Sunday, October 9, 2011

:: Secrets Dan Rahsia ::


Di dalam diri semua manusia yang berakal mesti ade tersimpan berbagai jenis kisah dalam diri die. Dari jaman die sudah boleh menyimpan memori sampai ke tahap die akan hilang kembali memori. Berbagai kisah dan berbagai cerita.

Dan dengan berbagai kisah dan cerita tu dah tentu-tentu ade yang mahu disimpan kemas-kemas sebagai rahsia. Ye rahsia.kisah yang hanya ingin diri kita sendiri tahu. Yang hanya diri kita yang alami. Cerita yang tak mungkin akan kita kisahkan dan hikayatkan kepada orang lain.

Ade berbagai sebab kenapa kita memilih berahsia. Ade yang takut untuk menceritakan sisi gelap dalam diri die. Ade yang takut diprejudiskan dan disisihkan oleh sahabat, keluarga dan masyarakat. Ade yang merasakan adelah lebih baik itu semua tidak diketahui atas sebab hanya diri kita sendiri yang mengetahui.

Mereka memilih menjadi perahsia hanya untuk merasa carthatic atau rasa lega dengan menyimpan sesuatu benda yang taknak orang lain tahu.

Walau apapun alasan, jangan jadikan rahsia sesuatu yang menggugat kedamaian hidup. Dah kalau berhutang dengan along yang mengganggu bukan setakat mental dan fizikal, sile lah jangan berahsia. Mungkin kita rase kadangkala rahsia disimpan sebab tak nak menyusahkan orang lain atau takot orang lain sisihkan kita, tapi percayalah, ramai yang mahu menolong. Ramai lagi mempunyai hati sesuci air jernih di syurga.

Tetapi, itu semua atas pilihan. Rahsia tetap rahsia kan? Hanya dalam diri saje yang tau ape dan kenape kita memilih untuk berahsia.

Chalo.assalamualaikom



1 comment:

  1. salam BW
    mekasih coz kongsi yer..admin hargai sangat2

    betol kata awk..stp org ada hak utk berahsia, ada alasan tersendiri..tapi nak rahsia pun tgk atas keadaan jgk kan. part2 cam ahlong tu jgn lh dirahsiakan..huhu

    (^_^)

    ReplyDelete