Friday, October 28, 2011

:: ReToRik NegaRa Maju Dan PengangKutan Awam Malaysia ::

wawasan 2020: Malaysia Negara Maju


Sekarang Malaysia sudah berada di tahun 2011. Senang cerita dah nak dekat abes tahun 2011. Tahun depan sudah masok 2012. Dulu, mase era-era 90-an, di jaman Dr. Mahathir berkuase sebagai Perdana Menteri yang keempat, kita selalu digembar-gemburkan dengan Wawasan 2020. Maka selalu la gua dulu sebagai murid-murid mase ade perhimpunan hari isnin akan nyanyi lagu Wawasan 2020.


Aku pon dah tak berape nak ingat sangat lirik die. Yang aq ingat serangkap “wawasan 2020, satu pandangan jauh”. Aku nyanyi mase tu sebab rase lagu ni sedap.sumpah tak tipu.


Tapi akhirnya baru aku tahu ape itu Wawasan 2020. Itu merupakan sebuah visi Tun Mahathir pade mase itu yang membawakan misi untuk Malaysia mencapai sebagai sebuah negara maju menjelang masoknya Tahun Masihi 2020.


Bila kita bercakap tentang negara maju, tentunya kita akan membayangkan sebuah negara yang majunya persis seperti Amerika dan jugak berteknologi tinggi seperti Jepun. Seribu macam kemudahan yang tersedia untuk mudah kan lagi kehidupan dan memastikan segala kerja dilakukan dengan lancer dan sempurna.


Sesuatu yang dititik beratkan di negara-negara maju ini adalah Pengangkutan Awam. Ya pengangkutan Awam. Di negara maju, masa adalah sesuatu yang amat dititikberatkan. Budaya masyarakat negara maju ni biasenya menghormati dan menepati masa. Maka bagi memastikan segala kerja dilakukan on-time, pengangkutan awam dititikberatkan dan dimajukan. Motif? Bila pengangkutan awam maju dan pantas, golongan-golongan buruh tidak akan perlu memikir untuk membeli kenderaan ke tempat kerja yang akhirnya akan menambahkan lagi kesesakan lalu lintas.


Jepun dengan shinkansen yang laju, begitu jugak New York dan London dengan subway train yang efisyen. Kita dapat lihat di sini betapa pentingnya pengangkutan awam ini yang menjadi nadi kepada negara-negara maju ni.


Mari kita bandingkan pulak dengan Malaysia. Sudah berjaman-jaman lagi sampai dah berapa karangan aku tulis mase sekolah dulu yang menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan khidmat pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan, selain kurang masalah pencemaran.


Tapi disebalik semua ni, pengangkutan awam masih lagi jarang diguna pakai walaupun jumlah pengguna telah meningkat. Ini sebab ape ni? Tak lain tak bukan berbalik kepada efisien. Kalau nak galak orang naik public transport tapi khidmat sedia macam lepas batuk di tangga memang orang ramai akan fikir banyak kali.




Pengalaman gua dulu mase praktikal ade jugak 2,3 kali punch card gua merah sebab train komuter yang gua tunggu lewat sampai 40 minit. Engkorang bayang kalau aku dah terpacak dekat stesen tu dari pukul 7.10 tapi keretapi yang datang pukul 7.50. itu belom kira lagi kalau tetibe train tu berhenti tengah-tengah jalan.kejadah?


Satu lagi pengalaman pahit aku dengan pengangkutan awam ni ialah aku terpaksa tunggu sampai 2 jam untuk dapat bas balik serdang. Dengan beg berat dan cuace panas, engkorang bayang macam mane aku tunggu berpeluh-peluh. Nak naek teksi duet tak cukup maka sebab tu terpaksa tunggu jugak bas.  Kereta? Kalau aku ade kereta sendiri takdenye nak naek pengangkutan awam. Tapi untuk golongan rakyat tidak mampu seperti aku, ape lagi pilihan yang aku ade?


Jadi tolong bagitau aku dekat sini, mane nak jadi negara majunye kalau pengangkutan awam masih lagi tersangkut-sangkut tak efisyen. Kadang-kadang aku gelak aje bila tengok berita orang komen KTM makin lame makin bagos, makin cepat. Entah kena bayar ke hape gua tak tahu lah.


Jadi sekarang ni, gua mula terbayang-bayang, Wawasan 2020.tercapai atau tidak kalau pengangkutan awam ni tak Wawasan 2020? Chalo.Assalamualaikom

4 comments:

  1. waaa...kalau nak komplen pasal public transportation ni aku punye pon panjang sama ni...haha

    bas paling selalu gila buat hal...ade skali time tu aku terpakse naik teksi n smpai rumah baru bayar..

    kalau ktm plak lagi banyak..common prob tu sah2 train delay..kalau rosak lg 1 problem, kawan aku pernah naik ktm tren nyer rosak tgh2 jalan, berpanas 1 jam kat dalam sbb aircond tak hidup pintu xbukak, pulak dah lepas sejam tu diorang kene turun dr tren (tinggi pulak, xde platform katenye) & jalan kaki 1km lebih gak lah smpai stesen berikutnye tu..haih =="

    ReplyDelete
  2. haha.aq bukan ape paan, dah selalu sangat ktm nih.aku kalau naek ktm memang x berani langsong nak berjanji. yelah, dengan menunggu pon dah delay.itu belom nak kire dye punye stuck tengah2 alam.memang menyampah

    tapi nak buat macam mane.kalau ade option macam naek teksi kering poket aku.haha

    ReplyDelete