dijana ke arah penggunaan yang optimum. Kita akhirnya duduk dan belajar sahaja apa yang telah sedia ada di depan. Umpama robot, hanya menunggu untuk diprogramkan.

Oleh itu gua rase, mulai hari ini tak salah rasenye untuk kita semua bermimpi. Tapi akhirnya gua sedar, bukan bermimpi seperti mat jenin. Hanya bermimpi tanpa ade ape-ape usaha. Tapi bermimpi lah seperti mereka yang pernah bermimpi satu hari nanti manusia boleh pakai mentol, kereta, terbang ke awan dan menjelajah dunia.

Hari ini gua akan terus bermimpi. Impian gua banyak. Kalau nak listkan memang panjang berjela.tapi yang pasti gua tak nak jadi hanya pemimpi. Gua nak jadi pemimpi yang berimpian tinggi. Itu satu tekad.

Teruskan bermimpi. Chalo.assalamualaikomm.


1 comment: