Saturday, October 8, 2011

:: JanGaN NaK TuNjuK PaNdai ::

Semenjak dua menjak ini, ada satu perkara yang menjadi bualan ramai baik di peringkat golongan rakyat marhaen sehinggalah kepada pakcik-pakcik yang duduk di dalam sebuah dewan yang dipanggil dewan rakyat tapi kerjanya gadoh mulut, tak puas hati merajok keluar dewan dan jugak kalangan tokoh-tokoh korporat dan figura-figura pujaan ramai.


Isu yang menjadi hangat diperkatakan sekarang ini adalah tak lain tak bukan berkaitan dengan isu perlaksanaan hukuman hudud. Isu ini menarik perhatian ramai mengenai sejauh mana hukuman hudud ini boleh dilaksanakan di dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa.



Tetapi apa yang dikesalkan di sini adalah mengenai komen-komen dan jugak pendapat-pendapat yang dikeluarkan dan diutarakan oleh sesetengah pihak. Kalau engkorang perasan, di dunia siber terutama sekali blog ramai sungguh yang mengeluarkan kenyataan berkaitan hukum hudud ini.


Tapi kadang-kadang sesetengah pendapat itu dikeluarkan dari mereka yang bukan betul-betul faham pasal hukum hudud ni. Ye betul, tak semena-mena ramai yang bidan terjun jadi ‘ustaz’ dan ‘mufti’ yang kononnya celik mengenai agama. Engkorang tahu tak bahaye kalau seseorang yang bukan arif dan pakar dalam sesuatu bidang keluar kenyataan terhadap sesuatu bidang yang bukan dia tahu sangat.


Aku bagi contoh dekat sini kalau engkorang sakit perut.perut memulas-mulas tapi bile cube melepas tak nak melepas. Jadi engkorang decide nak jumpe doktor periksa perut yang bermasalah. Tapi doctor yang engkorang jumpe adalah doctor gigi. Jadah? Memang lah pakai title doktor jugak tapi bidang lain, mane nak tau ape ubat mujarab untuk saket perot.dia hanya tahu paling hebat tentang gigi tetapi dalam bidang lain mungkin hanya sedikit saje.


Begitu jugak dalam kes hukum hudud ni.lagi-lagi kita semua maklum hukum hudud ni adalah perintah dan hukum Allah. Tolong jangan maen sembarang cakap dan bagi kenyataan yang bertentangan dengan apa yang Allah telah perintahkan.


Lagi satu implikasi nanti akan jadi kekeliruan berkenaan hukum hudud ni. Benda yang sepatutnya jadi baik akan Nampak buruk bila orang yang tidak ade pengetahuan membuat sebarang pernyataan yang tidak berkaitan atau lain dengan maksud sebenar hukum hudud ni.



Jadi konklusinya, biarlah mereka yang ahli-ahli dalam bidang ini yang membuat kenyataan. Tentang bagaimana dan cara hudud mahu melaksanakan jugak kita biarlah para mufti dan ulama’ ini yang beri kenyataan. Dan mungkin jugak kita yang golongan kebanyakan ni yang ilmunya masih belom penoh tak salah pergi kedai buku carik kitab fiqah imam syafie.dekat situ ade diberikan penerangan pasal hudud.


Atau pergi masok laman web contoh macam ustaz asri punye laman web yang ade memberikan kenyataan berkaitan perlaksanaan hudud. Bace dan paham dulu macam mane nak dilaksanakan hukuman hudud di Malaysia.bace, fahami dan pelajari.



Ingatlah, hukum Allah sentiasa relevan sehingga ke akhir zaman.semoga kita semua dirahmati dan bersatu padu


Assalamualaikomm.

8 comments:

  1. saya berpendapat bahawa hudud ni bukan satu agenda besar yg perlu diputarbelitkan oleh semua genap..sebab hudud adalah satu sistem hukuman yg dah lama diwujudkan dan ia Perintah dri Allah Taala..dari segi perlaksanaan,amir(pemerintah) perlu memberi penerangan terperinci kpd seluruh rakyat ttg kpntgan dan kebaikannya..terutamanya kpd glongan org bkn islam.@ perlksanaannya blh dimulakan kpd umat Islam sebaagai ganti hkum syarie yg sedia ada kni..ni x..ade yg sgaja MEMPOLITIKKAN isu ni,akhirnya ibarat mendengar guruh dilangit,stempayan air dibuang..pastu xde bkalan air lg dek kerana xjd ujan..=)..just too share..

    ReplyDelete
  2. ye btul setuju2! ^___^

    p/s : cntoh tuh..haha nk tgelak baca =P

    ReplyDelete
  3. terbaekk la post ni..like that..cme nk gtw saya belajar kt kuis then slalu nmpk awk...hehee

    ReplyDelete
  4. mirul: haha.kau komen.keh keh.aq bangge
    dila: haha.thanks besties =P

    ReplyDelete
  5. jol: hihi.dalam laman web dr asri ade diterangkan sebaik-baik manusia adalah manusia yang menutup keaiban saudaranya yang laen.fikirkan.hudud tu tak salah.kita yang salah memahaminya =)

    ReplyDelete
  6. eykha: haha.sori lah kalau kelakar.nak tunjuk analogi je ape yang jadi.yup, doktor gigi tetap doktor gigi, tapi adakah dye tahu banyak pasal masalah perut lebih dari dye tahu pasal gigi dan gusi? haha

    Aira Zumi: ouh.student kuis jugak ke? slalu nampak saye? awak student dip or degree? ni kire awak dah bgtau stadi kat kuis dengan komen kat sini.haha

    ReplyDelete