Novel merupakan sebuah buku yang menulis tentang sebuah kisah. Berbeza dengan cerpen yang paling panjang pon hanya makan 2 helai mukasurat kalau dalam akhbar hujung minggu, novel boleh makan beratus-ratus muka surat.
Dan seringkali jika berbicara tentang novel, pastinya akan terarah kepada golongan makwe-makwe sebab sudah termaktub novel ini lebih digemari oleh golongan makwe-makwe berbanding dengan golongan pakwe-pakwe. Hal ini mungkin terjadi kerana banyak novel yang terhasil lebih berkisar tentang percintaan yang memaparkan perasaan seorang wanita.
Dan stigma sinis bila golongan pakwe-pakwe membaca novel akan dilabelkan sebagi bapuk atau mat jambu dan mungkin jugak ade yang menyifatkan sebagi gay. Ini merupakan stigma sinis yang membuatkan aku mahu ketawa terbahak-bahak. Sebab seringkali bila laki-laki cakap diorang bace novel akan ade yang membuat pandangan seperti “erk?”
Oh tolong lah. Yup gua agree novel banyak berkisar tentang cinta.tapi tahukah anda novel bukan hanya berkaitan tentang cinta sahaja. Macam filem yang ade genre komedi, seram dan sebagainya, begitu jugak novel. Tidak hanya termaktub dengan kisah percintaan Uda Dan Dara sahaja.
Mungkin ramai yang tidak menyedari, dalam diam-diam sape yang bace novel kadang-kadang pengetahuan am berkaitan dengan sesuatu perkara lebih meluas. Lagi-lagi kalau watak utama novel tersebut merupakan seorang yang berfrosien doktor atau jurutera, terkeluar segala macam jargon atau term yang hanya dalam bidang tersebut tau macam levelling, aspirin, solenoid dan sebagainya lagi lah.
Jadi jangan anda terperanjat kalau member engkorang ambik business management tapi boleh sembang pasal medic dengan golongan medic. Mungkin fakta dibaca dari novel sebab kebiasaannya manusia lebih senang untuk ingat sesuatu perkara dalam situasi santai seperti ketika baca novel.
Untuk golongan makwe-makwe, anda seharusnya bersyukur kalau pakwe anda membaca novel. Lagi-lagi yang berkisar dengan perhubungan yang mana perempuan sebagai watak utama. Setidak-tidaknya dia boleh memahami perihal seorang gadis. Kenape gadis kuat cemburu, suka kan perhatian dan mungkin tidak timbul soal tidak memahami dalam perhubungan. Cilake, gua rase dah macam gaye-gaye dokter cinta pulak di sini.
Jadi objektif utama di sini adalah, sila jangan mendiskriminasi atau memerli dengan sinis golongan pakwe-pakwe yang membaca novel. Tak semua novel berkaitan dengan cinta. Tak semua novel itu jiwang karat. Malahan ade novel yang merungkai tentang erti kehidupan. Tak percaya engkorang redah masuk MPH cari novel karya HLovate ataupun Ramli Awang Murshid.
Dan aku percaya saat engkorang membace novel HLovate terutama yang tajuk Versus dan jugak Contengan Jalanan, mesti engkorang akan terase mahu berubah seperti watak utama dalam cerita tersebut yang mahu mencari erti sebenar hidup di muka bumi ini.
Chalo.assalamualaikom
terbaek mian - terbaek
ReplyDeletehahahaha. perli makwe sendiri ke x bace novel ??
ReplyDeletenovel? haha sy tak bace sebab mengantok hehe..
ReplyDeleteYeah thats right.Aku lebih gemar baca novel yang berunsur saspen and thriller.Mmg benar membaca boleh meluaskan pengetahuan seseorang.Susah nak jumpa lelaki yang addict gila dengan novel sekarang.haha.
ReplyDeleteYup....betoi2~
ReplyDeletehlovate hlovate ngeh2 =P
ReplyDelete