Persoalan yang timbul, ape ni sume? Ini kah peranan seorang guru? Tapi pade aku, jujur aku cakap benda-benda macam ni aku dah lali. Belajar di sekolah yang mane kepandaian akademik dipentingkan, yang pandai dipuja, yang tak cukup pandai dipandang sebelah mata.
Pade aku ade sesuatu yang tidak kena dengan sistem kita. Dalam hal ini, satu yang aku tertanya, kenapa sampai begitu sekali wahai guru? Kenapa? Tugas hakiki seorang guru adalah mendidik. Setahu aku la, cikgu aku cakap dulu, benda yang paling berharga bagi seorang guru adalah bila anak muridnya Berjaya sekurang-kurangnya menjadi manusia.
Tapi hakikatnya tak semua guru begitu.ade yang nak kejar nama.kejar ganjaran. Ini pada aku sikap yang salah.betol, manusia semua nak status.nak kan harta berkepuk.dalam teori kapitalis begitulah. Kejayaan yang ade adalah kejayaan sendiri.siape yang berusaha untuk kejayaan dan kekayaan, maka segala yang dia dapat adalah untuk diri sendiri.
Tapi dalam ekonomi islam, teori yang digunakan adalah perkongsian. Kejayaan untuk dikongsi bersama. Jadi Nampak bukan islam menitikberatkan kejayaan bersama? Jadi ape kaitan dengan isu di atas ni?
Kaitannye adalah, semua orang berhak untuk mendapatkan sesuatu yang sama. Kalau orang lain boleh ambil periksa UPSR, begitu jugak dengan murid yang tersisih sebab cikgu takut sangat nanti tak dapat sekolah cluster dan ganjaran yang banyak sebab KPI sekolah jatuh.
Tapi nak salahkan cikgu sepenuhnya pon tak boleh.sistem yang sebabkan kite semua jadi begini. Sistem di mana kejayaan akademik lebih diutamakan berbanding kejayaan aspek-aspek lain dah jadikan kita semua hari ini lahir dengan sikap prejudis. Ye kita prejudis. Kite pum pang pum pang cakap demokrasi tapi hakikatnya kita prejudis dekat orang lain. Dalam hal ini sikap prejudis terkena dekat kanak-kanak yang bakal mewarisi negara ni.
Untuk cikgu yang berkenaan, fikirkan andai suatu hari nanti anak cikgu pulak terkena benda yang sama.perasaan cikgu apa agaknya mase tu? Karma cikgu.ingat, what goes around comes around. Tugas guru adalah tugas mulia. Aku rase lagi hebat perasaan kalau murid yang dah dianggap tak ade harapan tapi dengan usaha seorang guru yang mulia mengajar tanpa jemu dan ikhlas, murid tersebut menjadi seorang yang paling berpengaruh, terkenal dan Berjaya. Aku rase itu kejayaan yang paling bermakna.
Cube kita sama-sama fikirkan.akibat dari kegagalan murid yang dah kene halang dari ambik UPSR tadi? Engkorang rase macam mane dengan mase depan dia? Aku rase tak mustahil akibat tertekan dengan sikap prejudis dan rasa diskriminasi tadi, dia boleh bertukar dari yang ade harapan jadi aset negara kepada aset tidak produktif negara.
Sesuatu kena dilakukan gua rase. Eloklah kita fikir same-same dengan sistem sekarang yang lebih pentingkan aspek kejayaan diukur dari sudut belajar tahap mane, keje pangkat ape dan harta banyak mane.hentikanlah. mati nanti semua same. Amalan kiri kanan yang mampu menjawab.
Jangan dicemarkan profesion perguruan yang mulia.hakikat yang kita tak mampu tolak besarnya peranan guru. Pendidik sumber manusia negara. Cume ikhlaslah dan jangan harapkan ganjaran dunia kalau ganjaran akhirat yang menanti lebih besar nilainya.
Chalo.assalamualaikomm.
No comments:
Post a Comment