Monday, October 3, 2011

:: TuLiSaN JiWa, HaTi ::

Petang ini sungguh bosan aku kire. Dengan peti television sony itu menayangkan cerita-cerita yang sungguh tidak menusuk jiwa aku. Bosan. Nak main game. Bosan. Nak bace buku. Bosan. Nak tidur.jawapan tetap same. Bosan.


Lantas laptop dibuka. Nak hilang bosan bukak blog kegemaran. Cis, tiada hapdate lagi. Bosan. Kalau sesuatu tidak aku lakukan, petang ini akan berlalu dengan tidak produktif sekali.dengan Bosan sekali.sungguh aku tidak mahu.


Aku perhatikan kembali blog-blog kegemaran aku.termasuk satu di dalamnya blog sahabat baik sampai mati. Ayat mereka.ayat-ayat mereka.bersahaja tetapi mampu merentap sanubari.mampu menggoncang minda.mampu menginspirasi aku yang sememangnya kurang inspirasi dan motivasi.


kurang jiwa, kurang nyawa.penulisan yang terbaek penulisan yang hidup.tulisan menusuk ke hati


Aku teliti kembali entri-entri aku. Ape bezanya? Kenape susah untuk aku hasilkan penulisan seperti mereka? Kenapa?


Seperti mereka, aku juga menulis. Aku juga menaip.aku juga berfikir. Sudah berpuluh bahan bacaan telah aku rujuk. Kate abah, A.Samad Said pernah berbicara, penulisan yang baik datanya dari pembacaan yang mendalam. Lebih banyak bahan dibaca, lebih tajam tulisan dan kata-katanya.


Diam. Nafas ditarik. Dalam sekali. Kemudian dihembus. Mata kembali terhala kepada laptop. Otak cube digunakan. Semaksimum mungkin. Tapi kate orang petang begini otak jarang boleh diguna di tahap maksimum.


Mata terlari ke semua entri-entri blog-blog terbabit. Otak cube mentafsir. Bait-bait kata dan penulisan diteliti.mesti ade sesuatu yang boleh dipelajari. Dengan penoh perasaan gua membaca. Sejenak. Gua rase gua dah dapat jawapannye.ye. aku dah tahu mengape.


Entri yang baik datangnya dari hati. Datang dari pengalaman hidup. Datang dari kejujuran. Beza antara entri aku dan mereka ini dari jiwa. Betapa mereka menumpu sepenuh jiwa semasa menaip. betapa mereka menghidupkan ape yang dicerita walau hanya dengan tulisan.


Petang itu aku tersenyum. Ade hikmahnya bosan yang dilalui. Setidaknya pengajaran dapat diperolehi. Tak semestinya banyak membaca boleh membantu penulisan yang baek. Tak semestinya. Tapi aku tak kate rugi untuk membaca.


Semua orang boleh membaca. Tapi tak semua boleh menulis dengan baik. Jawapan terbaik kepada persoalan aku selama ini, tulislah dengan hati. Tulislah dengan jiwa. Tulisan yang diberikan hati dan jiwa akan mencambahkan rasa dan inspirasi kepada yang membacanya.



Dah dapat tak pengajaran?


Chalo.assalamualaikomm.

2 comments:

  1. menarik=) give our heart n soul in writing...

    ReplyDelete
  2. writing comes from our mind and heart. jadik, hasilnya bukan untuk rasa org lain merasakan hebat bila membacanya, tapi cukup bila kita sendiri mampu bagi reward untuk hasil penulisan kita itu. good luck derr..

    ReplyDelete